Saturday, March 26, 2016

Tips : Penjagaan Muka Bermasalah & Sensitif Tanpa Memerlukan Kos Yang Tinggi (Versi Ekonomi & Tradisional)

Maaflah aku tak seperti perempuan lain yang obses dengan penjagaan badan. Aku suka lahap apa saja yang ada peduli apa aku perut aku lapar. Aku sangat obses dengan penjagaan muka MUEHEHE!

Sebelum ni aku dah pernah share tips penjagaan muka ni kat SINI. Tapi perlukan kos yang tinggi. Kali ni kite try pulak yang under budget. Tak perlu keluar duit banyak, tapi muka masih terjaga cantik ;) Muka aku takkkk cantik pun. TAK PONNN. Serius. Silalah tengok depan-depan. Kau tak teringin nak mengorat HAHA. Tona kulit tak sekata, parut jerawat yang lepas masih ada lagi. Sedih. Tapi sebab diri sendiri tak rajin nak konsisten menjaganya, jadi?

 
JADI TERUSKANLAH HIDUP DENGAN MUKA TAK SEKATA DAN BERPARUT TU SYERA OIII *sodok muka sendiri*


Oklah, alkisahnya macam ni..


Actually aku nak tolong adik ni. Aku tak kenal empunya badan ni. Tapi aku takleh duduk diam kalau orang ada masalah muka ni. Kawan aku ade seketul jerawat pun aku dah offer ubat jerawat. Risau tak bertempat :p Aku sangat, sangat faham situasi orang macam ni. Tragis taw. Kadang-kadang rasa nak seterika, nak sodok guna kertas pasir muka ni kasi licin. 

Macam yang aku kata sebelum ni, "Yang mengalami, lebih memahami". Aku tak hebat pun dalam bab ni. Mana mungkin business student, power dalam isu-isu semasa kulit muka ni. Nggakk mungkin dong! Gue nggak mengerti lapisan epidermis, tisu kulit, ameba, hiperbola. Eh? Tapi tapi tapi, masa aku bermasalah dulu, aku banyak cari tips kat internet dan kawan-kawan and merata tempat. Sebelum share tips, kite tengok dulu punca-punca jerawat (sumber dari pelbagai blog).

1. Perubahan Hormon
Normal bagi seorang remaja mengalami masalah jerawat. Ini disebabkan oleh kelenjar sebaceous yang mengembang dan mengeluarkan banyak sebum dibawah pengaruh hormon yang dikenali hormon androgen. Sebab tu kita tengok remaja perempuan atau awal dewasa lebih ramai alami masalah jerawat berbanding perempuan dewasa.

2. Tekanan (Stress)
Biasa sangat dah kita dengar jerawat tumbuh disebabkan stress. Ini mungkin disebabkan penghasilan minyak dan sebum kulit bertambah. Semakin stress, semakin banyaklah jerawat tumbuh. Hal ini kerana adrenalin dan hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress. 


Tapi secara logiknya, jerawat yang sedia ada pun sudah membuatkan kita stress. Bila stress, jerawat tumbuh. Lepastu stress lagi. Lepastu tumbuh yang baru. Kau rasa? HAHA.

3. Pemakanan
Diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung dalam badan kita, maka ia mempengaruhi hormon-hormon dalam badan kita termasuklah hormon androgen tadi. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan berminyak serta pedas yang terlalu kerap. Ini kerana makanan pedas boleh mendatangkan keradangan jerawat.

4. Persekitaran & Jangkitan Bakteria
Persekitaran yang kotor, tercemar, berhabuk serta terlampau terdedah dengan cahaya matahari juga boleh jadi punca jerawat. Bila persekitaran tak bersih, mudah untuk terkena jangkitan dan mengaktifkan pembiakan bakteria di bawah sel kulit kita.


Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel kulit mati. Kekotoran ini jugalah yang akan menyebabkan liang roma kita tersumbat dan memudahkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu, hati-hati bila menyentuh jerawat atau wajah kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

5. Faktor Genetik
Bila ibu atau bapa memang dah ada masalah jerawat, kemungkinan anaknya pun akan mengalami masalah yang sama. Faktor genetik ni sebenarnye paling merisaukan kerana ia agak sukar untuk dicegah atau diatasi.

**************** 

Banyak lagi sebenarnye punca jerawat. Aku ambil yang paling normal je hehe. Now kita pergi ke tips pencegahan dan perawatan jerawat pulak. So adik Hana ku sayang, no worries. Kalau tips akak ni tak membantu sangat, adik boleh tanya pendapat blogger lain :) Akak memang akan share mengikut pengalaman akak sendiri. Bukan simply nak cedok dari mana-mana tips yang akak tak pernah buat. Kulit akak dulu pun macam awak jugak. Tapi akak berminyak yang melampau dan sensitif sangat. Akak cuba meletakkan diri akak kat dalam situasi Hana sebolehnya (masih muda remaja dan faktor kewangan) dan akak go thru se-simple dan sehabis budget mungkin untuk tips ni. 

Tomato
Sama seperti entry sebelum ni, akak suggest tomato. Kawan-kawan akak pun ramaiiii sangat suggest tomato. Hana mesti dah banyakkk study pasal muka kan? Tomato ni paling femes dalam tips-tips penjagaan muka. Hana boleh makan mentah, buat ulam atau buat jus. Sebelum buat makan atau minum tu, tinggalkan sikit (sepotong kecil) tomato untuk sapu kat muka.


Lenyekkan tomato tu dan campurkan sedikit madu (kalau takde madu pun takpe) dan sapu ke seluruh muka terutama di tempat yang berjerawat. Biarkan sampai kering, kemudian bilas dengan air suam. Khasiatnya, tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin. Selain tu, tomato dapat hilangkan parut-parut jerawat juga. Ada yang syor buat 2-3 kali seminggu. Tapi akak bantai setiap hari je masa dulu-dulu. Maklumlah tahap kesabaran senipis kulit bawang sangat ekeke :D

Air Mineral
Selain kena banyakkan minum air, Hana try amalkan basuh muka dengan air mineral atau air bersih yang biasa untuk kita minum tu. Lepas Hana cuci muka dengan cleanser, bilas dengan air biasa, kemudian bilas lagi sekali dengan air mineral. Tak bermaksud air paip ni kotor. Cumanya dia tak sebersih air untuk kita minum.

Wap/Steam Muka
Kelebihan wap muka ni, kita dapat keluarkan kotoran-kotoran yang ada pada wajah. Masa kita wap muka, pori-pori akan terbuka. Inilah masanya untuk kita buang segala kotoran yang kita tak nampak pada wajah. Tapi Hana tak perlu pergi spa atau salon.


Cara paling bajet ialah panaskan air, tuang air panas tadi ke dalam mangkuk atau apa-apa bekas yang bersesuaian. Kemudian hadapkan muka Hana atas bekas tu dan tutup kepala Hana (sekali dengan bekas tu) dengan towel/kain (seperti dalam gambar) Anggaran masa ialah 10-15 minit sahaja. Hasil dia memang fresh dan memuaskan. Tapi tak perlu buat hari-hari ye. 2 kali seminggu pun cukup. Dulu akak buat hari-hari, muka akak jadi macam mengarut gila hazab. Macam hangit pun ada. Haha.

Lemon+Madu
Selepas wap muka, pori-pori dah terbuka, lebih afdal lagi Hana sapu perahan lemon+madu kat seluruh wajah. Lemon mengandungi asid sitrik yang berkesan dalam merawat jerawat di samping dapat membunuh bakteria di wajah. 


Dengan menggunakan cotton ball atau kapas muka, Hana hanya perlu dap dap kan di tempat yang bermasalah. Kalau ada luka, akan terasa pedih kat tempat luka tu. Tahan sekejap. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air biasa.  
 
Ais Batu
Lepas wap muka, sapu lemon+madu, bilas dengan air, Hana rendam pulak muka kat air sejuk berais. Nak bilas gitew je pun boleh. Takde masalah. Tapi akak suke rendam muka dalam bekas. Perghhh sejuk nyaman sih!


Kelebihannya, untuk menutup semula liang pori yang dah terbuka tadi. Step ni wajib ye sayang. Kalau liang pori dibiarkan terbuka, lagi mudah bakteria nak masuk. Lagi senang jerawat nak tumbuh. Tambah-tambah pulak muka tengah sensitif. No no no.

Scrub Muka 
Sesekali Hana scrub muka tu dengan beras. Tapi jangan kerap sangat sebab muka tengah sensitif. Seminggu sekali pun cukup untuk buang sel-sel kulit mati


Cara buat scrub beras, rendam beras dan kunyit hidup (potong kecil) semalaman. Besoknya blender beras dan kunyit tu (tak perlu halus atau kasar sangat) dan tapis airnya. Dalam keadaan lembap-lembap tu, Hana bulat-bulatkan dia dan biarkan kering. Pastu Hana masukkan dalam bekas. Bila nak guna, Hana amek je scrub beras tu titikkan dengan air. Sapu slow-slow, lembut-lembut kat muka.    

Towel/Tisu
Setiap kali lepas basuh muka, lap muka dengan tisu ataupun towel bersih. Bukan towel yang kita pakai mandi tu yee. Sediakan towel khas untuk muka. Towel kecik pun okay dah. Tapi kena rajin ganti. 2-3 hari sekali kena ganti baru.

Sarung Bantal, Cadar dan Rambut
Benda ni nampak kecik. Tapi siapa sangka, yang ni pun boleh jadi punca muka kita berjerawat. Hana kena rajin ganti sarung bantal dan cadar.


Rambut pulak, rajin-rajinkan ikat dan kalau fringe hair atau bangs, sepitkan di tepi/atas bagi mengelakkan jerawat di sekitar dahi.

Kosmetik
Foundation, BB Cream, CC Cream dan apa-apa alat kosmetik, jangan pakai lagi buat masa ni. Masa muka akak teruk dulu, jarang sangat pakai benda-benda ni. Sebab benda ni menyumbat liang pori. Kalau kita cuci muka tak bersih, maka mudah naiklah jerawat comel di muka ini. Haa. Cuba imagine. Seram kan? Kehkeh.

Pemakanan
Sepanjang akak menjadi pesakit rawatan jerawat (hihi), akak banyak elakkan makan ayam dan kicap. 


Akak ada terbaca dari website satu klinik ni (lupa). Katanya kurangkan makan ayam. Kicap pulak, kawan akak kata nak elakkan dari berparut. Tak tahu betul ke tak tapi akak patuh dan taat jelah HAHAHA. Lain-lain Hana kena banyak makan sayur dan buah-buahan okay?

Lain-lain
Elakkan sentuh muka/jerawat, picit jerawat dengan cara yang betul (tengok entry akak yang lepas), banyakkan minum air ni penting. Tidur pun kena cukup dan jangan terlampau lewat. Kalau ada budget lebih sikit, Hana beli ubat jerawat. Boleh dapat kat farmasi. Skincare yang Hana guna sekarang ni, kalau takde effect negatif, Hana teruskan pakai. Akak tak berani nak suggest produk lain. Sebab condition muka kita semua berbeza.

***************

So adik Hana, maafkan akak. Rupanya taklah simple akak entrykan tentang ni. Haha. Buat masa ni Hana cuba try yang ni dulu. Akak boleh share ini je sebab ini jelah yang akak selalu buat masa muka akak teruk dulu-dulu. Alhamdulillah ada perubahan positif since akak amalkan tips ni secara berdisiplin. Akak rasa ni sume under budget lagi. Bahan-bahan yang biasa kita boleh dapat kat rumah :)

Rasa macam leceh sangat benda-benda ni. Tapi sampai bila kita nak hadap jerawat ni kan. Hana kena rajin, konsisten, berdisiplin dan istiqamah (gitew) buat benda-benda leceh ni hehe. Lagi-lagi sebab pakai bahan-bahan neutral dan versi tradisional, amek masa sikit. Harap bertabah hihi. Tapi kalau makin teruk, Hana stop dan terus dapatkan nasihat doktor. Takut Hana ada alergik ke apa kan.

Takpe dik, akak fahammmm sangat perasaan yang adik rasa sekarang ni. Tak yakin nak berhadapan dengan orang, orang pandang muka kita, orang tegur muka kita dan macam-macam lagi. Fahamm sangat dik. Sat lagi bila muka Hana dah okay, Hana akan perasan layanan orang kat Hana pun beza sangat sebenarnye. Waktu ni Hana buatlah muka puaka durjana sikit kat mereka ni amboi aku dah cantik baru kau nak layan sweet-sweet ye amboi amboi. Tak Hana. Jangan buat. Akak saje nak selitkan sesi bergurau sendu disini.

Dun worry be happy okay! Good luck dear ;))



21 comments:

nur said...

Saye pernah ade masalah parut jerawat. Then, kalau makan hari-hari kalau takde kicap tak boleh. Takde selera gitu. Tapi, alhamdulillah, parut jerawat masih boleh pudar. :)

nur said...

Saye pernah ade masalah parut jerawat. Then, kalau makan hari-hari kalau takde kicap tak boleh. Takde selera gitu. Tapi, alhamdulillah, parut jerawat masih boleh pudar. :)

Syera said...

@Syaz Wani

Bestnya mcm awk! Sye kna kurgkn kicap brulah dpt pudar sikit ><"

Unknown said...

Hi syera.. nak tanya..masa awk buat treatment kt pesona clinic tu,awk guna skin care clinic pesona atau skin care sendiri?

Syera said...

@Unknown

Hai :) Sye pkai skincare sndiri. Tp sye pstikan smua tu bahan2 yg selamat. Hehe

Malas Letak said...

bestnya entry akak..alhamdulillah saya tak da jerawat cuma kadang sebulan sekali tu 2/3/ ketul biasalakan ... hehe
tips untuk jeragat boleh ke guna mcm kat entry akk tu?hee tq

Syera said...

@Malas letak

Haha tenkiu. Aah normal la tu kan sbulan sekali msti ada jerawat. Alamak, utk jeragat not sure bole ke tak gunapakai tips ni. Rasanya mcm cara pnjagaan dia lain :D

Ayaa said...

Masa sy f1 sy ada sunburn terOxx, f2 sunburn kurang tp start breakout, f3 makin teruk,f4 still teruk, sekarang f5 tahap paling kritikal sampai nanah nanah bagai. Tiap kali sujud kita je tahu sakit mcm mna. Dah la pegi skolah kena kutuk, pegi rmh sdara pon kna tegur, balik rmh sndiri pon sama. Org yg cakap tk faham apa kita rasa. Mcm la kita mintak muka kita mcm ni. For sure semua nk cantik. Terkilan jgk la bila kita nk build up balik confidence kita then org kutuk mcm2. End up nya terus hidup dgn perasaan malu. Nk beli ubat mcm2 pon tak keje lagi. Tkkan nk sruh parents sponsor semua sampai beratus. Sampai cikgu2 pon mcm jijik nk salam nga kita 😭 Sedih tauuu.. takpe, sy nekad nk bljr betul2 smpai brjaya. Nnti dah kaya sy nk buat treatment pastu nk kumpul balik org yg suka kutuk2 ni kita duk semeja tgk sape yg buruk 😤 Haaa marah hahahhha

Ayaa said...

Masa sy f1 sy ada sunburn terOxx, f2 sunburn kurang tp start breakout, f3 makin teruk,f4 still teruk, sekarang f5 tahap paling kritikal sampai nanah nanah bagai. Tiap kali sujud kita je tahu sakit mcm mna. Dah la pegi skolah kena kutuk, pegi rmh sdara pon kna tegur, balik rmh sndiri pon sama. Org yg cakap tk faham apa kita rasa. Mcm la kita mintak muka kita mcm ni. For sure semua nk cantik. Terkilan jgk la bila kita nk build up balik confidence kita then org kutuk mcm2. End up nya terus hidup dgn perasaan malu. Nk beli ubat mcm2 pon tak keje lagi. Tkkan nk sruh parents sponsor semua sampai beratus. Sampai cikgu2 pon mcm jijik nk salam nga kita 😭 Sedih tauuu.. takpe, sy nekad nk bljr betul2 smpai brjaya. Nnti dah kaya sy nk buat treatment pastu nk kumpul balik org yg suka kutuk2 ni kita duk semeja tgk sape yg buruk 😤 Haaa marah hahahhha

Syera said...

@Ayaa

Alaa serius sedih :(( Akak pn pena mcm awk. Tp xdiuji sehebat awk smpai 5 thn awk tggung. Takpe, smentara tu awk try je traditional pnye petua. Tp still kna hati2. Kdg kite tak tahu sbenarnye kite ade sensitif dgn bahan2 tu.

Hahaah takpe dik. Lepaskan je. Nnti lawan dgn dorg sape paling cantik. Time tu puberty hit u right la kannn haha. Tp bkn pling cantik je, pling sihat skali. Kdg cantik, tp ksihatan tak jaga, xleh gak. Hihihi. Good luck! Bile dh tiba masa nk kumpul balik org2 tu, jgn lupe ajak akak skali ;)

Unknown said...

Akak macam mana nak hilagkan parut jerawatt..parut lama dah besau2 dah.then dia jadi hitam bekas jerawat.sebab jerawat 90% hilang tapi parut tu yg tak hilang2 lagi.kulit mmg berminyak sangat..hmm confident level low sangat.baru 18.nak masuk alam belajr lagi piuu.akak boleh bagi tips tak?

Syera said...

Akak pn tgh struggle hilangkan parut lama. Akak skrg guna bio oil :) Parut akak pudar sikit berbanding sblm ni. Tpi tak clear smua lagi.

Awk bole try bio oil. Kesan dia agak lambat. Tapi berbaloi. Takpe tyme blaja tak comel sgt. Yg pntng pelajaran awk.

And awk jgn cpt rasa insecure dgn skin org lain tau. Takut bnda tu akn stress kn awk. Kite start slow2 utk jaga muka ;) Insyaallah nnti lpas blaja awk lah pling comel ;)) Jgn lupa senyum ya!

Syera said...

Oh btw, utk kulit berminyak, awk tepek je tomato kt muka :)

Unknown said...

Sgt membantu informasi d atas. Saya nak binta bantuan akak. Sy mengalami jerawat setelah ketahui bahwa produk skin care yang sy pakai itu bermercury. So effectnya sdh timbul, iaitu jerawat pasir yg bnyk. Ada tak produk yg diluluskan kkm sesuai utk saya?

Syera said...

Terima kasih sudi baca :) Maaf bru reply. Tak prasan ada komen.

Dear, kalau bab produk ssuai akak tak brani recommend sbb skin kita lain2. So far dh sbulan lebih ni, mcm mna skin awk? Ada nmpak tnda2 jrawat surut tak?

Anonymous said...

Awak gune product ape ye untuk hilangkan parut?

Anonymous said...

Awk pakai product ape ye untuk kurangkan parut?

Anonymous said...

bole share x product utk hilangkan parut jerawat hitam2?
stres betul dgn parut2 jerawat ni :(

hayati suki said...

woww... hebat nya hana. kita selalu buat masker tomato + madu je. nanti nk folo cara hana nni juga laa :-)

Unknown said...

Hai sy syaa...akk blh share x ape itu produk mineral based? Sbb search dlam google , x membantu lah...sbb busy bkrje...nk g watsons belek² x sempat...klau ad yg share , sy blh trus prgi watsons dn beli je..😊

hayati suki said...

Fuhh..info yg penuh manfaat. Ku juga punya masalah ini sekarang ni. Jerawat oh jerawat..huhu