Assalamualaikum
Baru lepas berapa hari ber-enjoy day kat Korea. Seronok tu jangan cakap sebab semua masalah stress kerja aku tinggalkan kat Malaysia. Sampai sana haruslah berseronot-seronot sahaja kan ^___^
Aku bertolak pada 25 September 2013 dengan AirAsia. Aku beli tiket awal tahun hari tu. So harga return is RM 1068. Quite cheap jugak rasenye. Flight aku pukul 8.00 pagi dan dijangka tiba kat sana pukul 3.20 petang. Pepagi lagi seawal pukul 5.00 pagi aku dah bertolak ke LCCT. Oh, aku pergi berdua je dengan member aku, Bella. Tak pakai tourist guide or watsoever. Sendiri jalan, sendiri cari tempat. Lebih jimat.
Beberapa hari sebelum pergi, aku dah setelkan semua yang perlu dibawa. Malam sebelum bertolak tu baru start menyumbat masuk dalam beg. Lepas tu tidoq pukul 3 pagi. Kononnya nanti kat dalam flight mesti ngantok gila pastu boleh belasah tidur sampai Korea. Rupenye tak jugak. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap terbangun. Bile dah terjaga bosan tak taw nak buat apa. Terpaksa dengar mp3 pasang lagu K-pop. Giteww alkisahnya panjang jela.
Kat dalam flight diorang akan bagi dua form untuk diisi. Form ni akan diberikan kepada pegawai imigresen kat sana bila dah sampai airport nanti.
Selepas lebih kurang 6 jam, alhamdulillah kitorang sampai Incheon Airport dengan selamat. Turun je dari flight dah terasa sejuk. Suhu time tu 21 darjah celcius ye anak-anak. Sama macam suhu aircond dalam opis. Tak sejuk sangat tak panas sangat. Lepas tu setelkan hal-hal imigresen. I iz cuak sebab takut tak lepas kot-kot dia tengok muka dalam gambar lain, muka real lain. Tak memasal je kan. Susah jugak jadi photogenic ni kan ~.~
Untuk claim baggage ni agak jauh dari tempat kita turun. Disebabkan Incheon Airport ni agak besar, maka diorang sediakan shuttle train untuk claim baggage. Teruja sebentar dengan perkara ni semua. Muehehe.
Now misi mencari tempat solat. Terpusing-pusing aku dengan Bella kat airport tu cari tempat solat. Kalau berpandukan signboard, kat 4th floor. Kat map 1st floor. Konpius dah time ni. Tetiba datang sorang mamat Korea nak tolong sebab dia tengok kitorang macam loser sangat kot -.- Very very smart ok. Wahhh, sangat beria dia nak tolong. Siap call member dia bagai. Bukak ipad lagi nak carikan kat mana prayer room.
Tengok. Gigih sampai ke lantai kau.
He can speak Malay taw. Tapi sikit-sikit lah. Rupenye dia tourist guide. No wonder lah kan. Dia bagi business card kot-kot kalau ade ape-ape bantuan, boleh emel kat dia. Baiknyaaaaa. Jatuh cinta terus. Kahkah
And at the end jumpe jugak prayer room. Tapi hampanya not for Muslim. For Christian and Buddhist only. I dunno ade ke tak Muslim's prayer room kat tingkat lain. Sebab malas dah nak cari, kitorang solat je kat ceruk-ceruk airport tu.
Kemudian, misi bertolak ke guesthouse; Backpackers INSIDE di Hyehwa. Berdekatan dengan Sungkyunkwan University. Kalau pernah tengok cerita Sungkyunkwan Scandal, haa kat universiti tu lah diorang berlakon. Tapi maaf, takde gambar :3 Perjalanan lebih kurang sejam dengan menaiki bas dan akhirnya check-in !
Outside the guesthouse
Around the lobby. Very cozy ! I love it !! Menangis tengok taw :')
Seusai sampai, owner guesthouse bawak kami ke bilik dan ajar cara-cara nak pakai heater, mesin basuh, pc, tv dan door lock. Pernah tengok cite korea kan ? Dorang mane ade pakai kunci rumah macam kita ni. Diorang pakai lock yang ade password tu. Bile kite masukkan password tu nanti dia bunyi. Tenenettt. Gitu. Hahaa.
Contoh macam ni ^__^
Perasaan terus jadi double teruja sebab selalu tengok dalam tv je. Hihi. Bagus benda ni sebenarnye. Tak payah kite pikir risiko hilang kunci rumah bagai. Aku tak tahu kalau door lock ni di buat kat Malaysia. Yelah, dah kalau mesin ATM pun boleh nak bawak lari, ini kan pulak lock macam ni. Super hebat kan. Hmmppp.
Our room. Cukup lengkap semuanya.
Gambar is random ya. Jangan pelik tengok aku pakai baju lain tiba-tiba. Ahha. Malam tu, lepas tukar duit kat Myeongdong, balik bilik terus tidoq sebab besoknya nak jalan jauh lagi.
Okey, the next part is Nami Island and Petite France. Tunggu~ ;)
Another Related Post Trip to Korea:
10 comments:
wuahhhhh! berjalan sakan! sampai ke KOREA...gile syiokkk!!!
I is jelez :(
syiokkk! yang bace pon teruja sama! haihhh bile pulak nak merase ni???
Hahaa. Memey nk kasi org jeles :D Jp g bile dh jeles, prasaan nk kumpul wet p mlencong kt sne membuak2 kn ? Sile jeles dgn positif. Kehkeh.
Ntey kawen, ajak incik hubby honeymoon kt sne. Hihii ^_^
Syioknyer berjalan...teruja baca post dia
Hee. Mmg syok kak. Dpt release tension rsenye ;))
salam. boleh tak kalau saya nak awak punye itinerary. saya plan nk pergi end may next year. tempat yg awak pergi mcm menarik je. boleh tolong email ke akirashiro@yahoo.com
Thanx so much
rozie
Ok boleh. Insyaallah dlm masa terdekat nnti saya emel ya :)
Hi bole share itinerary? Next year plan g korea...
Hi boleh share itinerary?? Next yr plan g korea..
@Rozie Julian,
Hi, boleh. Tp iti sye serabut sgt haha. Dh kemas2 nnti sye share ea.
Post a Comment