Saturday, January 23, 2016

Trip to Perth, Australia : Departure & Arrival, Accommodation (Mountway Holiday, Cervantes Lodge & Susan And Matt Homestay) & Transportation

 

Percutian 2015 aku berakhir di Perth, Australia. Heh. Idok le banyak sangat pun berjalan tahun 2015. FYI, Australia salah satu negara yang selamat dan mudah untuk di explore. Tapi tak semudah Korea hehe ;) 

 
Bella (kiri) & Mira (depan sekali) - member zaman hingus | Fatin & Ana (member Bella)

Departure & Arrival (KLIA2-Perth Int Airport)
 
Tiket flight aku pada asalnya pukul 08:59 pagi bertarikh 29 Oktober 2015 dengan harga RM500+ return. Nak murah, sila grab waktu promo. Sebulan sebelum pergi, AA reschedule flight aku ke 10:10 pagi. Aku tak nak sampai lambat. Rugi 1 hari nanti. So aku tukar ke pukul 00:05 pagi pada tarikh yang sama. Cara tukar date/time boleh rujuk kat entry ini. Boleh refer sat lagi, takut-takut korang akan alami pada masa-masa akan datang. Aku sampai Perth Airport lebih kurang pukul 05:30 pagi. 05:30 pagi pun dah terang macam pukul 08:00 Malaysia.

Jejak je kaki kat airport Perth, perkara pertama yang digeruni ialah kastam diorang. Sebelum pergi Aussie, macam-macam cerita aku baca kat blog. Ada yang tak dapat masuk - kena hantar balik, ada yang kena buang makanan, ada yang kena tahan berjam-jam kat kastam and macam-macam lagi. Syukur masa aku pergi, everything berjalan dengan lancar. Pegawai kastam dorang siap senyum. Makanan yang kitorang bawak pun, takde masalah apa-apa dan tak check luggage pun.

So sampai je airport, kitorang solat subuh. Surau ada disediakan di airport.

 

Lokasi, dari arrival gate, ke kiri. Masuk di lorong kecil sebelah kanan kedai-kedai atas tu (gambar). Nanti ada nampak sign macam orang tengah duduk antara dua sujud.  Toilet ada bersebelahan surau. Surau tu share laki perempuan. Tempat wudhu’ disediakan (tanpa tirai). Aurat pandai-pandai jaga. Telekung dan sejadah tak disediakan.
 
Dah settle semua, kitorang bergerak ke apartment pertama; Mountway Apartment yang terletak di tengah bandar @ CBD (Central Business District) dengan menaiki teksi.


Teksi dia sangat comel homaigad TT.TT
Ni button padia ni tolong jangan complicated sangat boleh dak?

Dari airport nak ke CBD, mengambil masa sejam. Tu pun sebab banyak nau traffic light. Tambang AUD 80 satu teksi. Jangan convert. Jangan sesekali darab dengan tiga haha.

Accommodation (Penginapan)
 

Sepanjang  berada di Perth, kitorang stay kat 3 tempat penginapan. First and second night, apartment berhampiran bandar. Third night, berhampiran pantai dan malam ke-4, homestay area bandar jugak. Last night berhomeless kat airport kehkeh. Semua penginapan ni di pilih berdasarkan lokasi perjalanan.

1. Mountway Holiday Apartment, Perth AU


Apartment ni femes di kalangan Malaysian tourist yang travel ke Perth. Kalau buat research pun, ramai yang stay sini. Salah satu sebabnya harga yang sangat reasonable dan dekat dengan bandar. 5-10 minit je untuk jalan ke luar bandar. Kings Park yang femes emes pun dekat je dengan apartment ni. Jalan kaki naik bukit sikit sampai lelah, dah sampai Kings Park hehe. Staff pun friendly.


Kitorang sampai dalam pukul 08:30 pagi. Sepatutnya waktu check in adalah pukul 12:00 tengahari. Sebab ada bilik kosong, staff terus bagi masuk tyme tu jugak. Bolehlah rest sekejap sementara nak keluar berjalan.


Bilik yang kitorang pilih standard room, family suite. Ada 3 katil – single bed, queen bed, double deck. Selesa sangat untuk 5 orang. Toilet, dapur, fridge, pinggan mangkuk, cawan, semua ada. Yang penting, free wifi. Come on lah i is nak update fb check in Perth, Australia kot ekeke :D
 


Kitorang tidur 2 malam kat sini. Bagi aku, sangat selesa sebab semua serba lengkap. Kedudukan apartment bersebelahan highway. Tapi still tak mengganggu ketenteraman hidup kau pun. Suasana sunyi dan tenang je oh rindu.

2. Cervantes Lodge, Cervantes WA


Entrance Cervantes Lodge | Letak gambar ni sebab aku sorang je yang dah standby kuikui

Next accommodation Cervantes Lodge (CL). Kalau korang nak berjalan kat Pinnacles Desert, main sandboard kat Lancelin, CL is damn recommended. Budget backpacker pun di syorkan bermalam di sini.

Perjalanan dari CBD nak ke CL mengambil masa 2 jam lebih. Ada setengah tourist tak spend a night pun kat sini. Tapi aku syorkan korang staylah at least 1 night sebab nanti takdelah rushing sangat nak bergambar, bermain dan bergedik kat tempat-tempat best kat area situ. Rugi tahu.


Pinnacles Desert ada apa? Lancelin yang mana?
Okey ini Pinnacles Desert
Dan ini Lancelin. Main sandboard kat sini daebaksssss

Story dua nia aku share kat entry lain yo!


Sambung balik pasal CL. Kitorang tidur 1 malam je kat sana. Kitorang book single dorm room dimana ia ada 8 katil kesemuanya. Tapi owner lodge baik hati, dia bagi kitorang berlima conquer 1 bilik tu. Takde share dengan manusia asing lain pun :D

Sekitar CL

Style macam kat asrama. Tandas share (Laki lain, perempuan lain lah). Tandas negara luar ni, macam biasalah kat jamban takde paip air. Dia nak suruh kau calit pakai tisu je. Kalau rasa nak buang hadas besar tu, rembat jelah tong sampah kecik kat situ tadah air jadikan baldi hehe :D

Tapi kalau kau rasa macam tak boleh hidup sangat kat spesis jamban negara luar ni, aku syorkan kau bawak jelah getah paip dari Malaysia siap-siap. Heh.

Tandas dia tak besar mana pun. Jamban dua, shower mandi dua. Shower pun kecik je. Jangan mimpi nak mandi share dua orang. Tak muat. Dannn shower dia tak berpintu ya. Hanya tirai. Alaa, akutnyeww nanti kang adew orang bukak tirai tyme itew mandiiii. Eleh, mengade. Diorang pun ada apa yang kau ada. Cuma kau kena berhati-hati sikit dengan member sendiri je. Biasanya member je yang suke buat kerja sewel tak betul ni haha.
 

Kalau nak masak, boleh ke dapur yang disediakan.


See? Dapur dia luas dan serba lengkap. Lepas masak, sila kemas semula, basuh periuk kuali yang korang guna tu. Meja pun kena pastikan bersih. Jangan main tinggal. Takde ayat - kang cleaner takde kerja pulak - No no no. Big NO in Australia. Belajar berdisiplin sikit ya.



First tyme lah aku stay kat tempat macam tu. Semua benda share. Rasanya macam lagi syok. Dapatlah satu experience yang baru. Oh ya, sebelah dapur, ada ruang tamu, tv dan bilik washing machine.


Kat sana, pukul 09:00 malam dah sepi. Memandangkan CL ni jauh dari bandar, so kesunyiannya sangatlah amat begitu sunyi. Takde sebarang bunyi pun melainkan dengkuran kawan sebelah kau hehe. Kalau jenguk luar tingkap pun ya Allah gelap gelita tiada cahaya kat luar. Bertambah gelap hidup kau kat sana sebab takde wifi FREE kahkah

3. Susan And Matt Homestay, South Lake



Malam ke-4, iaitu malam second last kat Perth, kitorang stay kat Susan and Matt Homestay. Owner iz husband and wife.

Dia punya homestay seriously best. Nora bagi 5 bintang! Rumah dia tak lah besar sangat. Bilik tidur dan tandas ada satu je. Tapi sangat selesa dan bersih.


Ada swimming pool, ada tempat bbq dan wifi free. Terasa sangat rumah ni macam diri sendiri yang empunya. Padahal rumah sendiri pun tempat bbq takde apatah lagi kolam berenang-berenang muohoho.

 
Swimming pool bertutup
 Tempat bbq dan sekitar luar rumah

Sayangnya kitorang spend 1 malam je kat sini. Rasa tak puas sangat. Kitorang check in malam. Husband Susan, Matt yang sambut kitorang masa sampai rumah tu. Family dorang ni dok kat sebelah je. Aku rasa diorang renovate rumah diorang, separate jadi dua. Yang sebelah tu dijadikan homestay. Bagusnya buat duit macam ni kan.

 Ruangan hall
1 toilet
1 bilik, 1 katil dan wardrobe yang besar idaman wanita

Okay yang ni katil sofa (?) sofa katil (?) Tak tahu apa nama. Tak yah rebut-rebut katil yang satu dalam bilik tu. Tido kat hall pun okay dah. Sambil tido, sambil tengok tv, movie. Toto, bantal, comforter semua ada disediakan kat wardrobe besar idaman kalbu seorang Syera hehe.
 
Esoknya pagi-pagi, kitorang dah gerak ke tempat lain. Geram rasa tak puas tidur kat rumah tu still ada lagi. Bertambah geram tak sempat mandi kat pool huh. Kalau ada rezeki jejak Perth lagi, nak stay seharian tak nak pegi mana-mana duduk je kat rumah tu ekeke :D

 Teztimoniz zikit meh zebelum balik

Kalau korang terpikat, bolehlah booking Susan And Matt Homestay ni thru AirBnB website.

Transportation

Walaupun Perth mudah di explore, tapi ia taklah semudah Korea yang senang kite nak jalan sana sini dengan subway. Lokasi tempat-tempat menarik kat Perth ni jauh-jauh. Disebabkan kitorang sewa kereta, so aku tak tahu dan tak study sangat pun public transport kat tempat-tempat kitorang nak pergi ni. Still, aku share mana yang aku tahu.

1. Car Rental (Kereta Sewa)
Kitorang start sewa kereta pada hari ketiga. Pickup kat ofis dorang, Adelaide, and return kat T1 Perth Airport. Rate AUD 209 satu kereta selama 3 hari termasuk additional driver dan surcharge lesen Malaysia. Lagi sekali, jangan darab dengan tiga hahaha.

Mula-mula nak sewa mpv, well pompuan kan banyak sangat shopping, takut tak muat barang-barang. Bila tengok harga, hadoi tersedak sekejap. Tukar plan cari kereta yang bonet besar. So Nissan Pulsar pilihan hati.


Masa datang ofis dorang, terserempaklah dengan bos dia. Chinese Johor rupanya. Dah menetap kat sana 10 tahun rasanya. Dia share beberapa tips tentang pakai kereta sewa ni.

Antaranya, korang kena keluar dari highway at least sebelum jam 06:00 petang waktu Australia. Mesti dah kena keluar. Highway yang dimaksudkan bukan highway macam kt Malaysia ni. Ni highway yang kiri kanan jalan semak, ada yang macam padang jarak padang terkukur tu. Sebab malam-malam, kanggaroo akan keluar masuk lintas jalan. Yang melintas tu bukan spesis kecik-kecik. 2 kali ganda besarnye dari lelaki -- ujar beliau.


Ada kes sebelum ni, kereta kemek teruk sebab terlanggar kanggaroo. Mostly dia kata tourist dari Malaysia haha degilnyaaa orang Malaysia ni. Dia dah pesan banyak kali katanya. Tak memasal lah nak kena bayar berkali ganda ganti rugi kereta tu. Puncanya, penyewa drive kat highway selepas pukul 06:00. Pukul 06:00 sana tak sama macam Malaysia. Sana gelap dah. Pandai-pandailah arrange masa korang.

Ok, andai kata kalau korang tak dapat jugak keluar highway sebelum waktu tu, dia nasihatkan agar korang berhenti dan stay je kat highway tu, then call ofis. Nanti dorang akan hantar tow truck ke sana untuk ambil kereta tu. TETAPI, driver dan penumpang, dia takkan bawa sekali. So, korang tidur jelah kat jalan tu hohoho.


Nampak macam tak best, strict sangat. Tapi takpelah, kite follow je. Daripada berlaku apa-apa yang tak di ingini, lagi payah. Kan? Alhamdulillah semua itinerary kitorang memang takde sangkut kat highway waktu-waktu genting tu. Sebelum gelap, kitorang dah sampai tempat yang di plan.

Lain-lain tips, sebelum korang bawak kereta tu keluar dari ofis dorang, dinasihatkan agar korang snap gambar setiap sudut kereta tersebut. Takut-takut bercalar ke apa yang bukan atas kecuaian korang pun, kang dorang cas kat korang. Naya je.

2. Transperth Bus & CAT Bus
Kedua-dua bas ni ada di area CBD. Kalau nak jalan-jalan area CBD, naiklah bas ni. Free untuk zon-zon tertentu. Rajin-rajin ambil map atau boleh refer terus ke website dorang kat sini.

3. Transperth Train
Sekali je aku naik train ni. Masa nak pergi Fremantle. Takde beza sangat dengan Malaysia pun.



Kalau rasa macam blur-blur boleh panggil guard yang jaga stesen tu. Macam uncle ni. Sangat baik dan friendly. Sudi membantu. So korang jangan risau.

***************

Ok ini je yang dapat aku share. Sorry tak dapat bagi info yang agak membantu sangat pasal public transport ni, sebab aku banyak berjalan pakai kereta huhu.

Okbai ;)


 

13 comments:

99's_mademoiselle said...

Best nye sis dpt travel. Post yg jjang~

Malas Letak said...

bestnyaaaa trip..akk belajar luar negara ke.....nice blog ^_^

Syera said...

@99's_mademoiselle

Hahaa. Tenkiu yang :)

Syera said...

@Malas letak

Haha taklah. Belajar luar negara tu impian besar akak tu dikk. Tenkiu ;)

Unknown said...

Syera sy nk tny di mountway holiday aprtmt kite bole masak ke?ade stove x

Syera said...

Mse sye p tu stove xde. Xtau skrg kot dh ade. Dorg provide dapo letrik je. Yup bole masak :)

asrida said...

Hi, boleh dapatkan contact homestay di South lake tu?. tq!

Dieyaa Radzy said...

Salam, nk ty, mcm mana nk naik transperth train ke fremantle tu dr city? N brapa lama msa nk smpai?

Syera said...

Hi. Sye xsimpan contact dorg. Tp bole book thru airbnb. Confirm xmnyesal kalau stay situ :)

Syera said...

Wslm. Try search station yg terdekat dgn tmpt awk. Lbih kurg sejam perjalanan ke fremantle. Spend 1 day full kt fremantle. Lg sronok ;)

nadia said...

salam,awk tulis last night awk spend kat airport kan. sy bercadang nak buat mcm tu jugak since flight balik pukul 6 pagi.so boleh tau tak ada ke tempat utk kita tido/rest kat airport tu? and ada tempat simpan luggage tak? Thanks in advance.

Syera said...

Wslm. Maaf baru respon. Tak prasan komen yg masuk. Tpi sye share jugak sbgai rujukan yg lain.

Sye p tu thn 2016 tau. So mungkin dh berubah sikit airport tu skrg. Mse sye p tu, kami semua tido je kat bangku/kerusi yg ada kt airport tu. Ramai juga yg tido sana. Mungkin sbb flight pagi.

Tmpat simpan luggage pulak, sye xsure ada ke tak. Awk try search airport sana ya. Mungkin ada info di website dorg :))

Syera said...

Pembetulan : Sye p thn 2015..