Wednesday, October 21, 2015

AirAsia Flight Reschedule (Refund/Credit Shell)

First time lah sebenarnye aku kena flight reschedule dari AirAsia ni. Kalau korang gugel tentang ni, memang ada yang share, tapi tak berapa nak details. As imma particular person muhahaha, lemme share and ajar step by step berbekalkan pengalaman yang ada ni haa. Rasa macam masa depan cerah ke idok dengan entry ni even baru mukaddimah? Hahaa. Ok start.

1. Mula-mula korang akan dapat email dan SMS dari AirAsia, pemberitahuan tentang flight reschedule. Kat email lebih details diorang akan inform. Ada jugak yang call passenger tu sendiri untuk bagitahu berkaitan ni.


Kalau tengok dalam email, AA bagi dua options untuk kita pilih sekiranya kita TIDAK BERSETUJU dengan flight reschedule tu. Hasil dari member aku call AA (credit to Bella), secara ringkasnya maksud option tu adalah seperti berikut:

Option 1 
Boleh tukar mana-mana tarikh/masa yang korang nak TANPA APA-APA CAS. Means flight sebelum atau selepas dari tarikh flight yang sebenar dalam julat 30 hari.

Option 2
AA akan refund amount dalam bentuk credit account ke dalam account AA kita yang mana ia akan valid dalam tempoh 90 hari bermula dari date issue. Ia juga dikenali sebagai credit shell.

2. Kalau korang takda masalah dengan timing flight yang baru, silakan ignore dan follow je dengan timing tu. Sekarang, kita nak proceed dengan option 2.

Apa pun, isi e-form di website AA terlebih dahulu.

Yang bertanda * wajib isi. Bahagian Case Category, select *Refund dan Type, select Flight Reschedule. Di kotak feedback pula, nyatakan korang dapat email berkaitan flight reschedule dan nak pilih option 2. 

*Aku lebih prefer select Refund sebab dorang akan bagi respon lebih cepat berbanding Customer Request or Complain or Manage Booking yang mengambil masa 5-14 hari.

Nota penting 1 : Jika tiket yang korang beli tu return (pergi-balik), sila mention section mana yang nak mintak refund tu. Departure atau arrival. Sebab itinerary for return, hanya pakai satu sahaja nombor booking. Dikhuatiri kalau tak mention, diorang akan batalkan kedua-dua tiket. Banyak hal pulak nanti nak booking tiket baru. Ingat taw.

Macam kes aku, flight reschedule semasa departure. So aku mention, refund untuk section departure iaitu KUL-PER.

Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap. Kemudian klik SUBMIT.

Nota penting 2 : Jika flight delay melebihi 3 jam, insyaallah anda boleh dapat FULLY REFUND transfer bank. Jika kurang dari 3 jam tetapi melebihi 45 minit, pihak AA hanya refund dalam bentuk credit shell.

3. Auto Response email dari pihak AA akan dihantar ke email korang beserta case number.



Jangan expect dorang akan reply dalam tempoh 24 jam deyy. Bukan kau sorang yang nak mintak refund okay haha. Dalam masa 2-3 hari korang akan dapat update dari AA semula.

4. Untuk cek status refund, sign in website AA > Flight Bookings > My Refund Status. Key in booking number atau case number dan akan keluar seperti gambar di bawah.

Kes 1 : Status In Progress
 

Kes 2 : Status Closed with Invalid Refund

Aku akan explain sikit tentang kedua-dua kes ni kat bawah.

5. Lepas 2-3 hari, korang akan dapat beberapa email dari AA. Antaranya itinerary yang baru dan status refund.

Kes 1 : Salah satu sebab status masih pending ialah pihak AA tak dapat proses credit shell disebabkan passenger belum ada akaun AA. Dalam kes aku ni, aku bookingkan tiket member menggunakan akaun aku. AA tak dapat nak proceed refund. So korang mungkin akan dapat email seperti dibawah.

Penyelesaian : Sila sign up dan dapatkan nombor id (10 angka) dan reply email tersebut dan buat seperti apa yang diorang minta ya. Sila reply secepat mungkin iaitu kurang dari 3 hari. Kalau tak, dorang tutup case and korang terpaksa request baru.

Kes 2 : Pihak AA reject refund request kita. Ini bermaksud diorang tak refund amount kita dalam bentuk duit. Akan tetapi dalam bentuk credit account/credit shell. Bukannya diorang reject terus request kita. Eh diorang yang buat salah, takkan kite nak tanggung rugi ye dak? Hehe.

So, korang akan dapat email seperti gambar di bawah (amboi besar kemain gambonye ye)
Kenapa credit shell? Ini disebabkan flight aku delay 1 jam sahaja. Memang layaklah dapat credit shell je. Kalau korang bernasib baik, mungkin dapat refund duit. Macam member aku, pernah dapat FULLY REFUND bank account. Maybe disebabkan flight beliau delay more than 3 hours :)) Rezeki masing-masing kan.

Untuk feedback yang lebih cepat dan pantas, terus call AA dimana anda akan dicaj 1.95/minit kihkih. Tapi dorang terus buat onthespot lah. Tak yah tunggu lama-lama. Cuma kena standby no booking dan no id big shot siap-siap.

Ok sekarang dah settle semua. Bile korang sign in kat website AA, korang akan nampak itinerary yang baru. Credit shell pula, korang akan nampak di bahagian payment iaitu semasa korang nak bayar tiket baru. Ingat ye, credit account ni hanya valid dalam tempoh 90 hari sahaja. Dalam tempoh tu, rajin-rajinlah tengok website AA. Kot ada tiket murah, grablah cepat-cepat :)


Disclaimer : Untuk pertanyaan lanjut yang agak susah dan diluar jangkaan otak saya, terus contact pihak AA. Saya hanyalah passenger AA yang bekerja sebagai graphic designer di company yang langsung tiada kena mengena dengan AA untuk menjawab soalan susah seperti matematik tambahan itu. Cerita ini adalah melalui pengalaman sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian mana-mana pihak. Harap maklong.


*************

Honestly, aku dah buat silap kat sini. Sebenarnye aku boleh je pilih Option 1 memandangkan tiket aku adalah return (pergi-balik). Flight schedule KUL-PER ada dua; jam 12.00 malam dan 9.00 pagi. Tiket sebenar aku jam 9.00 pagi bertarikh 29 Oktober 2015. I shud request Option 1, dimana pindah jadual flight aku ke jam 12.00 malam tarikh 29 Oktober 2015 yang mana ia lebih mudah dan menjimatkan. Bila amek tiket awal, aku boleh spend banyak masa kat Perth nanti. SEPATUTNYALAH OKAY SEPATUTNYA.

Tetapi disebabkan terlalu dummy stupid baboo, hahaha dan langsung tak tahu benda-benda macam ni, yelah first time kan, aku pilih option 2. AA pun agak baboo jugak mengkonpiuskan aku dengan ayat NEXT AVAILABLE FLIGHT. NEXT OK. NEXT. Aku ingat tak boleh pilih flight yang before punya. Hampeh.

Bila pilih option 2, secara tak langsung, tiket tersebut akan dibatalkan (diganti dengan credit shell). So kenalah beli tiket baru dengan harga yang berbeza. But lucky me, i still dapat grab tiket baru yang agak cheap jugaklah alhamdulillah :) Even mahal seratus dari original tiket, tapi anggap jelah ini satu pengalaman stupid yang indah. Hikmahnya aku dapat tolong korang jugak khonn. Kalau idak, tak jadilah entry dummy ni PFFTTT.



Thanks for reading ;)

8 comments:

Hanna Farahin said...

Nak tanya. Utk routing code tu nk refer kt mana ye?

Syera said...

@Hanna Farahin

Kalau pkai CIMB, routing code is SWIFT. Saya tak sure kalau bank lain yg mana :)

Zawani Uzma said...

salam , tumpang tanpa routing code tu ape ye ?

Syera said...

@Zawani Uzma

Wslm. Sye pn xpndai nk explain. Tp berkaitan dgn bank. Sye dh gugel, semua bank kt Malaysia, Routing Code, SWIFT. Utk no code, boleh refer kat sini http://www.theswiftcodes.com/malaysia/

Harap dapat bantu :))

Nik Nor Atieyqa said...

sy dah submit eform tu..kiranya kena tunggu la yer..sy ingt dlm 10 minit t0 30 minit dh dpt respon tu..)(nk dptkan no case)..ni tgh buat ni flight restime 3 kali

Syera said...

@Nik Nor Atieyqa

Yup kna tunggu. Depends jugk. Kdg cepat, kdg dlm tmpoh 24 jam bru dpt :)

Ridzuan said...

saya terima email AA beritahu flight penerbangan pergi saya kena resschedule dari 20hb 3 ke 21hb 3.. flight penerbangan pulang mcm biasa 23hb 3.. sy DM dkt twitter AA minta refund.. tapi sy tak ada isi eform pun..tapi diaorg dah proses n beri no case utk rujukan.. bila sy check dkt akaun AA saya dkt status refund.. knp dia tulis refund utk flight utk penerbangan pulang tu? saya nk refund kedua2 penerbangan pergi dan pulang..

Syera said...

@Ridzuan

Sye pena dm kt twitter jugk. Tp bkn berkaitan refund. Tp xde respon. Mybe terlepas pndng atau malas nk layan kihkih. Mmber sye pena twit utk betulkan nama, dorg boleh proses mcm biasa.

Kalau mcm tu better awk call aa. Sbb sye xde pngalaman sgt bab tu. Risau jugk salah bg info.