Tuesday, September 24, 2013

Things to prepare before 'Sweet Escape' to oversea/abroad

If I could escape (escape)
And re-create a place that's my own world (own world)
And I could be your favourite girl forever, perfectly together
And tell me boy, now wouldn't that be sweet? (sweet escape)

........................................

Bawa aku pergi pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi pacu laju lagi
Malah kita tak perlu kembali

STOP !

Introduction yang agak happening juga pening sedikit sebab secara tiba-tiba muncul lirik lagu. So, entry la ni saja nak share amende yang nak kena bawak.. benda ye, BENDA. Bukan persediaan rohani jasmani bagai (kita share kat entry lain nanti) benda nak kena standby sebelum escape pegi oversea. Eh escape escape giteww. PTPTN dah bayar belom ? Hahaa. Feeling horrible terus khenn =.=

1. Passport/Visa
Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh



Benda first kena ada is passport. Pastikan belum tamat tempoh ye. Kalau belum pernah buat, sila ke Pejabat Imigresen yang berdekatan. Passport ni penting ye anak-anak. Kalau takde passport, maka jangan berangan nak keluar dari Malaysia. Kalau dulu nak buat passport makan masa lama nak siap. Sekarang dah efisyen. Dalam masa sejam boleh siap dah. *Clapclap* Sebelum buat passport, readykan dulu dokumen yang diperlukan. 2 keping gambar passport, fotostet IC and of course duit. Make sure gambar passport kome berlatar belakang kan putih. Kalau nak renew, bawak sekali passport yang lama tu sekali ok.

Of course lah kena senyum tak nampak gigi rabbit

Visa pun kena buat. Tak silap daku, at least sebulan sebelum pergi dah kena readykan visa. Tapi tak semua negara perlukan visa untuk masuk negara diorang. Maklumat lanjut tentang negara yang memerlukan visa, tekan SINI.

2. Money
Sebelum pergi, pastikan duit dah ditukar. Bab ni kita kena pandai survey rate mana yang paling murah dan ok. So kita boleh dapat advantage dari situ. Yang ni penting jugak. Takut nanti tetiba bajet nak shopping tak cukup ke ape kan. Nak-nak pulak currency negara yang kita nak pergi tu besar. Haa, nanges lah kome. Kalau ada credit card is lain cerita yee.


Jangan berangan jadi kaya kalau pergi Korea. Melainkan pergi Indonesia. Jutawan lah dikau. Heh.

Tips yang boleh di share, jangan tukar semua duit yang ada, matawang negara yang kita nak pergi. Contoh, kita nak pergi Korea dah bajet nak bawak RM 2,000. So, kita tukar ke Won untuk duit yang kita nak pakai pada hari pertama kita sampai SAHAJA. The rest, tukar Dollar. Like kita bajet, hari pertama RM 500 nak bayar payment guesthouse and transportation. So, RM 500 inilah yang kita akan tukar ke Won. Yang lagi RM 1,500 tu, tukar Dollar. Yang Dollar ni kita akan tukar nanti bila dah sampai di Korea. Sebab Dollar kat mana-mana pun laku. Sometimes, tukar kat sana lagi murah. Lagi banyak kelebihan yang kita dapat. Tapi...kena pandai pilih tempat lah ok. Rajin survey.

Dah kenapa aku rasa macam ini adalah soalan Matematik. Persoalannya, berapakah baki duit Ahmad apabila beliau sampai di Korea ? Sila buat dalam bentuk lazim. Tetiba sangat.

3. Ticket Flight/Boarding Pass
Jangan lupa print out ticket. Aku escape naik Air Asia je. Bajet tak besar dinosaur nak naik MAS. Apatah lagi helikopter. Kalau p oversea tu bole naik basikal, aku naik basikal je ke sana. So, print lah ticket tersebut. Online boleh, dah sampai LCCT pun boleh :)

4. Ubat-ubatan
Yang takde masalah kesihatan, it's ok. Tapi macam mana pun paling-paling readykan panadol sebelum travel jauh. Kita tak tahu sangat cuaca negara orang. Takut nanti badan terkena kejutan cuaca ke amenda kan. Demam pulak. Dah tak syok nak travel.



Kalau aku, dalam handbeg aku memang dah ada pelbagai ubat, supplemen yang aku prepare. Vitamin C, D, E, minyak cap kapak, balm, ubat cirit. Eh ubat cirit pun ade (?) Harus bawak. Risau salah makan. Tak dan aku nak berjamban tiap masa. Makan ubat, insyaallah okey. Pakcik aku kata handbeg aku dah macam orang tua-tua. Bukak-bukak je, bau minyak angin =.= Adik pulak cakap, "ni farmasi ke ape.." *pengsan

5. Make Up/Toiletries
Lelaki boleh skip part make up ni. Ahha. Biase lah perempuan, bawak barang make up. Eyeliner, foundation, krim siang, krim malam, krim tengahari, petang etc etc. Kehkeh. Tapi nak travel ni bawak jelah mana yang perlu. Takkan nak travel pun pakai eye shadow ? Buat smokey bagai kat mata. Eh. Ingat nak pergi dinner ke ape. Also berus gigi, pencuci muka semua, bawak ok.

Perfume, bedak, eyeliner, lip balm, deodorant, lens etc etc
Aku tak pakai pencuci muka. Berus gigi dengan shampoo je aku bawak. Ubat gigi nak mintak kat member. Hihi

6. Pakaian
Ni tak yah explain. Masing-masing dah besar panjang nak bawak baju seluar apa yang sesuai mengikut keadaan cuaca di negara tersebut. Bytheway, jangan bawak satu almari dah lah. Tak nak balik Malaysia dah ke camne. Nak travel bape hari je kot. Ini yang selalu Ummi aku pesan sebab anak die ni ade penyakit dilema-nak-pakai-baju-apa-yang-sesuai-nanti. Sobs.


Kasut yang tak penah pakai. Sumbat sekali. Eh, stok makanan wajib ade. Hihi

7. Others
Bawak jugak international adapter. Tak semua negara sama plug macam Malaysia. Ada yang pakai dua cucuk je, ada yang segi, ada yang bentuk bintang. Oke, gebang. Nak beli kat sana pun boleh. Tapi tak surelah berapa harganya. Aku beli kat DIY Shop. RM 8++ je. Tak mahal mana pun. Kamera pun kena bawak. Gambar je boleh dijadikan memori masa kita dah balik Malaysia nanti.

Charger jangan lupa ok
International adapter


Oke, ini sajelah kot persiapan BENDA yang kena sedia dan disediakan atau tersedia. Kalau ada lagi nanti aku tambah lain.

Oh, lagi satu sebelum terlupa, sila check status anda samaada ada halangan untuk ke luar negara atau tidak kat SINI. Aku sebelum terbang, tiap minggu aku cek. Cuak punye pasal. Nampak sangat banyak hutang kan. Kehkeh.

Besok pagi bermulanya perjalanan aku terbang ke bumi sonata. Insyaallah. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan :)) Kalau rindu aku, kite wassap wechat kat sana ye. Kehkeh.


No comments: