Monday, July 11, 2016

Air Asia Name Amendment/Change (Pembetulan Nama)

Assalamualaikum cikebum cikebum semuaaa

Last time dah share pasal flight reschedule. Kali ni nak share pembetulan nama penumpang. Penerbangan domestik, biasanya dia cek, nama kat tiket perlu sama dengan kad pengenalan (sumber dari blogger) manakala penerbangan antarabangsa pula, nama kat tiket perlu sama dengan pasport. Kalau nama kat tiket tak sama dengan kad pengenalan atau pasport, INVALID. Awak tak boleh depart. Duduk jelah kat airport dengan linangan air mata. Haa jangan main-main tau.

 Air mata jatuh setitis dua

Perkara ni biasa terjadi kalau kita bookingkan tiket orang untuk kuantiti yang ramai. Nama Bashirah. Tapi tertulis Basyirah. Nama Hanna. Mata berpinar, ter isi kat form Hana pulak. Tersilap satu huruf, tertinggal 1 huruf kat tiket ni, biasa sangat terjadi. Dan biasanya hal macam ni DITERIMA untuk request Name Amendment.

Tapi macam mana pulak kalau tertinggal pangkal nama? Atau tertinggal nama depan ayah kita?

Contohnya, nama sebenar Siti Melati Suhana Binti Md Khairi. Tapi tertulis Siti Melati Binti Md Khairi. Atau Siti Melati Suhana Binti Khairi.

Err tuan, boleh ke request Name Amendment?

Mampus lah. Korang kena beli tiket baru kihkih.

 Sekadar hiasan hehe

Jangan risau jangan merengek. Boleh. Walaupun macam tak logik, "Eh budak ni bole pulak tercicir nama ek." Tapi boleh dan sah untuk buat pembetulan nama. 

Kalau kes macam ni, korang call dorang pun tak guna. Sebab dorang tak boleh nak amend nama on call. Dorang akan suruh korang isi e-form. So, jangan bazir kredit, caranya macam ni.

1) Pergi ke Air Asia E-Form [KLIK]

2) Isi form dengan lengkap. Case Category pilih Customer Request. Type pilih Modify Booking. Attach sekali kad pengenalan (depan/belakang) atau pasport penumpang yang "bermasalah" tu hihi.

3) Kat Feedback, bagitahu dia, nak betulkan nama penumpang. Contoh,

Tuan/Puan,

Sila betulkan nama penumpang Siti Melati Suhana Binti Khairi kepada Siti Melati Suhana Binti Md Khairi.

Ni contoh je tau. Aku bagi point yang perlu highlight je. Masa aku buat haritu, panjang jugaklah aku explain sebab aku takut dorang tak accept kesilapan ni. Tak memasal kang kena beli tiket baru. Huhu.

4) Submit.

5) Nanti dorang akan send no report/case korang kat emel. So korang tunggu je dalam tempoh yang ditetapkan.

Nota Penting : Kalau korang klik e-form English, korang perlu isi dan explain form dalam English jugak okay. Kalau rasa-rasa nak explain dalam Malay, sila tukar bahasa. Pilih Bahasa Melayu. Kalau korang isi e-form English, tapi explain dalam Bahasa Melayu, dorang tak layan. Aku tak tahu kalau ada yang lucky. Tapi aku dah kena 2x. Dorang tak layan form aku.

In case..

In case..

In case..

.. Dorang tak reply emel korang. Korang perlu chat dengan dorang okay. Ingat, kalau korang nak cakap melayu, tukar dulu bahasa, kepada Bahasa Melayu ya. Walaupun yang chatting tu nama dia Sallehuddin atau Rozana (which is terang-terang depa orang Melayu), dorang akan minta kau make conversation in English. Ingat ya.

So, tyme chatting tu, bagi no report/case korang. Nanti dorang akan cek and settlekan waktu tu jugak. Lepas tu dorang akan send email as information yang nama penumpang tu, dah di amend. Dan korang akan dapat itinerary baru selepas itu.

Contoh email selepas pembetulan nama.

Okay settle.

Hope dapat membantu. Challo betteh! ^^,



** Ada yang tanya, macam mana kalau kita tak letak Binti atau Bin? Perlu ke request Name Amendment? Jawapannya, tak perlu. Selama aku beli tiket, aku tak pernah letak Binti atau Bin. Di kotak Last Name, aku terus letak nama ayah (without Binti atau Bin) So far takde masalah lagi. So tak perlu request Name Amendment ya :))



68 comments:

Bainun Waheeda said...

Salam cik syera, nak tanya saya terbeli tiket ke tokyo tanpa letak binti. Lepas tak agaknya? Dan saya bukan naik air asia. Nervousnya

Syera said...

@Bainun Waheeda

Wslm. Alamak. Sye pn xsure. Sye xpenah naik selain AA. Huhu maaf. Tp awk boleh call center dorg gtau psal ni.

Unknown said...

first and last nama tu letak nama kite sndiri ke nama penumpang yg silap eja nama tu..?

syafika rusli said...

first and last nama tu letak nama kite sndiri ke nama penumpang yg silap eja nama tu..?

Mira said...

Assalamualaikum Syera, just need confirmation pasal letak bin or binti tu, kira utk AA domestic and international, both tak payah letak pun boleh lepas, kan? hee... Thanks in advance :)

Syera said...

@Syafika Rusli

Nama kite sendiri. Kt bhagian feedback baru inform apa masalah kite. ie, pembetulan nama penumpang tu.

Syera said...

@Mira

Waalaikumsalam. Yup. So far, ikut pngalaman saya, semua lepas. Most welcome :)

Anonymous said...

Sy kat aa letak nama first mohamad idham bin n nama last nama ayah... mcmne ekk yg "bin" tu.... risau pulak..

Syera said...

@Anon

Oh alamak sye xsure plak bab tu. Biasa yang sye tgk, 'bin' tu org letak kt last name. Awk try call/chat aa.

farhah zafri said...

assalamualaikum . berapa lama ya dia ambil masa untuk tukar nama ?

farhah zafri said...

berapa lama ye dia tukar nama tu ?

Syera said...

@farhah zafri

Wslm :) Depends. Tpi biasanya sehari dua dh dpt iti yg baru.

Che Hashim said...

slam,klu dalam ticket kita tersalah masukkan gender mcm mana yer..lepas x

Syera said...

Wslm. Sye rse tak lpas. Kalau ikutkan smua details kt tix kna sama dgn dokumen pngenalan kite. Utk elak dr jdi ppe msalah kt airpot, better betulkan bfore travel.

Anonymous said...

Salam nak tanya .Kalau nama panjang ad mohamad , tp dalam tiket tak letak mohamad kira lepas tak?

Anonymous said...

Salam

Syera said...

Dlm tiket tak letak tu mcm mna eh? Awk isi form, letak nama penuh tak?

Kalau tak letak nama penuh, mmg tak lepas. Silap satu huruf pun, kena amend, ape tah lagi tertinggal :)

Zai Sweet said...

Salam sis.. Kalau pegi dgn group.. Agent yg booking ticket pastu nama ayah ada satu D. Tapi diowang pi letak DD. Agent la yg kena amend kan. Trip to obersi ...

Zai Sweet said...

Salam sis.. Kalau pegi dgn group.. Agent yg booking ticket pastu nama ayah ada satu D. Tapi diowang pi letak DD. Agent la yg kena amend kan. Trip to obersi ...

Syera said...

Kalau ikutkan, yup agen yg kna amend. Sbb dia yg bertanggungjawab uruskan tix tu kan.

Mcm kt entry ni, kes sebenarnye ialah, saya silap masuk nama ayah mmber. So saya yg kna betulkan sbb sye yg uruskan tiket tu. So nnti minx je agen tu betulkan ya :)

Sri Natasha said...

Hai syera..sy nak tnye sy tempah tiket atas nama sri natasha abd smat tp salah tingal 1 huruf..sepatut nya sri natasha abd samat blj x tambah huruf??

Sri Natasha said...

Salam sis..saya telah menempah tiket tapi nama ejaan tertinggal 1 huruf blh x sy nak tambah 1 huruf tu?? Berapa bayaraan??

Syera said...

Wslm natasha.

Boleh. Mmg awk kna tambah pn. Awk follow step yg sye bagi tu ya. Nama tu pnting. Kna sama dgn pasport/ic kita. Takde bayaran pn. Kna bayar bil tepon je. Tu pn if awk call dorg hehee :)

Anonymous said...

Aslm sis

Nak tanya kalau nama kite sebaris sahaja contohnya mariyam takde nama bapak takde binti bagai macam mana nak isi kat ruangan family name? Nak di kosongkan saja ke ruangan family name tu?

Syera said...

Wslm. Mybe kosongkan je kot. Sbb mcm mna pun, kna sama dgn dlm ic / pasport.

Atau lebih confirm, awk call je airasia :)

Taqiy Asshaary said...

Salam saya nak tanya, kalo double surname boleh ke? Macam contoh MUHAMAD SHAHRIN BIN ABDUL KHALID ABDUL KHALID. Sebab dkt first name saya letak full name dan dkt surname, saya letak nama ayah. Mohon penerangan. Thanks

Syera said...

Wslm.
Oh, sye xsure pulak psal tu. Utk kselamatan awk, better betulkan nama tu. Risau ada msalah masa boarding nnti.

Anonymous said...

Hi saya nk tanya.. saya tlupa nk ltk nama "anak".. dkt first name ltk nama sendiri n family name nama bapa.. so kiranya xde "anak" mcm dlm ic.. xpe ke? Atau plu name amendment jugak? && aatu lagi, masa kita booking tiket online mmg dia xde minta num ic ke?

Anonymous said...

Maaf tanya Berapa lama ye nk tunggu dia bagi case number lepas isi eform..blh ke live chat sblum dpt case number

Adilla Hanizan said...

asssalamualaikum, kalau mcm sy ni dkt boarding pass tak semua huruf besar sbb nama tu dia ikut dkt airasia punya application phone tu. takpa ke? maksud nya ada huruf kecil. tp ejaan nama semua betul, ada masalah tak?

aina natasha said...

Hye Sis, U tahu tak kalau for Air Asia-international flight, tak letak BIN boleh lepas x? TQ Sis

Anonymous said...

Assalam..Nak chat dengan dorang tu mcm mna ye? saya tak dpt lagi email

fieshafarish said...

syera..nak tya..kalau kita tersikap letak kata ganti nama diri..contoh patut letak MS terletak MR...cemana ek..kena tukar jugak ker...n then kalau pernerbangan tu 2 org..kita kena isi form tu sorang sorang ke sbb nak tukar MR ke MS..tq ya syera info kt blog

Sahariah rahman said...

Nak tnya kalau salah satu huruf mcm mna ye, coth nama dia husain tqpi saya taip hussain

MM said...

tq atas info y bermaklumat!! smG Allah ganjarkan y sebaiknya buat pemilik blog ini...

Syaza Arisha said...

salam syera, saya ada beli tiket but beli kat agen tapi diorang tak letak mohd kat depan nama ayah saya. boleh ke kalau saya betulkan sendiri atau nak kena jumpa agen semula untuk betulkan?

Sue hainy said...

Salam sis...klu sy booking nama SU BT MOHD..tp nma dkt ic SU BINTI MOHD..kna btulkan x sis?tq in advance.

Unknown said...

sist kalau nama arden l'esperance dan nama bapa tu tak ada mcm mna yer?ini utk penerbangan luar negara

Syera said...

Kalau info dr AA, awk kena letak nama tu di kedua2 ruangan, nama pertama (first name) dan nama bapa/keluarga (last name)

Boleh cek kt web AA : Home > Book with us > Online booking & payment

Syera said...

Sye rasa bole betulkan sndri. As long as awk ada maklumat yg diperlukan. Tp klu awk xconfirm, better suruh agen je. Lbih snang :)

Syera said...

Alhamdulillah terima kasih. Semoga berbalik pda kamu jua :)

Syera said...

Dr info yg sye dpt, if nama xsama dgn dokumen (ic/passport), kena buat amendment dear :))

Syera said...

Ada sstgah boleh terima ksilapan tersebut. Tp bgi saya, better awk tukar bfore penerbangan :)

Ni mklumat yg sye dpt dr google. Sye share juga utk kpentingan bersama bg yg terbaca komen ni. Cth andai berlaku apa2 yg xdiingini masa penerbangan, compny penerbangan akn gunakan mklumat yg kita masukkn smasa booking tiket. Bnda ni pnting supaya kita dpt claim insurans. Sbb tu mklumat kita penting utk diisi dgn betul :))

Syera said...

2 org tu utk pnerbangan yg sama ke?
Kalau sama, boleh je rasanya dlm 1 form. Cuma awk kna detailskn betul2 masalah awk di ruangan feedback :)

Okay sama2. Moga mmbantu.

Syera said...

Yes boleh. Sye xpenah letak binti/bin masa isi mklumat utk booking tiket domestic n international :) so far sye xde masalah masa boarding.

Syera said...

As long as nama sama dgn dokumen pngenalan, so takkan ada masalah.

Syera said...

Update:

Kalau info dr AA, awk kena letak nama tu di kedua2 ruangan, nama pertama (first name) dan nama bapa/keluarga (last name)

Boleh cek kt web AA : Home > Book with us > Online booking & payment

Izal Saizal said...

Saya Tak letak @ kat nama boleh ke ... ?

akmal hakim said...

kalau nama akmal hakim bin md hussain
tapi dalam tiket letak hakim hussain je lepas tak ?? risau nye

Syera said...

Haritu isi form, xletak full name eh?

Nama kt boarding pass/ tiket perlu sama dgn ic/pasport. Kalau x, xvalid.

Anonymous said...

Salam, utk buat amendment air asia perlu apa2 bayaran ke? Tqvm

Syera said...

Wslm. Takde byran.

Anonymous said...

Semasa booking sy da slh bg email..ao macam mana ye..lgpn sy x bukak akaun pn..sy cuma buat booking as a guest je

Syera said...

Sempat x snap atau ade amek x no booking? Kalau ada, bole contact center.

Kalau xde, mngkin kena call dorg. Manatau dorg bole trace mlalui ic atau apa2 mklumat pngenalan yg awk isi.

Anonymous said...

Assalamualaikum, usually berapa hari ya untuk dia process name amendment ni? And berapa hari sebelum flight boleh betulkan nama ni ya? Terima kasih.

Anonymous said...

Terima kasih sangat sangat for the info shared! Really helped the community a lot! My problem settled already. Thanks again!

Syera said...

Waalaikumsalam. Saya xingat pasal tu. Rsenye dlm 3-5 hari bekerja. Depends. Ada yg cpt, ada yg lmbat.

Tak ditetapkan pulak bpe hari. Tp lebih baik betulkan dgn segera. Takut last min nnti susah pulak kan :)

Syera said...

Ya allah seronoknyaaa rasa dpt tlg. Nak upahla mcm tu. Upah doakan yg baik2 utk sye hihi. U r most welcome n thanks sudi jengah ke blog ;)

Anonymous said...

Masa tu u boleh lepas tak ada dua nama bapa kat sana??

syafiq amin said...

nak tanya kalau kita tak submit ic macam mana ye? sebab saya lupa nak submit ic sekali

Aish Irfan said...

slm sis, sy ad book tiket kat airpaz.com, tp flight air asia.. detail sy just masukkan mohd shj blh ke ? sptutnye dlm ic mohamad. anak sy mohamad fareez naufal tp xblh so sy short pg mohd . kne adjust ke yee?

dwen_psf said...

Saya salah gender dah tukar nak tunggu live chat payahnya

Syera said...

Haah. Kena take turn. Tu yg kne tabah sikit ;D

Zaty Ahmad said...

Salam sis,
Saya nak tanya.macam mana kalau saya tertulis satu huruf kecik dalam nama tiket saya ye?? Contoh nye NABILAH tapi dalam tiket NABiLAH..Saya kena tukar jugak ke??

Syera said...

Wslm.
Sye rasa tak perlu. Yg pnting ejaan yg kna sama. Kalau rasa ragu2 boleh call center.

Syera said...

Boleh je rasanya. Sye attach sbb risau dorg xnak tukar. Kite inform dgn clear mngkin dah memadai :)

Syera said...

Alamak. Kalau kes mcm ni sye pun tak sure. Kalau ragu2 mungkin boleh terus contact AA. Maaf ya.

Syera said...

Hai, maaf terlepas pandang. Maaf sye xsure hal ni. Mngkin bole trus call center utk elak masalah sblm pnerbangan.