Entry ni aku published on July 2016. Tapi sampai sekarang (2018) masih ramai lagi yang komen dan bertanya. Sebelum korang baca, aku just nak ingatkan, info yang aku beri ni berdasarkan pada tahun aku buat Nama Amendment ya. Since sekarang dah 2018, mungkin ada beberapa perubahan/perbezaan dari AirAsia. Kalau korang rasa macam blur dan tak yakin, terus contact AirAsia :)) Aku cuma bantu dan share dari pengalaman dan pembacaan yang aku ada sahaja. Semoga bermanfaat!
Assalamualaikum cikebum cikebum semuaaa
*************
Assalamualaikum cikebum cikebum semuaaa
Last time dah share pasal flight reschedule. Kali ni nak share pembetulan nama penumpang. Penerbangan domestik, biasanya dia cek, nama kat tiket perlu sama
dengan kad pengenalan (sumber dari blogger) manakala penerbangan
antarabangsa pula, nama kat tiket perlu sama dengan pasport. Kalau nama
kat tiket tak sama dengan kad pengenalan atau pasport, INVALID. Awak tak
boleh depart. Duduk jelah kat airport dengan linangan air mata. Haa
jangan main-main tau.
Air mata jatuh setitis dua
Perkara ni biasa terjadi kalau kita bookingkan tiket orang untuk kuantiti yang ramai. Nama Bashirah. Tapi tertulis Basyirah. Nama Hanna. Mata berpinar, ter isi kat form Hana pulak. Tersilap satu huruf, tertinggal 1 huruf kat tiket ni, biasa sangat terjadi. Dan biasanya hal macam ni DITERIMA untuk request Name Amendment.
Tapi macam mana pulak kalau tertinggal pangkal nama? Atau tertinggal nama depan ayah kita?
Contohnya, nama sebenar Siti Melati Suhana Binti Md Khairi. Tapi tertulis Siti Melati Binti Md Khairi. Atau Siti Melati Suhana Binti Khairi.
Err tuan, boleh ke request Name Amendment?
Mampus lah. Korang kena beli tiket baru kihkih.
Sekadar hiasan hehe
Jangan risau jangan merengek. Boleh. Walaupun macam tak logik, "Eh budak ni bole pulak tercicir nama ek." Tapi boleh dan sah untuk buat pembetulan nama.
Kalau kes macam ni, korang call dorang pun tak guna. Sebab dorang tak boleh nak amend nama on call. Dorang akan suruh korang isi e-form. So, jangan bazir kredit, caranya macam ni.
1) Pergi ke Air Asia E-Form [KLIK]
2) Isi form dengan lengkap. Case Category pilih Customer Request. Type pilih Modify Booking. Attach sekali kad pengenalan (depan/belakang) atau pasport penumpang yang "bermasalah" tu hihi.
3) Kat Feedback, bagitahu dia, nak betulkan nama penumpang. Contoh,
Tuan/Puan,
Sila betulkan nama penumpang Siti Melati Suhana Binti Khairi kepada Siti Melati Suhana Binti Md Khairi.
Ni contoh je tau. Aku bagi point yang perlu highlight je. Masa aku buat haritu, panjang jugaklah aku explain sebab aku takut dorang tak accept kesilapan ni. Tak memasal kang kena beli tiket baru. Huhu.
4) Submit.
5) Nanti dorang akan send no report/case korang kat emel. So korang tunggu je dalam tempoh yang ditetapkan.
Nota Penting : Kalau korang klik e-form English, korang perlu isi dan explain form dalam English jugak okay. Kalau rasa-rasa nak explain dalam Malay, sila tukar bahasa. Pilih Bahasa Melayu. Kalau korang isi e-form English, tapi explain dalam Bahasa Melayu, dorang tak layan. Aku tak tahu kalau ada yang lucky. Tapi aku dah kena 2x. Dorang tak layan form aku.
In case..
In case..
In case..
.. Dorang tak reply emel korang. Korang perlu chat dengan dorang okay. Ingat, kalau korang nak cakap melayu, tukar dulu bahasa, kepada Bahasa Melayu ya. Walaupun yang chatting tu nama dia Sallehuddin atau Rozana (which is terang-terang depa orang Melayu), dorang akan minta kau make conversation in English. Ingat ya.
So, tyme chatting tu, bagi no report/case korang. Nanti dorang akan cek and settlekan waktu tu jugak. Lepas tu dorang akan send email as information yang nama penumpang tu, dah di amend. Dan korang akan dapat itinerary baru selepas itu.
Contoh email selepas pembetulan nama.
Okay settle.
Hope dapat membantu. Challo betteh! ^^,
** Ada yang tanya, macam mana kalau kita tak letak Binti atau Bin? Perlu ke request Name Amendment? Jawapannya, tak perlu. Selama aku beli tiket, aku tak pernah letak Binti atau Bin. Di kotak Last Name, aku terus letak nama ayah (without Binti atau Bin) So far takde masalah lagi. So tak perlu request Name Amendment ya :))
108 comments:
Salam cik syera, nak tanya saya terbeli tiket ke tokyo tanpa letak binti. Lepas tak agaknya? Dan saya bukan naik air asia. Nervousnya
@Bainun Waheeda
Wslm. Alamak. Sye pn xsure. Sye xpenah naik selain AA. Huhu maaf. Tp awk boleh call center dorg gtau psal ni.
first and last nama tu letak nama kite sndiri ke nama penumpang yg silap eja nama tu..?
first and last nama tu letak nama kite sndiri ke nama penumpang yg silap eja nama tu..?
Assalamualaikum Syera, just need confirmation pasal letak bin or binti tu, kira utk AA domestic and international, both tak payah letak pun boleh lepas, kan? hee... Thanks in advance :)
@Syafika Rusli
Nama kite sendiri. Kt bhagian feedback baru inform apa masalah kite. ie, pembetulan nama penumpang tu.
@Mira
Waalaikumsalam. Yup. So far, ikut pngalaman saya, semua lepas. Most welcome :)
Sy kat aa letak nama first mohamad idham bin n nama last nama ayah... mcmne ekk yg "bin" tu.... risau pulak..
@Anon
Oh alamak sye xsure plak bab tu. Biasa yang sye tgk, 'bin' tu org letak kt last name. Awk try call/chat aa.
assalamualaikum . berapa lama ya dia ambil masa untuk tukar nama ?
berapa lama ye dia tukar nama tu ?
@farhah zafri
Wslm :) Depends. Tpi biasanya sehari dua dh dpt iti yg baru.
slam,klu dalam ticket kita tersalah masukkan gender mcm mana yer..lepas x
Wslm. Sye rse tak lpas. Kalau ikutkan smua details kt tix kna sama dgn dokumen pngenalan kite. Utk elak dr jdi ppe msalah kt airpot, better betulkan bfore travel.
Salam nak tanya .Kalau nama panjang ad mohamad , tp dalam tiket tak letak mohamad kira lepas tak?
Salam
Dlm tiket tak letak tu mcm mna eh? Awk isi form, letak nama penuh tak?
Kalau tak letak nama penuh, mmg tak lepas. Silap satu huruf pun, kena amend, ape tah lagi tertinggal :)
Salam sis.. Kalau pegi dgn group.. Agent yg booking ticket pastu nama ayah ada satu D. Tapi diowang pi letak DD. Agent la yg kena amend kan. Trip to obersi ...
Salam sis.. Kalau pegi dgn group.. Agent yg booking ticket pastu nama ayah ada satu D. Tapi diowang pi letak DD. Agent la yg kena amend kan. Trip to obersi ...
Kalau ikutkan, yup agen yg kna amend. Sbb dia yg bertanggungjawab uruskan tix tu kan.
Mcm kt entry ni, kes sebenarnye ialah, saya silap masuk nama ayah mmber. So saya yg kna betulkan sbb sye yg uruskan tiket tu. So nnti minx je agen tu betulkan ya :)
Hai syera..sy nak tnye sy tempah tiket atas nama sri natasha abd smat tp salah tingal 1 huruf..sepatut nya sri natasha abd samat blj x tambah huruf??
Salam sis..saya telah menempah tiket tapi nama ejaan tertinggal 1 huruf blh x sy nak tambah 1 huruf tu?? Berapa bayaraan??
Wslm natasha.
Boleh. Mmg awk kna tambah pn. Awk follow step yg sye bagi tu ya. Nama tu pnting. Kna sama dgn pasport/ic kita. Takde bayaran pn. Kna bayar bil tepon je. Tu pn if awk call dorg hehee :)
Aslm sis
Nak tanya kalau nama kite sebaris sahaja contohnya mariyam takde nama bapak takde binti bagai macam mana nak isi kat ruangan family name? Nak di kosongkan saja ke ruangan family name tu?
Wslm. Mybe kosongkan je kot. Sbb mcm mna pun, kna sama dgn dlm ic / pasport.
Atau lebih confirm, awk call je airasia :)
Salam saya nak tanya, kalo double surname boleh ke? Macam contoh MUHAMAD SHAHRIN BIN ABDUL KHALID ABDUL KHALID. Sebab dkt first name saya letak full name dan dkt surname, saya letak nama ayah. Mohon penerangan. Thanks
Wslm.
Oh, sye xsure pulak psal tu. Utk kselamatan awk, better betulkan nama tu. Risau ada msalah masa boarding nnti.
Hi saya nk tanya.. saya tlupa nk ltk nama "anak".. dkt first name ltk nama sendiri n family name nama bapa.. so kiranya xde "anak" mcm dlm ic.. xpe ke? Atau plu name amendment jugak? && aatu lagi, masa kita booking tiket online mmg dia xde minta num ic ke?
Maaf tanya Berapa lama ye nk tunggu dia bagi case number lepas isi eform..blh ke live chat sblum dpt case number
asssalamualaikum, kalau mcm sy ni dkt boarding pass tak semua huruf besar sbb nama tu dia ikut dkt airasia punya application phone tu. takpa ke? maksud nya ada huruf kecil. tp ejaan nama semua betul, ada masalah tak?
Hye Sis, U tahu tak kalau for Air Asia-international flight, tak letak BIN boleh lepas x? TQ Sis
Assalam..Nak chat dengan dorang tu mcm mna ye? saya tak dpt lagi email
syera..nak tya..kalau kita tersikap letak kata ganti nama diri..contoh patut letak MS terletak MR...cemana ek..kena tukar jugak ker...n then kalau pernerbangan tu 2 org..kita kena isi form tu sorang sorang ke sbb nak tukar MR ke MS..tq ya syera info kt blog
Nak tnya kalau salah satu huruf mcm mna ye, coth nama dia husain tqpi saya taip hussain
tq atas info y bermaklumat!! smG Allah ganjarkan y sebaiknya buat pemilik blog ini...
salam syera, saya ada beli tiket but beli kat agen tapi diorang tak letak mohd kat depan nama ayah saya. boleh ke kalau saya betulkan sendiri atau nak kena jumpa agen semula untuk betulkan?
Salam sis...klu sy booking nama SU BT MOHD..tp nma dkt ic SU BINTI MOHD..kna btulkan x sis?tq in advance.
sist kalau nama arden l'esperance dan nama bapa tu tak ada mcm mna yer?ini utk penerbangan luar negara
Kalau info dr AA, awk kena letak nama tu di kedua2 ruangan, nama pertama (first name) dan nama bapa/keluarga (last name)
Boleh cek kt web AA : Home > Book with us > Online booking & payment
Sye rasa bole betulkan sndri. As long as awk ada maklumat yg diperlukan. Tp klu awk xconfirm, better suruh agen je. Lbih snang :)
Alhamdulillah terima kasih. Semoga berbalik pda kamu jua :)
Dr info yg sye dpt, if nama xsama dgn dokumen (ic/passport), kena buat amendment dear :))
Ada sstgah boleh terima ksilapan tersebut. Tp bgi saya, better awk tukar bfore penerbangan :)
Ni mklumat yg sye dpt dr google. Sye share juga utk kpentingan bersama bg yg terbaca komen ni. Cth andai berlaku apa2 yg xdiingini masa penerbangan, compny penerbangan akn gunakan mklumat yg kita masukkn smasa booking tiket. Bnda ni pnting supaya kita dpt claim insurans. Sbb tu mklumat kita penting utk diisi dgn betul :))
2 org tu utk pnerbangan yg sama ke?
Kalau sama, boleh je rasanya dlm 1 form. Cuma awk kna detailskn betul2 masalah awk di ruangan feedback :)
Okay sama2. Moga mmbantu.
Yes boleh. Sye xpenah letak binti/bin masa isi mklumat utk booking tiket domestic n international :) so far sye xde masalah masa boarding.
As long as nama sama dgn dokumen pngenalan, so takkan ada masalah.
Update:
Kalau info dr AA, awk kena letak nama tu di kedua2 ruangan, nama pertama (first name) dan nama bapa/keluarga (last name)
Boleh cek kt web AA : Home > Book with us > Online booking & payment
Saya Tak letak @ kat nama boleh ke ... ?
kalau nama akmal hakim bin md hussain
tapi dalam tiket letak hakim hussain je lepas tak ?? risau nye
Haritu isi form, xletak full name eh?
Nama kt boarding pass/ tiket perlu sama dgn ic/pasport. Kalau x, xvalid.
Salam, utk buat amendment air asia perlu apa2 bayaran ke? Tqvm
Wslm. Takde byran.
Semasa booking sy da slh bg email..ao macam mana ye..lgpn sy x bukak akaun pn..sy cuma buat booking as a guest je
Sempat x snap atau ade amek x no booking? Kalau ada, bole contact center.
Kalau xde, mngkin kena call dorg. Manatau dorg bole trace mlalui ic atau apa2 mklumat pngenalan yg awk isi.
Assalamualaikum, usually berapa hari ya untuk dia process name amendment ni? And berapa hari sebelum flight boleh betulkan nama ni ya? Terima kasih.
Terima kasih sangat sangat for the info shared! Really helped the community a lot! My problem settled already. Thanks again!
Waalaikumsalam. Saya xingat pasal tu. Rsenye dlm 3-5 hari bekerja. Depends. Ada yg cpt, ada yg lmbat.
Tak ditetapkan pulak bpe hari. Tp lebih baik betulkan dgn segera. Takut last min nnti susah pulak kan :)
Ya allah seronoknyaaa rasa dpt tlg. Nak upahla mcm tu. Upah doakan yg baik2 utk sye hihi. U r most welcome n thanks sudi jengah ke blog ;)
Masa tu u boleh lepas tak ada dua nama bapa kat sana??
nak tanya kalau kita tak submit ic macam mana ye? sebab saya lupa nak submit ic sekali
slm sis, sy ad book tiket kat airpaz.com, tp flight air asia.. detail sy just masukkan mohd shj blh ke ? sptutnye dlm ic mohamad. anak sy mohamad fareez naufal tp xblh so sy short pg mohd . kne adjust ke yee?
Saya salah gender dah tukar nak tunggu live chat payahnya
Haah. Kena take turn. Tu yg kne tabah sikit ;D
Salam sis,
Saya nak tanya.macam mana kalau saya tertulis satu huruf kecik dalam nama tiket saya ye?? Contoh nye NABILAH tapi dalam tiket NABiLAH..Saya kena tukar jugak ke??
Wslm.
Sye rasa tak perlu. Yg pnting ejaan yg kna sama. Kalau rasa ragu2 boleh call center.
Boleh je rasanya. Sye attach sbb risau dorg xnak tukar. Kite inform dgn clear mngkin dah memadai :)
Alamak. Kalau kes mcm ni sye pun tak sure. Kalau ragu2 mungkin boleh terus contact AA. Maaf ya.
Hai, maaf terlepas pandang. Maaf sye xsure hal ni. Mngkin bole trus call center utk elak masalah sblm pnerbangan.
Nak tanya . Kalau kite salahl letak nama ayah anak camane eh. Cth nama Ayah ali. Tulis Abu.Boleh tukar tak? Dan salah tahun lahir sepatutnye 2011 . Sy letak 2014 hmm risaulah..
Hai sis..mcne ea kalau x letak nme penuh..sb name pajng sgt.ape perlu saya buat?smlm beli hrni beru perasan sb name ny panjang sgat.
Hai sis mcne ea kalau beli tiket x letak nme penuh..sb nma pajng sgt..smlm beli hari ni bru perasan..ape perlu saya buat
Salam tersilap 1 huruf d hujung sekali macam mna nak betul kan huruf tu...1 huruf jer yang salah....boleh bagi tunjuk...
Salam sis, sy booking tiket AA domestik. nama sy , suami & anak tak letak bin@binti. ada masalah apa2 tak ya?
harap sis dapat bantu. tq
salam sis, sy booking tiket domestik AA ,saya lupa letak bin@binti. ada masalah tak ya?
harap dapat bantu. tq sis
salam sis, sy booking tiket domestik AA ,saya lupa letak bin@binti. ada masalah tak ya?
harap dapat bantu. tq sis
Sis nak tanya kalau tak letak nama ayah mcm mana?
Kalau tak letak nama Ayah mcm mana pulak yer?
salam sis. nak tanye, kalu ejaan binti tu sy just eja bt saje boleh ke? cth dlm psport siti binti ahmad. tp mse booking sy tulis siti bt ahmad. kne isi form mtk amend jgk ke?
Salam sis klu teeletak huruf contoh muhamad ordet muhammad
So sis tak paya risau lah kan,saya lupa latakkan binti dlm butiran peribadi tu flight antarabangsa pula tu..
Hi amanda.
Perlu request utk amend :)
Saya rasa boleh tukar. Dan memang kena tukar sbb maklumat kena sama dgn dokumen pngenalan.
Waalaikumsalam.
Maaf baru respon. Rasanya en izam dah selamat pun beli tiket :D tapi takpe saya jawab jugak untuk panduan yang lain.
Isi seperti no 1 ya. Bin/binti tak letak pun takpe. Saya tak pernah letak bin/binti dalam form :)
Moga murah jugak rezeki en izam. Aminn.
Waalaikumsalam.
Boleh rujuk dlm entry ya :))
Waalaikumsalam.
Insyaallah takde masalah. Sbb saya xpernah letak bin/binti masa booking tic ;)
Hee kena letak jugak sis sbb perlu sama sperti dlm ic/pasport :))
Dlm ic/psport ada nama ayah tak? Kalau ada, perlu letak :)
Bab ni saya xsure pulak. Boleh trus call AA utk penjelasan :)
Perlu amend :))
Yup dun worry ;))
salam Sis, kalau belum check in boleh amend x? ke kena buat web check in dlu, sebb booking untuk bulan 12 nanti, dlam e-form kena isi kod penerbangan dan no. penerbangan.. kami hnya ada booking no saja.. cmana ye?
Wslm. Yup boleh.
Kalau mcm tu call AA ya. Sbb biasanya kalau kite book dh dpt details penerbangan lengkap. Awk call AA, nnti dorg akn trace mlalui no booking awk :)
Salam sis , kalau flight ticket hurur kecil ex : Nurul . Tapi passport kan semua huruf besar . Okay tak ? Ejaan semua betull hihi
Wslm dear. Okay je. Jgn risau :)
Maksudnya first name dan last name tu .. nama yg sama sahaja? Contoh : first name: izara last name: izara.. mohon pencerahan, sebab sy pun ada masalah yg sama
Sis... klau tiada nama bapa dlm ic mcm mna ya...
Perlu ka sy letak nama sy dikedua2 first name and last name tu? Contoh first name : zana ,!last name: zana ...
Hai. Pada date & time yg sye reply tu, itulah info yg sye dpt & baca di website AA :)
Tp tdi sye cari smula, dh xjumpa pulak. Website pn da upgrade etc etc so xtau smada info tu valid lg atau tidak. Tp awk bole baca kt link ni:
Berkaitan booking:
https://support.airasia.com/s/article/How-do-I-make-changes-to-my-booking-en?language=en_GB
Berkaitan tukar nama kt booking:
https://support.airasia.com/s/article/Can-I-change-the-name-on-my-booking?language=en_GB
Utk info lain, bole p kat website AA > Customer Support > Klik mana2 yg berkaitan
Moga membantu :)
Hi. Yup betul. Boleh refer di link ni ya.
https://www.airasia.com/vn/en/book-with-us/promotion-online-booking.page
Okay sye dh jumpa link berkaitan yg xde nama bapa. Rujuk sini:
https://www.airasia.com/vn/en/book-with-us/promotion-online-booking.page
Assalamualaikum sis
Akk nak tnya psl nama ni
Passport : PUTERI NURJASMAINE SYAQIRAH
Tiket: PUTERI NURJASMAINE SYAQIRAH MEGAT RIZALMAN
bakal ada masalah ke ni?
Tq in advance
Assalam sis.... Nak Tanya Klu Tersalah tulis Nama pd tiket . .Tertulis Nama Nick name. ...blh X teeus pergi ke kuanter Servia AA untuk buat penukaran sbb flight Dah suntuk tinggal 1 Hari sahaja... .
Assalam sis.... Nak Tanya Klu Tersalah tulis Nama pd tiket . .Tertulis Nama Nick name. ...blh X teeus pergi ke kuanter Servia AA untuk buat penukaran sbb flight Dah suntuk tinggal 1 Hari sahaja... .
kalau nama keluarga raduwan tapi terbuat raduan nak buat mcm mana eh?
Saya nak tanya kalau nama anak saya Raphael duttih tetapi dlm tiket Raphael duttih Fabian .sepatutnya nama akhir fabian Phillip Jonathan hobbelen..nak kena tukar ke macam mna
Hi syira, saya tersalah letak "bin" sepatutnya binti, macam mana ek?
Sy nak tnya klu sy sy letak first name dgn last name tu nma sy bole ke? Sy trlupa letak nama ayah dkt surname tu
Saya lupa letak bin atau binti dekat ticket air Asia kl ke Aceh ada kh kita perlu ubah kn
@Lamsahkin
Tak perlu. Saya tak pernah letak bin/ binti. So far takde masalah :)
Post a Comment