Saturday, April 9, 2016

Pasar & Uptown Sekitar Gombak dan Batu Caves


Ramai yang tak suka ke pasar. Katanya tak standard. Takpe tak salahkan pun. Setiap orang ada pilihan masing-masing. Cuma kita yang kononnya berstandard tinggi ni, jangan perlekehkan orang yang ke pasar. Cerita dia sama macam, orang yang bekerja pejabat, janganlah perlekeh orang yang kerja pasar. Mana tahu, tah-tah diorang lagi masyuk dan free stress dari kita yang kerja bawah ekon ni taw.

Selain Times Square tempat best membeli-belah pakaian, aku suka jugak cari barang kat pasar. Oh ya, pasar sekarang bukanlah macam dulu-dulu jual makanan, sayur-sayuran je. Sekarang pakaian, tudung, shawl, seluar pun ada. Dah macam uptown. Kenapa aku suka? Sebab lebih murah dari instagram, facebook dan kedai-kedai kat mall. Barang yang sama, kualiti yang sama, kenapa nak bayar lebih kalau kat pasar pun ada? Gitu. Agaga~ Kosmetik pun ada. Tapi tak recommend korang beli. TITIK! sebab malas nak explain hihi



Kadang-kadang beza harga sampai RM10. RM10 tu boleh beli sepeket wedges kat frozen shop pastu bawak balik rumah pastu goreng rangup hm sedapnye weh! Huhu. Lagi satu, aku tak reti pakai branded-branded ni. Memang udah dari kecik dididik camtu hehe. Tunggu kawen nantilah mintak jodoh belanja barang mahal. Bakal jodoh baca, terus tak jadi kawen dengan aku KAHKAH

Alang-alang bercerita, jom aku share pasar-pasar dan uptown/downtown yang ada di sekitar tempat aku.

1. Uptown Danau Kota
Lokasi : Danau Kota
Waktu : 10.00 Malam-3.00 Pagi
Hari : Setiap hari
Cuti : Tak sure

2. Uptown Sri Gombak
Lokasi : Sri Gombak (Kawasan parking berhadapan CIMB Sri Gombak)
Waktu : Tak sure
Hari : Setiap hari
Cuti : Tak sure

3. Pasar Malam Greenwood
Lokasi : Berhadapan Shell Greenwood
Waktu : Petang-10.00 Malam
Hari : Selasa

4. Pasar Malam Taman Samudera (Recommended)
Lokasi : Kawasan Perumahan Taman Samudera (Berhampiran Giant Batu Caves)
Waktu : Petang-10.00 Malam
Hari : Rabu

5. Pasar Malam Masjid Al-Syakirin
Lokasi : Sebelah Masjid Al-Syakirin, Bt 6 Gombak (Berhampiran Balai Polis Gombak)
Waktu : Petang-10.00 Malam
Hari : Rabu

6. Pasar Malam Taman Selasih
Lokasi : Taman Selasih Fasa 1 (Sebelah highway DUKE)
Waktu : Petang-10.00 Malam
Hari : Khamis

7. Pasar Malam Bbs (Kredit to Wan Alwan)
Lokasi : Berhampiran MPS
Waktu : Tidak dinyatakan
Hari : Khamis

8. Pasar Malam Koperasi Polis
Lokasi : Taman Koperasi Polis Fasa 1
Waktu : Petang-10.00 Malam
Hari : Sabtu

9. Pasar Tani
Lokasi : Sederet Petronas Gombak Bt 6 (Bertentangan Masjid Al-Syakirin)
Waktu : Pagi-Tengahari
Hari : Sabtu

10. Pasar Pagi Greenwood (Recommended)
Lokasi : Stesen Bas Greenwood (Tak jauh dari Shell)
Waktu : Pagi-12.30 Tengahari
Hari : Ahad

11. Pasar Malam Gombak Bt 6
Lokasi : Bersebelahan Petronas Gombak Bt 6
Waktu : Petang-Malam
Hari : Ahad

12. Pasar Malam Gombak Setia (Kredit to Wan Alwan)
Lokasi : Tidak dinyatakan
Waktu : Petang-Malam
Hari : Ahad

Itu sahaja yang aku tahu. Kalau korang ada info lagi, share kat ruangan komen dengan details (lokasi, waktu & hari). Sekitar Gombak dan Batu Caves je taw. Nak lajak sikit pun boleh. Tapi bagitahu nama tempat betul-betul. Mana tahu boleh bantu newbies Gombakian & Batu Caveian (amboih pelik sangat bunyinye) merayap-rayap. Nanti aku update sini :)




Thanks for reading ;)

4 comments:

absya said...

nak pasar malam isnin plzzz...

Nizam M said...

Buat sendiri dpn rumah

wan alwan said...

Hari khamis pasar mlm di bbs berhampiran stadium mps

wan alwan said...

Hari ahad pasar mlm di gombak setia