Monday, February 15, 2016

Resepi Sabtu : Dim Sum/Dumpling Yang Mudah & Lazattt

Sejak menggunakan apps fb Lite ni, aktiviti scroll-lan aku agak terbatas sebab interface dia sangatlah tidak menarik haha. Tapi aku install jua sebab saiznya yang lebih kecik dan ringan berbanding apps fb yang ori. So, kite tengok yang penting-penting je dalam fb tu hokay.

Tengah scroll-scroll, mata ini tertangkap pada satu resepi. Gitew ayat. Resepi Dim Sum/Dumpling. Rasa nak buat tu membuak-buak bukan sebab ke-Korea-an hello, please?, tapi sebab bahan-bahannya mudah di dapati. Terus ajak adik buat sekali :D

Maaflah jika fizikalnya agak tidak mengiurkan selera anda. Yang penting, sedap haha

Sebelum kite start, fyi bahan-bahan telah di ubah mengikut citarasa sendiri. Tapi masih tidak menjejaskan keadaan dumpling tersebut hehe. Aku kira-kira, bolehlah dapat lebih dari 30 biji. Letz ztart!

Bahan-bahan untuk kulit:
3 cawan @ 500g tepung gandum
1 cawan @ 160g tepung ubi
1/4 sudu teh garam
3 sudu besar minyak masak/minyak jagung
450ml air mendidih

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam dan minyak.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau. Uli sampai sebati dan tak lekat di tangan.
3. Bahagikan 4 bahagian (senang nak uli) dan rehatkan lebih kurang 30 minit.

Note: Disebabkan air tu panas, mula-mula aku uli pakai sudip kayu. Bila dah suam, aku pakai tangan. Lebih mudah. Adunan akan nampak kering, tapi JANGAN TAMBAH AIR. Uli, uli, uli je sampai sebati. Doh akan jadi gebu dan licin dan lembut gitu.

 Cawan yang aku guna dan keadaan isipadu tepung (menggunung sedikit)

 Siap uli si gebus

Bahagi kepada 4 bahagian


Bahan-bahan untuk inti:
2 keping daging cincang (brand Ramly)
2 batang lobak merah (disagat)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar kicap cair
2 sudu teh minyak bijan (brand Nona)
1 sudu teh minyak tiram
1/4 sudu teh garam
1 biji telur (dipukul dahulu)
Lada sulah

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan gaul.

Note: Boleh juga letak udang, ayam atau apa-apa sayur mengikut selera masing-masing. Tapi perlu dicincang terlebih dahulu ya.

Penyediaan:
1. Uli dan canai doh (jangan tebal sangat, jangan nipis sangat) di atas papan canai.
2. Sekiranya doh masih melekat, aku syorkan korang salut minyak masak sikit kat doh tu sampai dia tak melekat dan mudah di canai.
3. Terap doh tersebut. Kemudian letak inti dan lipat ikut kreativiti masing-masing. Nak bentuk bungkus ke, nak buat macam karipap ke, nak bunga pun boleh.
4. Panaskan periuk kukus menggunakan api besar.
5. Bagi mengelakkan dim sum/dumpling melekat pada bekas kukus, korang boleh sapu sedikit minyak masak kat situ.
6. Kukus dalam 10-15 minit (bergantung pada ketebalan doh) Nak goreng pon boleh.
7. Siap! Senang je kan? Hihi


Makan dim sum/dumpling ni panas-panas lebih sedap. Kalau makan sekali dengan tomyam lagiilahhhhhh double triple enak. Perghhhh! Actually kulit dia boleh didapati kat Giant. Sebab aku malas keluar jauh-jauh, challenge diri jugaklah nak buat kulit ni sendiri. Nasib baiklah menjadi walaupun tak seksi agagaga~

Selamat mencuba!



Thanks for reading ;)

1 comment:

Anonymous said...

Sye dah buat.. Inti sye guna resepi sendiri.. Mmg sedap 😊😊