Showing posts with label Name Amendment. Show all posts
Showing posts with label Name Amendment. Show all posts

Monday, July 11, 2016

Air Asia Name Amendment/Change (Pembetulan Nama)

Entry ni aku published on July 2016. Tapi sampai sekarang (2018) masih ramai lagi yang komen dan bertanya. Sebelum korang baca, aku just nak ingatkan, info yang aku beri ni berdasarkan pada tahun aku buat Nama Amendment ya. Since sekarang dah 2018, mungkin ada beberapa perubahan/perbezaan dari AirAsia. Kalau korang rasa macam blur dan tak yakin, terus contact AirAsia :)) Aku cuma bantu dan share dari pengalaman dan pembacaan yang aku ada sahaja. Semoga bermanfaat!

*************

Assalamualaikum cikebum cikebum semuaaa

Last time dah share pasal flight reschedule. Kali ni nak share pembetulan nama penumpang. Penerbangan domestik, biasanya dia cek, nama kat tiket perlu sama dengan kad pengenalan (sumber dari blogger) manakala penerbangan antarabangsa pula, nama kat tiket perlu sama dengan pasport. Kalau nama kat tiket tak sama dengan kad pengenalan atau pasport, INVALID. Awak tak boleh depart. Duduk jelah kat airport dengan linangan air mata. Haa jangan main-main tau.

 Air mata jatuh setitis dua

Perkara ni biasa terjadi kalau kita bookingkan tiket orang untuk kuantiti yang ramai. Nama Bashirah. Tapi tertulis Basyirah. Nama Hanna. Mata berpinar, ter isi kat form Hana pulak. Tersilap satu huruf, tertinggal 1 huruf kat tiket ni, biasa sangat terjadi. Dan biasanya hal macam ni DITERIMA untuk request Name Amendment.

Tapi macam mana pulak kalau tertinggal pangkal nama? Atau tertinggal nama depan ayah kita?

Contohnya, nama sebenar Siti Melati Suhana Binti Md Khairi. Tapi tertulis Siti Melati Binti Md Khairi. Atau Siti Melati Suhana Binti Khairi.

Err tuan, boleh ke request Name Amendment?

Mampus lah. Korang kena beli tiket baru kihkih.

 Sekadar hiasan hehe

Jangan risau jangan merengek. Boleh. Walaupun macam tak logik, "Eh budak ni bole pulak tercicir nama ek." Tapi boleh dan sah untuk buat pembetulan nama. 

Kalau kes macam ni, korang call dorang pun tak guna. Sebab dorang tak boleh nak amend nama on call. Dorang akan suruh korang isi e-form. So, jangan bazir kredit, caranya macam ni.

1) Pergi ke Air Asia E-Form [KLIK]

2) Isi form dengan lengkap. Case Category pilih Customer Request. Type pilih Modify Booking. Attach sekali kad pengenalan (depan/belakang) atau pasport penumpang yang "bermasalah" tu hihi.

3) Kat Feedback, bagitahu dia, nak betulkan nama penumpang. Contoh,

Tuan/Puan,

Sila betulkan nama penumpang Siti Melati Suhana Binti Khairi kepada Siti Melati Suhana Binti Md Khairi.

Ni contoh je tau. Aku bagi point yang perlu highlight je. Masa aku buat haritu, panjang jugaklah aku explain sebab aku takut dorang tak accept kesilapan ni. Tak memasal kang kena beli tiket baru. Huhu.

4) Submit.

5) Nanti dorang akan send no report/case korang kat emel. So korang tunggu je dalam tempoh yang ditetapkan.

Nota Penting : Kalau korang klik e-form English, korang perlu isi dan explain form dalam English jugak okay. Kalau rasa-rasa nak explain dalam Malay, sila tukar bahasa. Pilih Bahasa Melayu. Kalau korang isi e-form English, tapi explain dalam Bahasa Melayu, dorang tak layan. Aku tak tahu kalau ada yang lucky. Tapi aku dah kena 2x. Dorang tak layan form aku.

In case..

In case..

In case..

.. Dorang tak reply emel korang. Korang perlu chat dengan dorang okay. Ingat, kalau korang nak cakap melayu, tukar dulu bahasa, kepada Bahasa Melayu ya. Walaupun yang chatting tu nama dia Sallehuddin atau Rozana (which is terang-terang depa orang Melayu), dorang akan minta kau make conversation in English. Ingat ya.

So, tyme chatting tu, bagi no report/case korang. Nanti dorang akan cek and settlekan waktu tu jugak. Lepas tu dorang akan send email as information yang nama penumpang tu, dah di amend. Dan korang akan dapat itinerary baru selepas itu.

Contoh email selepas pembetulan nama.

Okay settle.

Hope dapat membantu. Challo betteh! ^^,



** Ada yang tanya, macam mana kalau kita tak letak Binti atau Bin? Perlu ke request Name Amendment? Jawapannya, tak perlu. Selama aku beli tiket, aku tak pernah letak Binti atau Bin. Di kotak Last Name, aku terus letak nama ayah (without Binti atau Bin) So far takde masalah lagi. So tak perlu request Name Amendment ya :))