Monday, October 21, 2013

Trip to Seoul, Korea : Gyeongbokgung Palace - Gwanghwamun Square - Bukchon Hanok Village - N Seoul Tower

Penat gila bila pikir nak kena gigih update cerita pasal jenjalan kat Korea. Penat tu bukan apa. Penat nak mengecikkan size gambar. Boleh jem terus laptop bila start bukak Photoshop yang super berat ni. Heh. Ade sesape nak bagi iolls hantaran iMac tak ? Amvoi. Kemain lagi hantaran khenn. Kahkah.

Ohho. Hari tu ade kawan lama tepon. Hai Ayu~ (Bukan nama sebenar) Hahaha. Opkos nak tanya pasal bajet. Lepas tu boleh pulak dia kata iolls pegi Korea tu sebab bawak diri lepas putuih cinta. Eh ? Teman ni idok le suke buang duit ke arah yang mengarut itu. Harapnye kawan-kawan hentikan gurauan begitu ye. Teman tak gembira mendengarnya pasai cerita tu dah lama sangat. Nak gurau lebih-lebih, pegi lah kome bergurau dengan MKA sendiri. I'm happy with my life now. Tiada kaitan dengan sesape :)) 

Lagi pun ni salah satu reward untuk diri aku sendiri. Cer tengok sikit kat column sebelah kanan ni. Oversea Vacation, sudah pun tercapai. Syukur. Ape pun, Ayu, jangan lupe ajak aku pegi Thailand nanti. Hakhak.


*************************


Pssstt : Entry ni pun agak panjang berjela. Mula-mula ingat nak buat 2 parts. Tapi malas pulak rasenye. Biar cepat sikit habis kite hapdate cerita pasal Korea ni ^_^


Oke. Korang perasan tak aku tak bagi salam lagi. Assalamualaikummmm ;) Aci tak lambat bagi salam.

Hari seterusnya kitorang gerak lewat sikit. Macam dah tengahari macam tu baru gerak. Sebab jalan dekat-dekat je. Padahal bangun lewat. Heh.


Yeayy! Bella in skirt. And me...bluesss sangat tak mokcik tu ? Hensem kan. Haha

Kitorang jenjalan kat sekitar Gwanghwamun. Tempat first di jejaki adalah palace. Actually ada 5 grand palace in Seoul. Gyeongbokgung, Changdeok, Deoksu, Changgyeong and Gyeonghui Palace. Palace yang kitorang jajah (tak payah nak jajah sangat lah Syera oii) is Gyeongbokgung Palace.


Tadaaa !
This is not pintu utama -.-
Belakang Bella is the main entrance. Santek bukan ?

Route
By Subway (Optional)
1) Gyeongbokgung Station (Line 3) > Exit 5
2) Gwanghwamun Station (Line 5) > Exit 2



Gyeongbokgung Station. Jalan keluar depan sikit nanti dah nampak pintu tempat aku bergambar tadi. Tak jauh pun. Tak sampai 5 minit pun.

Ticket counter
3000 Won
After beli tiket, boleh lah masuk ke dalam palace


Gambar atas ni, pintu utama untuk masuk ke dalam palace. Kat pintu ni kena tunjuk tiket yang kite beli tadi. At the first, aku ingat palace ni kecik je. Rupenye, wow besar jugakkkk. Bila masuk pintu ni, nanti ade lagi the others pintu. Siap ada tasik kat dalam tu. And antara quarters to other quarters agak jauh. So if they wanted to visited each other, they had to walk a damnnnn long way okey. Kau mampu ? Thats why lah kot orang istana selim melim je. Oh, kat sini salah satu lokasi penggambaran cerita Rooftop Prince :D



Ermm.. tak tahu nak gebang ape lagi kat korang pasai aku tak baca sangat sejarah-sejarah palace ni. Layan gambar je la eh :)) 

Belakang kitorang, ade pintu yang lain

Tyme ni panas gila okeng. Memang waktu matahari trang tang tang atas kepala. Nak bukak mata pun tak boleh. Mata pakat kecik-kecik dalam gambar -.- Tapi, walaupun panas terik, kitorang tak mengalami perpeluhan. Hohoo. Sebab panas-panas kat sana macam mana pun, ade angin sejuk. Best lah weather sana. Nyaman je. Alhamdulillah. Nak jalan-jalan pun rasa seronok.


Bella suruh aku snapkan gambar tyme dia jalan. Aku pun belasah jela. Tengok macam pelik pulak. Have anybody know some tips untuk nampak gambar lebih menarik ? Pro photographer please ? Feel sorry to Bella dapat photographer tak bertauliah ni capture kan gambar die. Uhuk.

 Woah ! This aunty dah pakai glasses. Boleh tangkap gambar sambil pejam.

Gambar atas ni kalau tak silap aku, King's conference room-where he had his political meetings, held court and listened to his citizens who were seeking redress. 

The interior is really amazing. I wonder how they managed to build these in olden times.
The corridor. Seems like never ending corridor.

Then, we walking around the compound and brings us to...
Here !
And here !!
Tengok, tengok. Ade sesapa rasa nak menangis tak melihat segala keindahan alam semulajadi ni ? Pokok cantik menghijau. Uwaaaa. I just wanna cry when I saw this. Aku teruja dan terpegun tahu :')

 Balik Malaysia terus jadikan gambar ni desktop background. Ahaks!
I love this pic sebab nampak cantek cemana tah like I dunno how to describe. Eh. Kau rasa tak macam aku puji diri sendiri ? =.=
This is the very first official picture yang aku upload kat fb. Saja nak kasi kawan-kawan berapi. Kohkoh.

Kitorang macam boring gila bergambar sorang, sorang. Nak jugak gambar berdua. Romantik sikit kan :p Lepas tu decide nak suruh sapa-sapa yang lalu depan kitorang nak mintak tolong tangkapkan gambar. Mule-mule mat salleh lalu. In group. Dalam 3-4 orang macam tu. Segan pulak nak mintak tolong sebab dorang macam busy je. Pakaian pulak formal. Tak berani. Tunggu lagi. 

Tup tup lalu Korean girls. 4 orang. Budak sekolah rendah rasanya. Ape lagi. Aku suruh Bella cakapkan. Tah amende Bella meng-Hangul-kan diri kat diorang, tetiba salah sorang budak ni sebut "Assa!" Kemain semangat kau. Pastu berdiri betul-betul kat sebelah aku. Aku dah senyum-senyum kat Bella. Sah-sah budak ni salah paham. Dia ingat kitorang nak bergambar dengan diorang. Hahaa. Kitorang pun layankan jela. Seronot what dapat bergambar dengan Korean. Ekekeke.

 Budak kecit yang dok tengah ni ber "Assa!" bagai tadi. Suke lettew dapat bergambar dengan foreigner macam kitorang ni kan. Hakhak.
Korang macam konpius tak mane satu budak sekolah, mana satu budak dah keje. Sama tinggi je kan -.-
Kamsahabnida (감사합니다!) adik. Next year jumpe unnie lagi kat sini ye ;p


After bergambar dengan diorang ni, kitorang jalan lagi. Nak gambar kat tempat lain lah pulak kan. Tengah-tengah aku posing, datang dalam 3 orang Korean girls comel momel mintak bergambar dengan aku. Diorang ingat aku ni sebaya diorang kot kan. Pape jelah kan. Ni yang mokcik terasa macam femes emes je ni. Dah lah pakai seluar biru khennn. Hahaa. Tapi lupe nak snap pakai kamera kitorang -.- Pakai fon budak tu jee. Takde bukti nak tunjuk. Haa tak dapat nak femeskan diri. Mesti korang rasa aku tipu kan. Tak caye, tanye Bella. Hokhok.



Ade lah dalam 2 hours jugak kitorang leka kat sini je. Kebetulan mase nak balik, dorang ade buat ape tah ni namenye. I'm not very sure ini ke yang diorang kata Royal Guard Changing Ceremony. But I don't think so sebab Guard Changing Ceremony tu biasa-biasa je and diorang buat betul-betul in front of the main entrance. 

Yang this one nampak macam special event sikit and before this event started, diorang ade announced something like "..tomorrow's event will be cancel blablabla." So, diorang jalankan this event waktu ni. Alhamdulillah Allah jadikan pengalaman kitorang lebih menarik. Tapi tak tengok sampai habis sebab nak jalan tempat lain pulak.

Omo. Seriusnye dieeee. Kecut perut taw nak berdiri sebelah die.

Oh nak bagi sedikit info bout Royal Guard Changing Ceremony
Performance times 10.00am to 03.00pm (6 times a day/on the hour)

Dah puas ke Gyeongbokgung Palace, kitorang menapak pulak ke Gwanghwamun Square. Dekat je. Lintas jalan berdepan dengan Gyeongbokgung Palace ni.

 Jalan diorang ni dah macam highway kat Malaysia. Besar oh.


Yeayyy dah sampai !

Eksaited bergambar depan statue King Sejong
Very the cantik sebab ia dikelilingi dengan the buildings yang tinggi-tinggi.
Nak buat gaya gangster macam statue tu. Tapi tak jadi :p
Yeay ade gambar berdua. Terima kasih unnie yang baik hati offer nak tangkapkan gambar kitorang :')

Cerita City Hunter ade buat penggambaran kat sini. Kalau tak pernah tengok cerita tu, pergilah tengok. Best taw ^_^

Omo. Lee Min Ho !
Sumber : Incik Gugel

Kat Gwanghwamun Square ni jugak salah satu lokasi pengambaran cerita IRIS. Kayu sangat kan aku posing camtu =..=

Destinasi seterusnya Bukchon Hanok Village. Salah satu lokasi penggambaran cerita Personal Taste :3

Kalau dari Gyeongbokgung Palace, nak ke Bukchon Hanok Village ni ambik kiri. Kitorang jalan kaki ke sana. Tak sangka agak jauh jugak dari palace tu. Penat -.- Tapi nasib baik sejuk. Rumit jugak nak sampai ke sana sebab ia kawasan perumahan orang-orang biasa. Jadi, sila lah cari orang merah andai kata korang tak yakin hala tuju. Huhu. Jangan lupa juga ambik map. Wajib ok.

Tudiaaa orang merah. Tourist Information namanya.

Meneruskan perjalanan
Akhirnyaaa...

Rumah-rumah kat sini senibinanya berkonsepkan tradisional Korea. Tapi masih canggih sebab kebanyakan rumah kat sini ada cctv, door lock etc. Kalau kat Malaysia, perkampungan Morten, Melaka tu salah satu contoh. Kat Korea, Bukchon Hanok Village. This is residental area. So, jangan buat bising. Perjalanan ke sini agak mendaki ye. Super penat tu jangan cakap.

Ramai pelancong kat sini

Kalau tengok Map of Bukchon, ada 8 view point untuk kita singgah dan bergambar. Aku rasa antara view point ke view point yang lain, agak jauh jugak jaraknya. Aku and Bella tak paham dengan map tu. Haha.

Stress aku study map ni taw. Rasa macam nak makan orang pun ade.

Disebabkan kitorang blur and jumpa 1 je view point, tu pun tak tahu view point nombor berapa, makanya kitorang random je bergambar asalkan nampak cun. Hehe.


Aigoo, hilang tenaga mokcik dibuatnya taw

Disebabkan Bukchon Hanok Village ni tempatnya tinggi, from here kite boleh nampak Gyeongbokgung Palace tadi. See the rooftop rumah diorang ni. Alaa, iolls jelly taw rumah kite kat Malaysia takde macam tu. Wuu.

Masa untuk pulang

Lepas berehat sepenuhnya, disebelah malamnya, kitorang ke N Seoul Tower pulak. Wajib pergi sebabnye tempat Boys Over Flower and Running Man buat penggambaran. Hoho. Tak habis-habis Running Man die. Tak lah. Sebab asbabnya tempat ni menarik. Kita boleh tengok pemandangan Seoul waktu malam dari sini. The view is so stunning :) N Seoul Tower ni mula dibuka pada 15 Oktober 1980 and has since become a major tourist attraction. 


Route
By Subway (Source : Other blogger) *Untuk naik cable car
Myeongdong Station (Line 4)

  • Exit 3
  • Jalan ke 7E sampai jumpa Hotel Pacific sebelah kiri
  • Jalan straight di sebelah Hotel Pacific
  • Walk for about 10~15 minit sampai jumpa cable car

By Bus (Source : Pengalaman sendiri)
1) Turun di Chungmuro Station (Line 4) > Exit 2
2) Cari bus stop berdekatan dan naik bas nombor 2

Turun dari bas ni, kita still kena menapak lagi. Naik bukit taw kawan-kawan.  Aku tak ingat bape minit nak kena daki. Tapi kitorang exhausted gila. Haha.

Aiyak. Bergegar pulak tangan iolls.
The letter 'N' stand for tower's 'new' look

N Seoul observatory admission fee is 9000 Won per person. Teddy Bear Museum, 8000 Won. Tapi kitorang tak masuk Teddy Bear Museum. Just bought ticket to observatory only. And we got 10% discount (if I'm not wrong). How to get a discount ? I will share some tips in next entry, next time. Stay tuned :))

Seoul in the night. View from N Seoul Tower's observatory

Kat atas N Seoul Tower ni ada gift shop. Dun forget bawak duit lebih sikit untuk beli cenderamata kat sini. Rugi kalau balik tak bawak ape-ape souvenir dari sini. Aku tak bawak duit banyak sangat tyme ni. Tak dapat nyopping banyak -_- For me, the price..erm reasonable. I dunno lah orang lain macam mana. Me, kalau bab shopping ni, mana-mana pun suke je. Hihi ^_____^


 Adakah semua benda ini mampu mengekalkan ikatan cinta mereka ?
 Nantilah kite bawak husband datang sini tulis ayat-ayat romantis kat sini. Haha.


Untuk tempat yang banyak lock ni, free je taw. Tak yah bayar. Tempatnya betul-betul kat atas counter ticket tadi.

Masa kitorang ontheway nak ke tempat lock ni, ade bersembang dengan husband wife, pelancong dari Brunei. Borak punya borak, dia bagi ticket cable car kat kitorang. Diorang beli ticket return. So time nak balik, dia kata nak try naik bas pulak. Alhamdulillah. Kitorang memang plan nak balik, naik cable car. Bile dah dapat free ticket ni, tak perlu lah keluar duit untuk beli ticket cable car lagi. Murah rezeki Allah bagi :)) Oh, harga tiket return cable car is 8000 Won.

 Tempat orang berdetim. Eyy ape tu. Ade orang kiss kiss.


Alhamdulillah. Selesai sudah untuk hari ini. Semuanya berjalan lancar dan selamat. Tidur pun dengan senyuman, mimpi indah je. Amboi. Over betul. 


Next entry, nak bawak korang ke sini pulak. Tunggu taw !!

Terima kasih sudi baca :))


Another Related Post Trip to Korea:




Thanks for reading ;)

1 comment: