Sunday, May 31, 2015

Trip to Krabi, Thailand : Departure & Arrival, Hotel, Transportation & Halal Foods

Assalamualaikum :)


สวัสดีครับ. ขอขอบคุณสำหรับการเยี่ยมชมบล็อกของฉัน!

Mementang nak ceghita pasal Krabi, tetiba hebat menulis Siam. Terima kasih incik gugel. Puii. Cuti akhir tahun lepas (5 November-8 November 2014) beta terbang ke tanah air Nichkhun :p Hamboi, lama dah ghupenye. Heh. First entry ni aku briefing sikit ya berkenaan penginapan, transport etc. Next entry, aku cerita pasal aktiviti :))

Departure & Arrival (KLIA2-Krabi) 



Trip kali ni pergi dalam 9 orang (2 lelaki, 7 perempuan). Mula-mula nak pergi berempat je. Kemudian pembiakan bermula sampailah ke 9 orang. Semuanya gara-gara tiket murah. RM115 return hokey. Tyme aku beli tu tak murah pulak. Hantu jembalang jugak kadang-kadang AA ni. So, waktu terbang memasing lain-lain. Yang 3 orang naik Malindo (bak kata diorang kapal terbang Wonder Pet KAHKAH), yang lagi 2 orang flight petang.


Kitorang depart kat KLIA2. Nak cerita sikit pasal KLIA2 ni. Ni first time aku naik kat KLIA2. Selalu baca blog, diorang kata besar and jauh. Mula-mula tak paham amende yang jauh sampai diorang kata kena betul-betul timing masa. Bila tiba harinya, yes betul. Memang jauh. Dari section custom, ke scan beg, ke gate jauh weh. Lagi satu yang aku tak paham, kenapa scan beg banyak kali tah tak pahamlah -.- Sebelum ni naik kat LCCT taklah serumit macam ni. So, benda pertama korang kena alert, MASA.

Yang kedua, NOMBOR GATE. Sila cek betul-betul dan masuk gate yang betul. Main gate O ke, P ke, Q ke. Disebabkan keluasan dan kebesaran KLIA2 ni, sekali korang salah masuk, boleh pitam sekejap. Kot-kot kalau rasa macam dah terlambat, tapi dapat gate 1-3 ok lagi lah. Dekat sikitlah dengan custom scan section tu. Tempat yang diorang buang-buang barang kite tu. Kesian sabun Anis. Kesian ubat gigi Wan. Ekeke. Boleh lenggang kangkung jalan tu. Gate 4-6, marathon lah dengan sahabat handai. Gate yang seterusnya, hah dipersilakan berlumba lari.

Nak dijadikan cerita masa aku pergi ni, handset Wana tercicir kat tempat kastam tu. Yelah, kan barangan elektronik kena asing masuk bakul. Ingatkan dah setel semua. Kitorang pun berlari anaklah nak sampai ke gate. Gate 13 rasanya. Jauh kot. Timing gate nak bukak dah nak dekat ni. Pastu memasing lari-lari anak lah kan. Takut tak sempat ke apa kan. Tetiba Wana kata handset dia takde. Hah sudah! Try call nombor Wana, tak berangkat pulak. Hah. Berpeluh jantan betina dah memasing. Aku plak dok tengok jam je tyme tu. Gate boleh tahan jauh lagi ni. Mana satu nak pegi ni. Persahabatan atau pelancongan? HAHA.
Benci aku KLIA2 ni boleh memutuskan silaturrahim :p

Of course lah aku pilih pelancongan. Kahkah. Takdelah. Aku mintak Wana and Wan pergi balik kat tempat kastam tu. Aku and Anis cover kat gate nanti. Kot-kot diorang nak tutup gate ke kan. Pujuk-pujuklah sikit. Speaking Thailand sikit ke kan. Lol. Nak di pendekkan cerita, akhirnya jumpa jugaklah handset Wana. Pegawai Kastam sana tolong simpankan. Alhamdulillah. Kalau tak, menangislah Wana. Dahla handset tu lebly yang bagi. Hewhew.

Sambung balik, perjalanan ke Thailand mengambil masa lebih kurang satu jam setengah...rasenye. Aku tak ingat. Tawu-tawu celik mata je dah sampai. Dari airport Krabi nak ke hotel di Aonang, kitorang naik bas. Tiket bas boleh dibeli kat kaunter kat airport tu jugak. Airport dia tak besar. Senang je nak jumpa kaunter tu. Kalau nak naik teksi pun boleh. Tambang dah tentulah mahal dari bas. Tambang bas 150 baht seorang (lebih kurang RM15) dan teksi 600 baht satu teksi. Kalau pegi genap, eloknya naik teksi. Tong tong je tambang tu.

Airport Krabi. Kecik je. Jangan risau, tak sempat sesat

Perjalanan dari airport ke Aonang tu mengambil masa lebih kurang sejam. Banyak view cantik-cantik sebenarnye sepanjang perjalanan tu. Tapi aku dah tertidur. Harap maklong.

Hotel
Please booking at agoda.com or tripadvisor or booking.com or mana-mana yang berkaitan untuk grab harga yang murah.

Untuk penginapan, aku syorkan hari pertama, bermalam di Aonang. Malam terakhir, bermalam di Krabi Town.

Aonang ni tempatnya meriah sikit than Krabi Town. Dekat dengan pantai dan kedai-kedai makan, mart, tesco. Lagi-lagi tengah malam. Lagilah meriah. Siang-siang biasa je. Malam-malam boleh tengok bapok-bapok yang cun-cun pakai gaun pakai heels. Kau akan rasa insecure kat situ. Kahkah.

Cozy Place, Aonang
Hotel aku kat Aonang, Cozy Place. Member aku lagi 4 orang di Lanna Beach Guesthouse. Bilik yang dibooked is Superior Modern (kalau tak silap aku) and RM100++ per night. 


 Depan Cozy Place
 Source : Gugel

Bilik ni pun luas. Aku agak kalau sumbat 4 orang pon boleh dalam satu bilik tu. Katil king size. Dalam gambar nampak kecik, tapi siyes besar. Wifi iz wajibul ghunnah. Ada koridor tu yang penting. Boleh sidai-sidai baju basah. Interior Cozy Place ni looks so cozy lah. Memang padan sangatlah nama dia camtu. Tertingat GH yang aku stay kat Korea dulu. Pong cozy style jugak. Santek ohh. Oh rindu hatiku~ *move on please*

Lanna Beach, Aonang
Lanna Beach GH pulak bilik yang dibooked standard no window dengan harga RM95++ per night. 

 
 Lepak sat kat Lanna. Muka was very puaka dat time tsk tsk
Source : Gugel

Memang sesuai untuk 2 orang sahaja. Kalau nak sumbat lebih, rasanya macam tak berapa nak selesa. Berlaga badan lah kau jawabnya nanti. Ruang bilik kecik. Laluan yang ada pun muat-muat untuk solat and laluan pintu masuk. Tapi depends on type of room yang kita nak jugaklah kan. Kalau ada koridor, maybe mahal sikit ke apa kan. Dunno. Tapi wifi tetap ada. Jangan risau. Heh.

Kalau nak buat perbandingan antara dua hotel ni, aku lebih prefer Cozy Place. Kat Cozy Place, kalau nak tambah orang dalam bilik kena add RM30 satu malam. Berbeza dengan Lanna Beach GH, RM50 satu malam. Lagipun member aku booking Cozy Place ni masa tengah promo. Kalau ikutkan harga sebenar memang mahal deyy. Yelah, tengoklah bilik dia. Selesa sangat. Memang terasa sangatlah murahnya bila dipromo. So, korang pepandailah taw nak booking tempat tidur ni. Kena rajin tengok agoda.com, booking.com etc. Macam mana selesa pun, tetap ada cons dia. Salah satunya jauh dari pantai. Lanna Beach GH, nak kata dekat sangat, tak jugak. Tapi location dia tengah-tengah. Tak jauh tak dekat. Gitu.

City Hotel, Krabi Town
Malam last bermalam kat City Hotel, Krabi Town. Hotel ni murah dan sangat femes among tourist yang pernah sampai Krabi. Kitorang booked 4 bilik. 

 Source : Gugel

Hotel ni dekat je dengan Night Market. Night Market ni ada setiap Jumaat je rasanya. Takpe nanti aku cerita kat entry lain. Bilik dia, standard hotel biasa. Lagi luas dari bilik kat Lanna Beach GH. Selesa. Walaupun dia punya aircond macam zaman 90-an punya je aku nengok. Macam dah boleh masuk muzium. Hehe. Menggagau jugak nak cari cara nak gunanya pasaipa klasik bebenor. Koridor takde ye. Bilik ni simple je. Wifi, tengok bilik jugak.


Lobi hotel (source : Gugel)

Masa aku stay tu, bilik aku and member lelaki dapat bilik area belakang. Yang lagi dua bilik kat depan. Bilik depan dapat wifi. Bilik belakang tak dapat. Tapi harga bilik sama je. Dahlah wifi takde. Perjalanan nak sampai ke bilik tu seram pulak tu. Pakai lampu oren suram-suram je. Dapat plak bilik hujung dunia. Nak kena lalu lebih kurang sepuluh bilik sunyi, baru sampai bilik kitorang. 

Dahlah pengecut. Aku asyik terbayang je ade pompuan baju putih, rambut panjang dok tunggu kat hujung tu, muncul kat siling, tembus dari dindinglah. Agak kurang ajor jugak ye imaginasi aku tyme takut-takut tu. Nak-nak pulak housekeeper dorang tu tah sengaja agaknye tinggalkan housekeeping trolley dorang kat laluan tu. Siap tersidai towel putih pulak aih kat situ. Menjadi-jadilah imaginasi terlampau aku.

 Hallway untuk sampai ke bilik aku

Dalam gambar memang tak seram. Cer try pergi sekali. Member laki kitorang pun seram nak lepak sensorang dalam bilik dia weh.

Nasib baik bilik member lelaki senasib dengan kitorang. Cuma diorang tingkat atas. Kitorang kat bawah. Depa lah teman 3 puteri ni sampai ke bilik. Ekeke. Sampai bilik je, rehat-rehat, lepak kat lobi sambil makan. Habis satu lobi bau megi. Almaklumlah bilik takde wifi khonn. Berkampung kejaplah kat lobi.

Transportation
Bab transport, tak payah risau. Biasanya hotel ada sediakan motor sewa. Harganya 200-250 baht (sehari@24jam) tak silap aku. Depends jugak. Hotel aku, sampai pukul 11 malam je. 

 Source : Gugel

Tapi kalau nak round-round area Aonang, pakai motorlah senang. Eh macam pantun dua kerat pulak :p Nama pun tourist kan. Kalau boleh semua tempat nak jelajah, nak tengok. Nak berhenti makan ke nak beli barang ke apa. Sendiri punya hal. Senang.

Kalau rasa tak nak naik motor, naik tuktuk pon takpe. Aku tengok kebanyakan hotel sana kat tepi jalan. Means tempat laluan utama public transport. So jangan risau sangat tak boleh pegi pantai ke hapa ke kang aku bantai kang baru tahu. Ahha. Tahan je tuktuk tepi jalan. Bas pun ada. Bab tambang jangan tanya. Aku tak tahu. Hee.

 Dalam tuktuk

Apa yang korang perlu risau pasal transport ni ialah minyak. Minyak kat sana mahal dow. 60 baht seliter. Nasib baik aku dah study sikit-sikit dulu before pergi sana. Takdelah culture shock sangat. Aku dok round-round dengan member, tah merayap pergi mana-mana tah, dari jalan sunyi, tak sunyi, semuanya semata-mata nak habiskan minyak. Kena jugak habiskan sebelum nak return motor agar minyak mahal itew tak dinikmati senang lenang oleh penyewa seterusnya. Kihkih.

Makanan
Di Aonang, banyak kedai-kedai halal. Jangan risau. Tomyam sana paling meletup kebabom sedap dia. Kalau stay kat Krabi Town, aku tak tawu kat mana kedai makan halal dorang. Kitorang makan roti and meggie je sampai sana. Even meggie kat 7e sana pun agak meragukan. Nasib baik aku standby meggie siap-siap dari Malaysia.

Banana Pancake
Kalau kat Korea dulu, ramai blogger recommend banana milk. Kat Krabi plak, banana pancake. Kecur air liuq aku cerita bab makanan ni tahu? So, you shud try both la bila pi dua negara ni.

So far, aku try tiga tempat banana pancake ni. Fez tempat yang aku rasa, banana pancake depan Family-Mart (tak silap aku)

 Stall dia

Second, kat tepi jalan. Lokasi err aku tak berapa nak ingat sebenarnye like im so sorry gais. Tapi tepi jalan tu bertentangan dengan stall pertama ni. Kalau korang jalan, ade nampak deretan stall and yeah dia kat situ.


The last is Yaminlah pancake. Very very popular among blogger. Ramai cakap Yaminlah pancake paling sedap. Lokasi Yaminlah ni dekat-dekat dengan pantai, dengan pekan. Korang kalau round-round, tengok sikit kat tepi jalan tu. Nanti nampak stall-stall makanan tu. Masa aku pergi, stall Yaminlah ni kat hujung sekali. Then, sorry again cz i tak snap picture.

Ok antara ketiga-tiga banana pancake ni, aku lagi suka the second stall. Bagi aku pancake dia lagi devasss dari Yaminlah yang depa dok kata sedap sedap tu hehe. Pancake dia rangup and cukup rasa. Even my friend pun agree. So kalau sampai sana nanti, bolehlah korang try stall kedua ni. Pastu viral kan agar lebih femes dari Yaminlah. Eh over.

Kedai Makanan Halal
Kalau lapar nasik dan makanan berat ke apa, macam aku cakap tadi,  kat Aonang banyak kedai yang halal. Jangan gundah gelana ok gais?


Okay, aku berhenti dulu setakat ini. Next entry aku cerita pasal aktiviti, pakej apa yang aku ambil, dengan SIAPA yang aku ambil (yang ni kena highlight sikit biar korang tak tertipu) and macam-macam lagi. Aku kasi hint ni, sampai sana, beware sikit dengan tourist guide nama KAK ANI. Dia kurus, ada chalet, mata besar, skin muka putih, tangan gelap and lagi satu tang kening. Kening dia mengancam sikit. Hati-hati ya dengan KAK ANI ni.


Till next entry yaw. Tak tahulah bila nak updatenya tapi. Hehee. Daa~ 



3 comments:

Anonymous said...

Nak tnye. Blik superior modern kt ao nang cozy place tu bole utk 3 org ke?

Syera said...

Anon :

Ya boleh. Tapi ada charges. Tyme sye p tu dlm rm50 sahaja.

Somebody said...

Boleh tanya tak..kenapa dgn kak ani tu..apa yg kena jaga2..lepas tu pancake yg awk kata stall no.2 tu dekat famiy mart area mn ye