Showing posts with label Adania Face Oil. Show all posts
Showing posts with label Adania Face Oil. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Tips : Penjagaan Muka Sensitif & Bermasalah (Tolong Jaga Muka Wahai Perempuan Sekalian)

 Oktober 2007

Sapa kat sini pernah ada masalah muka?
Saya!
Sapa kat sini muka dia sensitif?
Saya!
Sapa kat sini muka dia berminyak?
Saya!
Sapa kat sini muka dia berjerawat?
Saya!
Saya berjerawat nanah.
Nanah ok nanah. Serius mimpi ngeri.

Dah lama aku rasa terpanggil nak cerita pengalaman ni. Aku pernah alami muka teruk gila hantu pinggan mangkuk payung jamban sangat. Walaupun aku tahu ia taklah seteruk dari yang lebih teruk-teruknya. Tapi ia pengalaman yang sangat mengerikan. Muka aku sangat sangat berminyak dan sangat sangat sensitif. Punca utamanya aku tak pasti apa. Maybe sebab perubahan hormon ke amende tah tak tahu. Aku share beberapa keping gambar. Jangan muntah haha.

 Oktober 2013
 Februari 2014

Mimpi ngeri ni start di akhir tahun 2013. Waktu tu tak teruk sangat. Macam gambar atas ni. Just tumbuh jerawat biasa je tapi tak berhenti. Lepas satu hilang, satu lagi tumbuh. Hilang kat pipi, tumbuh kat hidung. Seriously i had no idea dat time kenapa dengan muka aku ni hoi. 

 Jun 2014
Disember 2014

Nampak? Makin teruk. Paling teruk awal tahun 2015 haritu. Semua gara-gara makeup. Aku jadi bridesmaid bff kahwin. Mak andam lah makeupkan alkisahnya.

Januari 2015
Bile tengok muka lepas makeup, wahh puas hati. Yelah siap pakai bulu mata palesu bagai. Tebal sampai tutup cela muka iolls. Dahla fez tyme heavy makeup, nak pakai lipstick pun tak reti sampai mak andam pun pelik eh pompuan ni takkan tak reti pakai lipstick, kau laki ke pompuan, kann.

Excited upload kat fb, mestilah edit sikit-sikit, orang puji cantik ewah ewah ewah. Kau rasa kembang tak HAHAHAHA kau tak tahu durjana sangat muka aku kalau tengok depan-depan. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bukan setakat hujan, guruh berdentum-dentum lagi. Esoknya bermula episod paling ngeri. Hah tumbuh jerawat besar-besar, siap nanah kat muka. Pipi kiri kanan jangan cakap. Berebut-rebut nak amek tempat. Drastik sangat okay.

Saat yang bahagia, datang sekejap saja~~

Ya Allah waktu tu terkejut sangat. Dia punya perasaan down pun teruk gila dah. Rasa sakit kat muka tu dah tentu. Pastu siap hitam-hitam lebam-lebam kat tempat jerawat tu. Waktu ni konfiden memang zero. Pergi kerja, buat muka tak malu hadap client dengan muka puaka tu ohmaigod.

Balik kampung nenek tanya demam campak ke. Pergi kedai runcit india, sampai dia offer suruh beli ubat jerawat. Makcik pakcik tanya kenapa muka tu. Sepupu tengok pun katanya aku macam orang sakit. Rasa nak nanges taw. Muka macam kena panggang. Aku dah terfikir dan nekad, kena pergi Korea ni buat surgery. Serious okay. Serious HAHA.

At that time aku beli macam-macam produk, dari semurah-murah produk, sampai mahal beratus pun aku pernah cuba. Tak berjaya. Kau rasa?!! *jerit geram* Ditambah lagi dengan orang perlekeh "Banyak betul kau beli. Yang ada pun tak habis lagi." "Macam-macam kau pakai, tapi takde efek pun." Wat lex jela sebab yang mengalami lebih memahami huhu.

Even nak jumpa member pun tak konfiden. Siap tipu nak tunggu tinggi dulu baru jumpa haha tak logiklah ngok! Muka dah okay sikit, baru ajak jumpa. Tu pun member terkejut katanya muka lain tsk tsk.

Februari 2015; Dalam tempoh makan antibiotik

Gambar masa tengah kritikal takde. Geli dengan muka sendiri. Jerawat tu tak merah macam gambar 2014. Tapi hitam, lebam. Masa sujud adalah yang paling tragis. Jerawat kat dahi. Sakit. Gila. Nak. Mati. Tahu?

Dari pengalaman semua ni lah aku banyak membaca, cari tips kat internet pasal penjagaan muka. Tanya pengalaman member and baca review pengomen kat blog-blog and forum. Hari-hari sebelum tidur tengok youtube cara-cara nak hilangkan acne, instagram cari produk yang sesuai. Kat instagram lah aku jumpa satu klinik kecantikan, Klinik Pesona. 


Ramai artis buat facial, treatment, laser kat klinik ni taw. Pertengahan Januari 2015, aku start pergi klinik. Alhamdulillah, dari sini lah muka aku hampir sembuh lepas macam-macam usaha aku buat selama hampir 2 tahun. Sebelum ni almost setiap malam aku mask muka, letak kunyit kat jerawat, stim muka, facial muka sendiri setiap 3 hari and macam-macam petua tradisional aku try.

Masa consult, doktor maklumkan muka aku sangat berminyak, pores aku besar dan perkara ni yang menyebabkan muka aku mudah tumbuh jerawat sebab kotoran tersumbat kat pores tu. Doktor pun ada bagitau, muka aku makin teruk tu disebabkan oleh bakteria. Share span muka, berus makeup dari tah mana-mana makhluk. Sebab tu muka aku jadi lebam dan bengkak. Doktor ade cerita, dia ada member MUA. Dorang basuh alat-alat mekap tu 6 bulan sekali. Kau bayangkan sekarang berapa banyak bakteria virus dah bertepek kat muka aku tyme tu. Tah-tah aku orang yang ke tujuhplohtiga ke apa.

So doktor bagi aku ubat antibiotik yang boleh matikan bakteria kat muka ni. Selain tu doktor suggestkan aku beberapa pakej acne treatment yang sesuai.


Doktor bagi pil ni untuk makan selama sebulan dan jangan miss. Banyakkan minum air masak jugak sebab ia akan buatkan kulit kita kering. And yes. Sepanjang aku makan, bibir aku sangat kering. Jerawat aku pun kering alhamdulillah. Peringatan, jangan sembarangan amek pil ni even boleh dapat kat farmasi sekalipun. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Lepas sebulan makan pil, aku buat treatment. Setiap 3 ke 5 minggu aku akan pergi klinik. 2x treatment, dah nampak perubahan. Kali ke 4, muka aku sembuh dah. Last treatment aku bulan Julai 2015. Almost 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Lama? Takpe. Nak cantik kena sabar :)


Now, jerawat pun dah jarang tumbuh. Kalau ada pun, cepat je surut. Dinasihatkan, kalau boleh hentikan dahulu penggunaan sebarang produk kecantikan sepanjang treatment. Happy dengan muka sekarang even tak plowless dan ada lagi parut sikit-sikit ;')

 September 2015

Ogos-September 2015
September 2015

Gambar terkini. Snap dari camera handset. Even muka tak seanjal dan selicin dulu-dulu, tak plowless pong, tapi syukur sangat dah. At least dah konfiden sikit nak snap picture hewhew. Before ni, snap dari jauh pun muka nampak menggerutu.

Dari jauh pun dah nampak bintik-bintik kat muka; Februari 2015

Dalam aku jalani treatment tu, aku ada amalkan beberapa tips and petua (yang aku amalkan sampai sekarang) hasil dari pembacaan aku kat internet. Aku sangat faham macam mana tahap konfiden kita bila muka teruk ni. Aku suggest korang yang sedang alami masalah sama, try apa yang aku buat ni. Insyaallah dengan izin-Nya berkesan.

1. Elakkan pakai produk whitening
Sekarang terlampau banyak lambakan produk kecantikan yang putihkan muka. Qu puteh, qu puteh barulah putih~ Semua perempuan eager nak cantik tak kiralah yang ada masalah muka ke tidak. Kat sini aku nak cakap, NO! SERIOUSLY NO! to gadis-gadis yang BERMUKA SENSITIF. Awak jangan amek produk whitening. Awak kena rawat dahulu jerawat awak. Whitening tu tak bagus untuk muka yang berjerawat. Malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

2. Pakai produk yang sesuai
Silalah cari produk yang sesuai dengan muka. Yang ni aku syorkan pakailah produk Cetaphil. Recommended by dermatologist. Cleanser dia terbaik sangat untuk kulit bermasalah. Ciri-ciri dia cair dan jernih, sejenis free-soap facial wash dan takde bau langsung.


Even kalau kita rub kat muka pun takde buih which is sangat sesuai untuk kulit sensitif. Sebab sifat buih ni sebenarnye kasar. Bila kite rub kat tempat yang terkena jerawat, ia akan buatkan jerawat tu lagi teruk.

Kalau tak nak pakai Cetaphil pun takpe. Tapi cuba cari produk yang berasaskan mineral, atau bahan-bahan organik semulajadi. Sebab produk macam ni bebas kimia.

3. Lap muka guna tisu/towel muka
Lepas awak cuci muka, jangan lap muka pakai towel yang awak buat lap badan tu. Kita tak tahu apa yang melekat kat towel tu. Sila pakai tisu atau towel khas untuk muka. Dap dap kan je. Tapi kalau pakai towel, awak kena rajin ganti baru. Paling-paling pun 2-3 hari sekali.

4. Elakkan scrub muka
Scrub ni sebenarnye bagus untuk tanggalkan sel-sel kulit mati. Tapi untuk muka sensitif, jangan selalu sangat awak scrub. Sedangkan buih pun dah dianggap kasar sifatnya, lagi pulak scrub. Kalau nak scrub tu boleh, tapi jangan terlampau kerap. Seminggu sekali cukup. Kulit dah okay nanti, barulah boleh scrub lebih dari sekali tu.

 Coffee Scrub from Irissential

Scrub yang aku guna sekarang. Feveret scrub. Bau kopi, wangi. Rasa nak makan. Lepas scrub, muka rasa lembut je. 2x seminggu aku akan scrub muka.

5. Elakkan sentuh muka/jerawat
Kadang-kadang tangan kite gatal kan nak pegang-pegang muka. Tapi tahu tak, dari tanganlah bakteria datang. Macam-macam barang kite pegang, pastu nak sentuh muka pulak. Tu yang lagi galak tumbuh jerawat tu. Muka kotor.

6. Picit jerawat
Dari pembacaan aku, ramai yang tidak syorkan kita picit jerawat sendiri. Aku ada tanya doktor pasal ni. Dia kata, boleh sebenarnya. Dengan syarat, cara kena betul. Picit jerawat tu dari keluar nanah, darah, sampai keluar air putih jernih tu. Selagi tak keluar air tu, maknanya tak bersih lagi.

Bila tak picit habis, kemungkinan besar jerawat tu akan tumbuh semula sebab ada lagi kotoran dibawah lapisan kulit muka. Paling buruk, bila ia tumbuh lagi besar. Aku pernah buat macam yang doktor cakap. Dan memang betul. Jerawat pun cepat je surut. Tapi sakitnya sampai keluar air mata jantan kau tahanlah sendiri hihi. Lepas picit, aku sapu ubat jerawat, Tidact Gel.

Tidact Gel 1%

Kalau tumbuh jerawat kecik-kecik pun aku sapu. Boleh dapatkan kat farmasi. Harga lebih kurang RM13+

7. Pakai sunblock dan moisturizer
Doktor banyak kali pesan, WAJIB pakai sunblock dan moisturizer. Seeloknya pakai sunblock SPF50+. Aku pakai jenama Biore. Teksturnya cair, tak melekit dan berwarna putih.


Kadang-kadang kita rasa macam eleh malaslah nak pakai sunblock sebab tak terdedah dengan matahari pun. Jangan. Bila muka dah start bermasalah, kita kena jaga betul-betul. Kalau tak, akan muncul jeragat pulak. Antara punca jeragat ni adalah dari sinaran UV. Jeragat dahlah susah nak hilang haa. Actually sebelum muka bermasalah lah dah kena jaga tsk tsk.

Moisturizer pulak, fungsinye untuk mengekalkan kelembapan muka. Aku pakai Cetaphil moisturizer. Sangat bagus. Kelembapannya tahan lama. Sesuai untuk sesiapa je yang ada masalah kulit kering. Kalau nak cepat baik, jangan makeup. Pakai dua benda ni je.

8. Minum air masak
Amalkan minum air masak. Kalau baca tips tentang kesihatan dan kecantikan, mana-mana pun akan suruh kita minum air masak banyak-banyak. At least 3 liter. Bangun tidur, minum. Sejam sebelum tidur, minum. Mula-mula je kita asyik nak keluar masuk jamban. Bila dah selalu minum, body akan stabil and tak keluar masuk jamban dah no worries.

9. Jus tomato
Tips ni aku dapat dari member. Dia suruh aku amalkan jus tomato. Siap bagi link artikel lagi and its work! Thanks Huda ku sayang tehee :') Aku start minum dari 1st treatment. Bukan setakat jerawat cepat hilang, dapat bonus lagi kulit muka lembut macam bontot bayi hahaha. Serious okey. Nak buat pun senang je. Tomato, susu pekat, blender sampai lumat. Pastu minum.

10. Face self massage
Massage ni aku baru start baru-baru ni gak. Aku amalkan Tanaka Massage [KLIK], which is ia melancarkan perjalanan darah sekaligus boleh menegangkan muka. Lepas massage je, muka rasa fresh wow. Massage ni korang boleh try SELEPAS MUKA DAH OKAY.

Dalam dok massage tu (bagi muka yang bermasalah), secara tak langsung kita ter-pecahkan minyak di bawah kulit. Dikhuatiri awak akan breakout. Jerawat tumbuh lagi teruk. So, aku tak suggest massage ni untuk muka sensitif. Rawat muka awak dahulu.

 Organic Face Oil, aku apply kat muka untuk massage

10 tips ni lah yang aku amalkan sampai sekarang. Target sekarang nak sekatakan tone muka and hilangkan parut je. Lepastu boleh cari pakwe. Eh? Haha. Sekarang aku tengah try carrot soap. Kebaikkannya dapat sekatakan tone muka, hilangkan jerawat, jeragat, mencerahkan kulit, melembutkan kulit dan lain-lain. Kalau ada perubahan, aku share lagi.

***********************

Teringat lagi pandangan orang ramai kat muka aku dulu-dulu yang tak berapa 'kemas' ni. Paling tak boleh blah dan paling tak boleh lupa masa aku kerja. Muka puaka jerawat jumpa clients. Dengan pakai spek besar Betty. Tak makeup. Dressup pun tak semenggah tyme tu sebab takde mood yelah muka kau dah hodoh pakai cantik pun tetap hodoh. Jadi teruskanlah hodoh haha.

 Yo Soy Syera La Fia

Waktu tak 'kemas' ni, clients pun macam gitu-gitu je cakap dengan kite. Yelah, kau hodohhh muka jijik kan! Kite gurau pun, nak tak nak layan. Eh sedih taw waktu ni tak tawu nak menangis kat bahu siapa, eh. Pastu muka dah okay, aku dressup lah macam biasa balik. Surprisingly, pergi jumpa client, dorang macam eh Hana ke ni? Eh tak kenal. Eh lainnya. Wahh pakai lens dah sekarang. Dalam hati, kau pehal. Dari dulu lagi kot aku pakai lens. Jom pergi minum. Dah ada pakwe ke? Eh eh eh tetiba dorang friendly ni asal? (Deleted)

Nak rase? korang try jadi buruk sikit, pastu renovate balik kasi cantik. Kau akan rasa macam hmm puberty hit me right bebeh. Puihh haha.

 Kite 151cm je harap maklong; Ogos 2015

Masa kejadian tu kejutan budaya jugak dibuatnya kenapa jadi macam ni tetiba sebab aku tahu, aku tak lawa pun, tinggi lampai apetah lagi deyy anney. Pastu barulah perasan, first jumpa dorang, aku 'orang lain'. Now lain yang dorang nampak. Kat sinilah aku dapat rasa dua jiwa. Macam mana orang layan aku macam eeeww geli aku dengan kau, dan macam mana orang layan aku macam hai hai peewitt. Oh people nowadays.

 1 wajah, 2 perasaan (filter Candy Camera yang plowles haha)

So aku nasihatkan korang, jagalah muka dari awal. Nampak macam takde kaitan, tapi bila muka kita terjaga, automatik penampilan kita nampak terjaga. Layanan orang sekarang berbeza. Konon tak pandang rupa. But still pretty people gets better treat. Sedih. Tapi realiti. Memang tak semua orang macam tu. Tapi kalau yang kau jumpa macam tu, sapa pulak nak jaga hati kau? Takde. Sudahnye kau kena rawat hati kau sendiri. Dahlah muka tak habis rawat lagi, hati pulak sakit. Kau rase?!! *jerit geram lagi*

Lelaki be like, pompuan ni jerawat pun nak bising. -Yelah, yang kau tahu cuma nak awek plowless dan comel je.



*********************************


UPDATE : Link bawah ni entry khas untuk kebanyakan soalan yang aku terima. Maaf ya aku tak dapat nak reply email satu-satu untuk soalan yang sama. Nanti korang bacalah ya. Harap membantu :)