Sunday, September 15, 2013

Resepi Sabtu : Spaghetti Cincai Carbonara Cendawan


Assalamualaikum ;)


Bertemu lagi kita dalam entry resepi Sabtu. Hari ni Chef Cyra nak ngajo cemana nak buat resepi paling simple di dunia!! Miahaha. Spaghetti Cincai Carbonara Cendawan. Amekkk. Nama resepi haruslah dibelasah sahaja ya tuan-tuan, puan-puan sekalian. Yang penting bahan yang diperlukan cukup sifat. Gitu. 

Bahan-bahan:
Spaghetti
1 tin Prego Carbonara Cendawan
Sosej (pilihan)


 Antara bahan penting yang dikehendaki.
Sebelum memulakan sesi masak spaghetti, marilah kite buat-buat kreatif kepada spaghetti seperti gambar diatas.

Lets start !

1. Celur spaghetti. Caranya, panaskan air. Pastu masukkan je spaghetti. Biarkan sampai lembut. Letak sikit garam untuk tambah rasa.

2. Masak kuah dia pulak. Caranya, tuang je carbonara cendawan tu dalam kuali. Pastu kacau-kacau. Masukkan sekali sosej atau apa-apa saja yang dirasakan best nak dimasukkan. Hehe. Chef Cyra suggestkan supaya tuan puan tambah sedikit air untuk kurangkan rasa masin kuah tersebut. I dunno lah mulut orang lain cemana. Tapi kalau tak tambah air, rasa macam masin sangat je kuah tu (?)

3. Siap ! Bolehlah dihidangkan.


See ? Senang kacang buncis sangat kan ? Selamat mencuba ! ;))




No comments: