Friday, October 11, 2013

Trip to Seoul, Korea : Nami Island & Petite France

Assalamualaikum :)

Lepas post entry yang lepas ramai tanya berapa budget nak pegi sana, macam mana nak pegi tempat-tempat tu, macam mana nak cari guesthouse, pakai travel agent ke and so on. First thing, fyi, aku tak pakai travel agent or tourist guide or watsoever. Aku dah sebut kat entry yang lepas :) Aku pergi berdua je dengan Bella. Uolls dun worry, Korea sangat selamat. Insyaallah. Kalau nak pergi sorang pun bolehhhh. Seriously. Pasal budget, tempat shopping, tempat makanan halal, nanti aku cite kat entry lain.

********************************

BEWARE : Muatan entry ni agak panjang sebab aku perlu combinekan jugak dua tempat ni dalam satu entry supaya mudah untuk dijadikan rujukan para pembaca nanti. Kepanjangannya mungkin juga disebabkan gambar. Hee.

Panjang mukaddimah makcik tadi khenn. So, the next day kitorang pergi Nami Island and Petite France. Dua tempat ni wajib pergi. Sila masukkan dalam itinerary. Dan dua tempat ni berdekatan. Dinasihatkan pergi dua tempat ni dalam satu hari yang sama dan pergilah pada hari biasa untuk mengelakkan kesesakan umat. Bangun pagi haruslah awal ye. Sebab ia mengambil masa hampir sejam setengah untuk sampai sana. 

Ada dua pilihan nak sampai sana. Bas dan subway. Tapi kalau naik subway, kena sabar dan alert sikit dengan transfer-transfer train ni.

Route
By Subway
Hyehwa (Line 4) > Transfer at Dongdaemun History & Culture Park (Line 2) > Transfer at Wangsimni (Jungang Line) > Transfer at Mangu (ITX/Kyeongchun Line) > Gapyeong > Exit 3

By Shuttle Bus (From Seoul to Nami Island)
Bus Stop
1) Insadong (Jonggak Station; Line 1; Exit 3) : Next to Tapgol Park
2) Jamsil Station (Line 2; Exit 4) : In front of Lotte Mart

Schedule
Insadong/Jamsil Station --> Nami Island : 0930am
Nami Island --> Insadong/Jamsil Station : 0400pm


Ade macam student tak ? Huu. Begitu erat aku pegang itinerary tu taw

Kitorang bergerak awal pagi dari Hyehwa Station. Dalam pukul 7.30 lebih macam tu rasenye. Masa kitorang nak transfer kat Mangu Station, sementara tunggu train, ade lah seorang ahjumma ni tegur si Bella. Bella ni bolehlah pandai sikit cakap and paham bahasa korea. Kalau aku memang tak lah kan. English yang belajar dari tadika pun tak lepas, inikan pulak bahasa korea yang tak penah berguru. Sobs..lap hingus



So, nak dijadikan cerita pasal ahjumma ni, dia dok sembang-sembang bagai lah dengan Bella. Aku ni macam barang perhiasan je antara diorang ni -.- Pung pang pung pang. Rupanya dia suka tangkap gambar. Siap bawak album taw tunjuk kat kitorang gambar-gambar dia. Lepas tu bergambar pulak dengan kitorang. Banyak gila okey bergambar dengan ahjumma ni. Nasib baik banyak pakai handset dia. Hee. Lepas dah bergambar, dia cakap "yeppeoda" (cantik). Aku tak sure sama ada dia tengok gambar tu cantik atau pun tengok kecantikan asli kitorang. Kahkah. Kau dah kenapa Syera =.=



Dalam train pun menjadi nak bergambar. Aku lah mangsa kena tangkap gambar diorang ni. Ahjumma, kenapa saya diperalatkan sebegitu rupa. Nak sobs lah macam ni :( Bella, ko suke la kan tengok aku kena buli -.-


Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat Gapyeong Station. Dari sini nak ke Nami Island, boleh amek Gapyeong Circle Tour Bus (5000 Won) ataupun teksi (2600 Won). Aku bagi sekali bus route map kat bawah ni nak kasi korang paham sikit-sikit. Jangan lupa amek map k. Dalam bas pun ade map.

 Sumber : Gugel

Actually naik bas lebih super jimat sebab 1 tiket tu boleh pakai untuk satu hari kita jalan-jalan kat sana. Tapi masa kitorang sampai, bas baru je lepas beberapa minit. Tunggu lagi sejam untuk bas seterusnya. So, kitorang decide naik teksi je sebab tak nak buang masa. 

Noted : Kalau nak ke Petite France dulu, sila turun di Cheongpyeong Station

Entry Ticket : 8000 Won

Tyme ni super excited lah daku dapat jejak Nami Island uolls -0o- Tapi bukan sebab dari cerita Winter Sonata yee. Aku tak penah tengok pun cerita tu taw. Tapi sebab tengok dalam gambar bloggersss yang dah pernah pergi, ada pokok-pokok cantik tersusun, ade daun-daun bentuk love, ade replika snow man, ade statue pelik-pelik, ade tupai. Nanges terharu dibuatnye taw Allah izinkan iolls merasa pengalaman ni semua. Ihik :')


Subhanallah. Cantik kan view tu :)
Terima kasih kepada ahjussi tukang sapu yang tangkapkan pic ni. Senget pun sengetlah. Janji rock.

Yang macam belon tergantung-gantung tu lampu taw. Nampak tak gambar kiri tu, ade pekerja yang akan bersihkan satu persatu lampu tersebut. Start dari depan, sampai belakang. Jauh jugak taw. Dahla lampu tu banyak. Seriously aku kagum sangat dengan tahap kebersihan diorang. 

 I dunno what it is. Map Nami Island mungkin.
Daun-daun kering bentuk love. Boleh dipraktikkan di Malaysia. Hihi.
Ahjumma, agak-agaklah nak interprem. Saye watak utama kot tyme ni. Sedey betol la haih -.-
 

Kesian kitorang kan ? Disebabkan pergi berdua je, gambarnye jadi macam "Bila kau ada, aku tiada. Bila aku ada, kau tiada". Pandai dah aku buat ayat ala-ala romantik :') Biasanya orang bawak tripod sekali kan. Tapi bawak DSLR pun dah berat, malaslah pulak nak menambahkan berat.

 Berharap patung tersebut menjadi putera katak :B
 

Nampak tak statue yang menyusukan anak tu ? Aku tak tahu apa maksud disebaliknya sebab banyak jugak patung-patung macam tu kat sana. Maybe berkaitan dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Aku nak snap lagi gambar macam ni. Bella tak bagi. Hahaa. Macam tak senonoh kot. Tapi unik kan ?

Sampai sana jangan risau pasal tempat solat. At the center Nami Island ni ada Nami Library. Kat Nami Library ni ade musolla, di tingkat 2. Boleh solat kat situ.

Nampak tak kat pintu tu ?
Tapi bercampur. Hehe.


Pandai-pandai sendiri macam mana nak ambil wudhu'. Biasanya laki yang soleh akan faham situasi. Kemain lagi perkataan soleh tu. Hihi. Lepas solat, dia akan terus duduk kat luar surau untuk bagi ruang kepada wanita menggunakan sepenuhnya ruang solat tersebut. Nampak tak blog Syera mengajar korang unsur-unsur akhlak mulia kat situ ? Haha. Kat dalam Nami Library ni cantik taw. Nanti aku share lain. Hehe.

Lebih kurang pukul 2.45 petang kitorang bergerak keluar dari Nami Island. Sobssss.


Bye Nami. Gonna miss you. Will come again next time. Insyaallah :')

So, bas ke Petite France sampai dalam pukul 3.15 petang. Jangan lambat sebab bas kat sana sangat punctual. Untuk amek bas ke Petite France, sila tunggu di hadapan 7 Eleven. BUKAN opposite 7 Eleven okey. Take noted yang ni. Untuk jumpa 7E, jalan keluar terus melepasi kawasan parking Nami Island. Jalan lagi sikit, nanti akan nampak 7E di sebelah kiri korang.

Tiket bas boleh dibeli kat driver bas. Kalau dari Gapyeong Station tadi korang naik bas, tunjuk saja tiket yang dah dibeli tadi tu kat driver. Tak perlu beli baru. So, sila simpan tiket bas tu sebaiknya sebab nak pakai lagi sekali untuk balik nanti :)

Destinasi seterusnya, 


Petite France !! 

Sebagai peminat tegar Running Man, Petite France ni menjadi tempat wajib untuk dilawati oleh aku. Hihii. Running Man episod 40 diorang buat kat sini. Tengok dalam tv, ingatkan tempat ni besar. Rupanya tak besar mana pun.


Akhirnya sampai jugak kat tempat tapak kaki Song Joong Ki berpijak.. Kahkah

Entrance

Kalau nak dibandingkan masa Running Man filemkan kat sini, dengan masa yang aku pergi ni, banyak jugak perubahan diorang dah buat. Sekarang lebih cantik. Yela, dah tiga tahun kot an.


Ada wallmural
Ada bunga
Ada lukisan ohsem
Ada patung
Ada snow white :D
Dan ada budak busuk. Huh.

Yang penting building kat sini memang super cantik. Music yang dimainkan pun ala-ala france mexico salsa bagai gitu. Nak bagi kite feeling-feeling la sikit kan ;)



Kat sini lah Joong Ki out. Arghhhh. Teruja taw bergambar kat sini. Macam terbayang-bayang je ade Joong Ki, Nickhun and Taecyeon depan mata. Haha. Ya Allah, tolonglah control diri kau Syera -.-


Excited kan aku ? Kehkeh

Kat dalam Gallery tu, ada macam-macam barang unik, vintage. Santek angattt taw!


Yang ni pulak kat luar, berdepan dengan Gallery.
Love bell. Macam love lock yang tergantung kat N Seoul Tower tu. Konon tanda percintaan. Gitu.

Yang ni ofis dalam cerita Beethoven Virus rasanya. Aku tak tahu sangat. Yang aku tahu kat sini tempat Ji Hyo menyorok waktu tiba-tiba je Taecyeon masuk. Hehe. Ni kat tingkat bawah.

Hihi
Yang ni pulak kat tingkat atas
Macam cafe kan ?
Janji ada Jang Geun Suk. Hoho.
Autograf pelakon-pelakon yang penah filem drama kat sini. Aku zoom yang aku kenal je :p

Others random picture..
And the last, jail Running Man. Huhuu.


Selepas 2 jam, lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang bergerak keluar dari Petite France. Tunggu bas di tempat kita turun tadi oke. Jangan lupa tunjuk tiket bas yang kita dah beli tadi kat driver bas. 



Kitorang turun kat Cheongpyeong Station untuk naik train pulang ke guesthouse. Alhamdulillah, selesai sudah Gapyeong Tour.


Sebab cantik sangat rekabentuk binaannya, tangkap gambar dulu. Lepas tu baru balik :3

Sebelah malamnya, aku and Bella keluar jalan-jalan kat Dongdaemun. Cari kasut aku.

Haih la kasut. Kau rupanya tak boleh bawak jalan jauh berbatu-batu. Nasib baik kau dah lama ku beli. Kalau baru beli, nanges jugak dibuatnya. Huh. Terima kasih banyak berjasa selama ini. Beruntunglah dikau aku buang kau kat Korea sana. Hakhak. 

So, aku dapat kasut baru yang lebih selesa dan kasut paling mahal dalam hidup yang pernah aku beli. Huiiii. Paling syok, lepas dah beli kasut, tengok ade lagi kasut lagi murah dan ohsem diorang jual kat lorong-lorong jalan. Hmmmppp =.=

Last but not least,


Thanks for reading. Aku sangat menghargainya. Wait for the next entry ^_________^



*Hampir empat hari aku peruntukkan untuk siapkan entry ni. Semuanya gara-gara gambar yang super besar saiznye. Wuuu. *Nangis*




Another Related Post Trip to Korea:




17 comments:

Unknown said...

Ohsemmmm! Baca ni rase mcm akak ada kt sana skali...hehe...sonoknya ko sakan berjalan...best lak tu...akak nk g jugak lar ni...cantik2 tptnya. Msti masa nk blk rse syg je kannn....

lynn said...

best sioooot. update lagi weh.. ;)

Syera said...
This comment has been removed by the author.
Syera said...

Kak Intan : Hahaha. Tu la kak. Kaki kite ni klu dh terlajak mmg xleh undur dh. T'lajak jauh plak tu. Ekekeke.

Mmg sonok kak. P la kak. Cantik kt sana. Ajak hubby akak jln2 kt sana. Kompom xnyesal. Hihii. Jgn lupe bwk anak2 skali. Kang p b'dua je, xaci. Kehkeh.

Syera said...

Lynn Mok : Hahaa. Ala terharu taw ko bace. Hihi. Tggu next week ak update lain. Nanges taw nk kcikkn size gmba. Hohooo.

Unknown said...

LENGKAPPPPPP.....! nak lagiiii....nk gmbr kasuit baru gakkk..kiki bru nk tnye mne bli kasut osem tu..skli last entry ad gmbr dia dh lunyai.alololo... eeeiii...rse cm nk ajak syera jdik tourist guide jeee..kikiki

Syera said...

Nurul Fathy : hahaha. ksut lama lg ohsem dr ksut baru taw. tp very the selesa. tu lah, dh lunyai. sedey medey mokcik taw. sib bek dh lama. ekeke.

haha. ak nk repeat gk ntey. tp nk kna kmpul duit balik. hihi.

nohas said...

South Korea memang best..can't get enough, rasa nak repeat..

salam..berziarah di sini..

Syera said...

taw xpe. sye pn nk repeat lg skali nnti. xpuas..

terima ksih :)

Pretty Pop said...

Hye awak.

Nak tanya kalau kita naik shuttle bus pergi nami island, lepastu kalau in between tu nak pergi petite france mcm mana ek?

Syera said...

@pretty pop

hye pretty pop

awk bole naik shuttle bus yg sama mcm nk ke nami island tu :)

Wadat said...

Salam,

Saya akan ke Seoul bln Jan 2014 ni..Nak tanya..Feri ke Nami Island tu, ade jadual tetap x?..Maksud saya, die tulis pukul 10.15 ke 11.00 ke..Sbb sy tgk jadual yg dibagi dlm web, interval 10-20 min antara pukul 9pg-6ptg..Mcm mana kita nak timing ye bagi x terlepas waktu yg kita nak?..Tq..

Syera said...

W'slm :)

Wahhh. Seronoknye p tyme winter la kan. *Jeles* :D

Oh, saya xsure pulak pasal tu. Rasanya xde. Ha'a. Btol yg mcm kt dlm web tu. Xtaw nk timing mcm mana wak. Asalkan awk dtg antara 9-6 ptg tu, insyaallah ade feri. Tp klu tggu pn, xamek mse yg lame wak. Dun worry :)

*Sye suggest, dtg weekdays utk elak sesak2. Hehe.

Unknown said...

Hi syera :)
fee utk petite france berapa??

Syera said...

@Artikah Abdullah

Hai artikah :)
Xsilap dalam 8000won masa sye pegi ritu ;))

-FeiLing- said...

Hi, nak tanya macam mane nak check train timetable from one place to another eh?

Syera said...

@-Feiling-

Hi,
Utk train timetable, u d/load mana2 Korea Subway app on ur phone. Kt situ, dorang bg info first train, last train, fee, etc. Hope membantu :)