Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Tips to Seoul, Korea : Foods. Where to eat ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Kangkung :p

Disebabkan Malaysia kini sedang trending isu harga kangkung turun, apa kata aku share sekejap kat korang kangkung halal eh makanan halal kat Korea pulak. LOL tak habis lagi kan. Rilex laa. Layankan aje XD

Ramai yang cakap susah nak cari makanan halal kat Korea. Nak makan ape kat sana nanti. Boleh ke tidak nak makan itu, makan ini. Alhamdulillah sepanjang aku berada kat sana, takde masalah langsung nak cari tempat makan. Bila dah sampai sana, molek sangatlah kalau kita try Korean Foods kan. Jom aku share tempat-tempat makan yang aku pergi hari tu. Dun worry. Insyaallah semuanya halal.

Winter Sonata Cafe/Drama Cafe, Nami Island

Kalau ada sesapa nak merasa nasi goncang kat Nami Island, Cafe ni adalah tempatnya. Lokasinya di area Nami Library.



Lepas jumpa Nami Library, jalan straight. Follow building. Kalau kita menghadap Nami Library ni, Drama Cafe ada kat sebelah tepi kanan. Cari betul-betul sampai jumpa sebab ramai yang tak perasan kewujudannya.

 Ok dah sampai
 Tadaa ! Silakan masuk :)
 Cara-caranya, goncang dan goncang dan goncang bekas tu. Jangan lupe pakai gloves ok
Nasi + Telur + Kimchi = Super Jjang ! Price : 5,000 Won

Ikan Bakar Dongdaemun

Route
By Subway
1) Dongdaemun Station (Line 4) > Exit 8

Direction:
- Jalan straight, jumpa Cheongycheon Stream 1st bridge
- Kemudian ke kanan, straight sampai jumpa Cheongycheon Stream 2nd bridge di sebelah kiri
- Masuk ke lorong sebelah kanan dan ada 1 lorong kecik di sebelah kiri, masuk situ. Kat situ banyak kedai-kedai ikan bakar.


2) Dongdaemun Station (Line 4) > Exit 2 from Dongdaemun Underground Shopping Centre
*Guna laluan ni in case Exit 8 tutup. Masa aku pergi tu, Exit 8 was under construction.

Direction:
- Turun je dari train, cari laluan Exit 7 & 8
- Hala straight ke Dongdaemun Underground Shopping Centre (refer signboard at subway please)
- Kat sana ada pintu Exit 2
- Keluar dari Exit 2, akan nampak Pyounghwa Clothing Market (seberang jalan) dan JW Marriot di sebelah kanan. Berhadapan dengan 1st bridge
- Next, boleh follow as 1st direction



Thanks to Abang Skampung for direction and the map of course :) Credit to him. The map sangat berguna. Kalau nak lebih faham dan lebih details untuk direction ke Ikan Bakar ni, boleh ke blog Abang Skampung. Abang ni siap tunjukkan gambar sekali laluan ke sana. 

But please noted that if you have to use the 2nd direction, please follow detail-ly. Memang banyak tanda soal dah kenapa nak kena masuk Dongdaemun Underground Shopping Centre tu pulak kan. Tapi ikut je kalau tak nak sesat macam kitorang. AHHA. 

Kitorang memandai keluar ke Exit 7 kot kalau tak silap. Sebab ingatkan kalau ikut map ni, kalau keluar dari Exit 7 tu, nanti kite cross jela jalan ke Exit 8 kan. Ini ikut logik akal kan. But demnnnn ! Jalan punya jalan, sesat. Seriously. Tak jumpa langsung bayang-bayang bridge mahupun Exit 8 kat sana. Agugugu~ Terpaksa patah balik masuk ke subway, cari jalan keluar yang betul. Tehee~ :B


Hikmah dari kesesatan, terbayar sudah perutku dengan makanan ni
Side dishes. Kimchi my favourite
7,000 Won

Highly recommend untuk korang pergi makan sini. Ikan bakar dia berbeza dengan Malaysia. Tak tahu apa yang bezanya. Tapi berbezalah. Luls XD Sedapppp of course!

Mabokrim Halmeoni Ddeokbukki, Sindang (YongSeo Couple WGM filming)

Route
By Subway
Sindang Station (Line 2) > Exit 7

Direction:
- Jalan sehingga melepasi Family Mart dan sampai jumpa 1 lorong (Dasan-ro 39-gil) di sebelah kanan
- Masuk lorong tu dan akan jumpa satu pintu gerbang besar sebelah kiri korang seperti dalam gambar (Source pic HERE)


- Straight dan akan jumpa restoran Mabokrim Halmeoni Ddeokbukki ni di sebelah kiri korang dan berhadapan dengan kedai I Love Sindangdong (Gambar)


Ini antara lokasi penggambaran filem "We Got Married" YongSeo couple mula-mula diorang jumpa. Followers WGM confirm kenal sangat dengan YongSeo couple. Kalau teringin nak makan ddeokbokki yang diorang makan (LOL), boleh lah try ke restoran ni.


Yonghwa (CN Blue) and Seohyun (Girls Generation)
Walaupun muka sudah tenat, tapi masih mahu interprem
Menu dan harga. Yang color-color kat bawah tu, add-ons
 11,000 Won for 2 pax
Kyaaaa !!! Dah boleh mamam :D

Hello Kitty Cafe, Hongdae

Route
By Subway
1) Hongik University Station (Line 2) > Exit 9

Direction:
- I give you map to Trick Eye Museum. Sebab ia saling berdekatan and just follow the road where go to Hello Kitty Cafe. It was located behind Watsons.




Watsons. Nampak tak Hello Kitty Cafe kat belakang tu ?

2) Hongik University Station (Line 2) > Exit 5

Direction:
- This map is come from Hello Kitty Cafe website. But I'm bit confused with this. More prefer the first direction I gave it to you.


Omaigaddddd. Gwiyomi sangat. Sayang taw nak makan nak minum
 Waffle. Dia. Sedap. Seriously.

Aku dan Bella lepak sini lama jugak. Lepak sambil online. Snap pic makanan > Upload kat fb > Tag satu family > Bagitahu kitew ade kat tempat paling comels dalam dunia. LOL. Dah la makan dikit-dikit je waffle tu pasai sayang taw. Pehal wujudkan makanan comel macam tu. Serba salah iolls nak telan. Anyonyonyo =3=

Reasonable price. I like. Super duper like.
Mohon menangis tengok semua kecomelan ini 

Ada lagi satu branch Hello Kitty Cafe kat Hyehwa. Aku stay kat Hyehwa, tapi tak pernah singgah. Kalau ada yang nak pergi kat Hyehwa, by subway turun di Hyehwa Station (Line 4) > Exit 4. Jalan sepanjang deretan kedai. HKC ada di sebelah kiri :)

Murree Restaurant, Itaewon

Route
By Subway
Itaewon Station (Line 6)

My bibimbap

Itaewon satu-satunye tempat yang ramai penduduk Muslim Korean dan banyak kedai halal. So, takde sebarang masalah untuk korang cari makanan halal kat sana.



********************



Rasanya ini je tempat-tempat makan yang aku pergi. So far, my favorite Korean Food is kimchi and ddeokbukki.
Paling best makan kat sana is air kosong FREE. FREE oke. FREE. Takdenye 1 cawan 2 posen, 5 posen bagai. Takde. And bukan 1 cawan pun diorang bagi. At least, diorang akan readykan 1 jug kat atas meja untuk kita. Aku bukan jenis minum air manis. So, I have no problem dengan air kosong.

Aku suka jugak dengan side dishes dia. Contoh macam ikan bakar tu. Aku memang tak expect ada kimchi, wasabi, paste bean sup etc. I thought its just ikan bakar semata-semata and nasi putih. Sebab kat Malaysia kan macam tu. Sama jugak masa makan kat Murree Restaurant. Ada side dishes. Maybe kita boleh jugak buat macam tu kat Malaysia kan. Buat sayur campur ke, sambal ke, kangkung ke kan ? Eh ?!

Okbai =,=y


Thursday, December 19, 2013

Trip to Seoul, Korea : Mural Village - Ssamzie-gil Complex - MBC - 63 Building (Wax Museum)


Assalamualaikum kawan-kawan :B

Kali ni kire last entry jugaklah untuk entry jenjalan sebab macam apehal banyak sangat entry pasal Korea ni tak habis-habis. Aku bermonolog dengan diri sendiri :p Mane yang kureng best, aku skip jelah. Hehe.

************************

First place yang nak dituju pada hari kejadian is Mural Village which is nearby Naksan Park. Actually tempat ni tak masuk dalam itinerary kitorang pun. Tapi sebab dekat dengan guesthouse, janganlah lepaskan peluang yang ada khonnn. Pagi-pagi lagi aku dan Bella dah keluar. Malangnya cuaca tak begitu baik. Hujan. Tapi sebab tak lebat sangat, so kitorang tetap jugak meneruskan perjalanan.

Route
By Subway
Hyehwa Station (Line 4) > Exit 2


Sebelum sampai ke sana, korang akan melepasi sebuah universiti dulu. Oh, aku rasalah itu universiti. Ok, kat area belakang universiti tu, ada kedai-kedai. Jalan je ke sana dan akan jumpa building macam dalam gambar kat atas ni. Kena cari jalan ke Naksan Park okey. So, Naksan Park ke kanan. Agak-agak macam lost ke apa, amek jelah ke kanan. Tak lama nanti jumpa signboard dia. 

Welcome to mountain. Muehehe.

Jalan ke sini agak berbukit ya. Sape-sape nak ke sini, perlulah cukup energy dan harap bertabahlah. Sebab jalan dia lebih kurang macam ke Bukchon Hanok Village. Tapi aku rasa perjalanan ke Bukchon Hanok Village lebih adventure pendakiannya. Hoho. Even berbukit, maybe this will be your best experience what. Malaysia takde bukit-bukit camni. So, aku rasa, throw away jauh-jauh-jauh hasrat korang yang nak pakai kasut bertumit kat Korea ni. Aku takut korang cepat penat. Nanti takde mood nak jalan.

Oke, safely arrived bebeh

History of Naksan Park that I found on Mr Gugel, it is located inside the Seoul Fortress Wall and the mountain’s beauty was enjoyed by the Jeseon Royal family. During the Japanese occupation of Korea most of the mountain was destroyed to make way for urban planning. On June 10th, 2002 Naksan was designated a park in order to save any natural beauty that was left.

So, ada apa kat Naksan Park ni?
Eobsoe -_- (아무것도 없다) Haha

Tak payah singgah Naksan Park ni pun takpe. Sebab takde pape yang best. Tapi kalau korang nak berjoging, bolehlah amek mood joging kat sini. Nyaman je sebab banyak pokok-pokok and bunga. Tapi ape ke halnye datang Korea nak berjoging ? >,<

So, kitorang teruskan lagi menapak untuk ke Mural Village. Jalan ke Mural Village, korang ke sebelah kanan Naksan Park. Kat situ ada satu jalan. Follow the road bebeh. Walaupun agak jauh berjalan, tapi cuaca sejuk, takde rasa penat sangat. Tapi sejuk-sejuk tu pun, bukan aku boleh tahan. Tu yang bawak small blanket buat sarung tang peha. Menggigil rasa dengan angin kat sana. Lain macam. Hoho.

*But honestly dear, direction yang aku bagi nak ke Mural Village ni agak jauh. So, mintak uolls try searching others blog untuk dapatkan jalan shortcut. Aku sure ada jalan lain selain ni yang lebih menjimatkan masa. But if you want to go to Naksan Park, you can try use it :))

Wow daebak
Perjalanan jauh yang tidak menghampakan
Map yang boleh membantu korang. This is residental area. So, jangan buat bising.
Tangga tantekkk!! Tolonglah orang Korea ni jangan kreatif sangat boleh tak :'D
We walked up and down the stairways and alleyways, looking for more

Cukuplah tu. Now, kita ke tempat lain pulak.
 Ommo GD !! EXO !! Shut up Syera. Shut up.
Helloooo even kat subway station pun ada perkara yang boleh menarik perhatian para pelancong ? This is illegal. Hahaa. *envy*

Perjalanan seterusnya ke Ssamzie-gil Complex yang terletak di Insadong. Ssamzie-gil ni boleh jadi tempat shopping untuk para crafter dan peminat barang-barang handmade. Crafter macam aku ni, boleh pengsan ada kat sana. Macam heaven. Banyakkkk sangat handmade kat sana. Hadoi rambang mata taw. Kena tahan nafsu. Oh btw, thanks to Bella bawak ke sini. Aku tak terpikir pun nak ke sini actually ^__^

Bagi yang tak minat handmade pun boleh berkunjung ke Ssamzie-gil ni untuk cuci mata dan tangkap gambar. Ada jugak tempat menarik untuk kita bergambar :) *Bagi aku, menariklah :p

Route
By Subway
1) Anguk Station (Line 3) > Exit 6

Direction:
- Walk toward Jongno Police Station and enter the Insa-dong one-way street of Crown Bakery & GS25.
- Go staright 100m.

2) Jonggak Station (Line 1) > Exit 3

Direction:
- Go towards Jogyesagil (pass 2 signals) and enter the alley next to the 7th Day Sabbath Church.

This was one of my favourite. Sooo unique!
Why Korean people very love something like this ? Aku ingat kat N Seoul Tower je ade benda-benda macam ni. Rupanya kat sini pun ada.

Aku akan share lebih banyak gambar lagi apa yang ada kat Ssamzie-gil Complex ni kat entry khas untuk shopping semata-mata. Nanti aku senaraikan sekali tempat-tempat best untuk shopping. Woww. Sila readykan duit lebih sikit. Lol. Macam takde kaitan =.=

Pengembaraan di teruskan lagi ke 63 Building. 63 Building ni femes emes di kalangan penggemar K-drama My Girl. Kitorang ke sana nak pegi Wax Museum jeww ;))

Route
By Subway
Yeouido Station (Line 5) > Exit 4 or 5

 MBC ? Peminat WGM and EXO Showtime knows well huh ? ;)

Dah alang-alang sampai sini, kitorang menyinggah sekejap kat MBC. Dekat je dengan Yeouido Station. Exit 5, straight je. Nanti nampak bangunan MBC. Tapi tak masuk pun. Nak sekodeng kot-kot ade retis keluar masuk pun tak dan, sebab hari Ahad kan.

KBS pun area sini jugak. Tapi kalau nak direct ke KBS, turun kat National Assembly Station (Line 5), Exit 4. Aku tak sempat nak pergi. Tapi aku dapat info dari blogger lain, KBS boleh masuk. Ada studio khas untuk para pengunjung yang datang sana.


Untuk ke 63 Building, you can take a taxi or bus sejurus sahaja keluar dari subway station. Jangan mimpi di siang hari nak jalan. Aku cakap awal-awal ni. Even korang dah nampak signboard 63 Building tu, tapi tu tak bermakna ia dekat dengan subway station. Sebenarnye agak jauh jugaklah kalau korang rasa nak menapak tu. Seriously.

Aku dan Bella takes taxi opposite MBC. Tambang teksi tak mahal pun. Dalam 2,400 Won je. Divide by 2, sorang kena bayar 1,200 Won. Kalau korang pergi 4 orang, lagi jimat, kan ?

Actually ada shuttle bus and local bus to 63 Building. If you wanna go by bus, try use this method:
Yeoinaru Station (Line 5)
- Shuttle bus : 80 metre towards to MBC from Exit 4
- Local bus no : 5534, 5633, 261.830, 7611 in front of Exit 4

Tadaa ! Inilah 63 Building. Gambar di ambil dari Hangang Park.

Aku suggest korang pergi 63 Building ni siang-siang. Lepas puas masuk 63 Building, korang boleh amek angin kat Hangang Park pulak. Hangang Park betul-betul seberang jalan 63 Building ni. Kalau pergi siang, boleh sewa basikal. Surely seronok ! :))

Now, let's go to Wax Museum
 Admission fee 14,000 Won/person


Mohon layankan saja gambar-gambar seterusnya sebab macam tak tawu pulak nak bebels ape.

Halamak. Tolonglah ketinggian aku tak cecah bahu depa ponnnn.

Aku agak tidak berpuas hati dengan pencahayaan kat muzium ni sebenarnya. Boleh kata semua gambar kurang menarik sebab dorang banyak pakai lampu oren -_-

 The weirdo kiddos
Ucapan oleh YB Syera, "Kalau harga ayam mahal, tukar makan daging. Sayur naik harga, tanam sayur sendiri." Lol sorry.
Ahjussi ni tak segan ke pakai towel je. Selak kang. Selak kang. Hihihi :3
Camno A.Galak boleh tersesat kat sini ni ?
Ade sesapa kehilangan ayah ?
Nenek sape pulak ni...

Museum ni besar jugak. Pusing sana, pusing sini. Rumah hantu pun ade. Tapi takde hantu yang kacau. Cuma patung-patung hantu je diorang letak. Lepastu adelah bunyi-bunyi sikit. Sebab aku seorang yang pengecut, baru masuk satu langkah je, aku dah tarik Bella keluar. Hoho. Takut gila rasanya. Padahal kat dalam tu takde pape pun. Muehehe. 

Overall bagi aku, museum ni biasa je. Aku takde excited sangat sebab aku ingat ada Oprah ke, Jackie Chan ke an. Yang femes emes tuuu. Aku ada tengok kat blogger lain. Kat Bangkok pun ade Wax Museum jugak. Nampak macam seronot tawww. Kot-kot ada rezeki sampai sana, boleh le teman nyinggah sekali ye dak ? :D

 Ok lah, sampai sini aje. Kita sudahi entry terakhir kita kali ini dengan gambar di bawah...
Babaiii~


Another Related Post Trip to Korea: