Assalamualaikum :)
Okey, kite sambung balik pasal Vietnam walaupun dalam kepala ni macam dah ingat lupa lupa je. Mana tak nya. Pegi sana dah bapa lama. Ni baru nak sambung balik. Memang karat. Sorry la kalau ada tergebang sikit. Lol :D
Tips Shopping :
Tempat shopping yang aku pergi haritu hanyalah Ben Thant Market, night market, kedai Hajah Basiroh, Saigon Square and kedai-kedai tepi jalan sahaja.
Ben Thant Market
Ben Thant Market ni femes ok. Kalau nak beli kain ela, sila beli kat sini. Ada banyakkkkkk sangatttt sampai tak terkiraaaaa pilihan kat sana. Sampai kau pitam pengsan bangun pengsan balik tengok kain-kain kat sana. Haha. Paling meletop sebab murah. Murah weh! Aku beli english cotton dapat dalam RM20 something camtu. Bila aku cakap 'something' tu maksudnya aku tak ingat exact price die. Hehe. Kalau kat Malaysia, mana nak dapat harga tu. Kan? Kebanyakan kain kat sana, bidang besar ya. Kalau setakat saiz badan aku buat baju kurung, banyak tak banyak jugaklah lebihan kain tu :D
Kalau korang beli kain pastu nak suruh dorang jahit pon boleh. Boleh siap haritu jugak taw. Biasanya bila dah siap, dorang akan hantar kat hotel tempat korang menginap. Harga dalam RM40-50 sahaja. Murah ke idokkk? Kalau mahal pun, berbaloi. Siap satu hari kot. Jahitan pun tiptop :)
Makcik aku kata, pegi Vietnam tak boleh
bawak laki. Mana taknya. Singlet minglet aje deme menjuai. Udah konpius
teman juai badan ke ape ni.
Baju kemeja, tshirt, seluar linen blablabla semua jenama yang mahal-mahal tu, semuanya korang boleh dapatkan kat sini dengan harga yang jauh lebih murah dari Malaysia. Walaupun tak ori, tapi kualiti kain dia sangat gred A. Sangat macam yang ori. Serious aku cakap >:) Alah, kalau korang pakai yang tak ori pom bile balik Malaysia ni, takdenye orang cakap "Yewww made in Vietnam. Yukss." Sengalnyew orang iteww -.-
Kalau nak beli tshirt i love Vietnam ke apa ke kat sini, dapatkan harga RM10 sehelai okey. Kalau korang dapat tawar lagi murah, lagi bagus. Kalau dia jual atas RM10, korang blah cecepat. Banyak lagi kedai yang jual tshirt tu yang boleh bagi harga RM10.
Untuk shopping kat Ben Thant ni, kalaulah boleh. Kalau ya. Kalau korang tak rasa nak beli, janganlah tanya harga. Kalau tak nanti kena marah je. Ada yang paksa kita beli. Kadang-kadang waktu kita pilih baju kat kedai lain, seller tah dari mana dok offer barang dia pulak kat kita. Ni kire curik customer orang lainlah. Paling kuangajo sekali, dorang tipu kita. Tipu macam mana, aku tak sure. Tapi aunty yang sekali trip dengan aku ni kena tipu. Cara diorang berniaga ni memang teruklah bagi aku. Tak semua seller macam tu. Tapi korang kena berhati-hati lah oke.
Lagi satu, kat sana jangan sembarangan maki hamun dorang cakap Melayu. Kebanyakan peniaga sana paham bahasa Melayu taw. English pun dorang tawu. Little little lah tapi :3
Ben Thant ni tutup dalam pukul 5 tak silap aku. Dorang tutup awal sebab ada night market kat depan tu waktu malam.
Night Market
Night market pulak bukak waktu malam je. Start pukul 7 malam. Tempatnya betol-betol berdepan dengan Ben Thant Market. Kalau nak beli souvenir, bolehlah beli kat night market. Tshirt i love Vietnam pun boleh rembat kat sini. Nak backpack ke apa ke, beli kat sini jugak. Kenapa aku suggest kat night market ni? Sebabnya lebih selesa. Kat Ben Thant Market bukan takde. Ada. Tapi sangat crowded. Panas. Korang takkan rasa selesa kalau nak pilih barang. Nak-nak pulak sovenir. Banjir lah ketiakmu nanti. Pheww~
Baju kurung siap pun ada jual kat night market. Harga baju siap manik, boleh dapat dengan harga RM40-50. Kalau kat Malaysia RM100 lebih. Aku borong banyak oh baju kurung yang manik-manik kat sana. Sapa suruh murah sangat! Haa lempang baru tawu :3
Ini bukan bra taw. Ini mask. Kat sana banyak jual mask ni. Comel-comel sumenye. Diorang ramai pakai benda ni waktu siang. Mungkin nak elak debu ke apa aku tak tahu. Hm.
Kedai Hajah Basiroh
Hajah Basiroh ni bukan ade kedai makan je. Kedai telekung/pakaian pun ade. Kedai telekung/pakaian dia ada dua. Satu, dekat dengan kedai makan dia (refer entry sebelum ni), lagi satu aku tak ingat kat mana. Tapi kat rumah dia. Kat situ banyak pilihan. Paling best kat Hajah Basiroh ni, telekung dia. Macam-macam jenis. Telekung lycra yang penah meletop satu ketika dulu.. eceh.. boleh dapat harga RM50. Bukan lycra biasa yang kosong tu taw. Ni siap ada sulam timbul. Ada macam-macam lagilah.
Banyak gila hoi aunties ni memborong untuk sedara mara dia. Perghhh! Jangan risau, kualiti dengan harga boleh buat korang menanges ok :')
Kalau korang nak pegi kat rumah dia, bolehlah mintak tolong kat pembantu kedai makan dia. Lelaki taw. Alah, buat-buat ramahlah sikit. Nanti dia tolong korang anto pegi sana. Hewhew.
Kedai-kedai Tepi Jalan
Kedai ni sekitar Ben Thant je. Masuklah kedai-kedai yang menarik perhatian korang. Kadang-kadang kat situ ade jual baju yang takde kat Ben Thant and night market.
Aku pernah masuk satu kedai ni, dia jual
baju kurung full beads. Penuh beads liplapliplap tahu. Harga RM60 je
weh! Aku memang menyesal tak sudah tak beli sebab ingat boleh dapat kat
Ben Thant. Phuii. Menyesal. Menyesal.
Kalau ada sesapa cari kasut Clark budak yang murah, boleh cari kat area luar pasar Ben Thant, ade satu lorong. Kalau kat pintu Ben Thant yang menghadap patung kuda, kedai-kedai tu kat sebelah kiri -- Info ni aku dapat dari blogger. Tapi masa aku pergi tu tak sempat cari sebab blogger ni respon lepas aku balik Vietnam. Kesian bos aku kirim untuk anak dia, tak dapat. Wuwuwuu~
Kalau ada sesapa cari kasut Clark budak yang murah, boleh cari kat area luar pasar Ben Thant, ade satu lorong. Kalau kat pintu Ben Thant yang menghadap patung kuda, kedai-kedai tu kat sebelah kiri -- Info ni aku dapat dari blogger. Tapi masa aku pergi tu tak sempat cari sebab blogger ni respon lepas aku balik Vietnam. Kesian bos aku kirim untuk anak dia, tak dapat. Wuwuwuu~
Saigon Square
Sini ada jual baju dress, beg yang sangat biasa-biasa dan boleh dapat kat Time Square, pasar malam or kedai-kedai biasa kat Malaysia. Tempat tak berapa meriah pun masa aku pergi tu.
Untuk memudahkan shopping korang, bershoppinglah dengan RM. Dorang pun kalau kita tanya harga, diorang akan jawab harga RM. Ini cuma suggestion sahaja ya. Takyah buat muka pening sangatlah.
Untuk memudahkan shopping korang, bershoppinglah dengan RM. Dorang pun kalau kita tanya harga, diorang akan jawab harga RM. Ini cuma suggestion sahaja ya. Takyah buat muka pening sangatlah.
************
Oke, ni je tempat yang aku pergi haritu. Lain tempat aku tak tawu. Tapi sebenarnye ada satu tempat yang lagi best dari Ben Thant Market. Tapi aku tak ingat nama dia. Katanya tempat tu baru. Siap ada ekon. Sejuk. Beza dengan Ben Thant Market ni. Dia punya panas. MasyaAllah. Pegi sana bawaklah kipas tangan ya. Bukan berkipaskan tangan. Usahlah slow sangat kome ni. Hoho.
Oh lupe nak bagitahu. Dorang ni biasanya akan jual harga tinggi gila-gila. Pastikan korang tawar pun gila-gila. Jangan risau kalau tak reti tawar. Korang angkat kaki nak blah sikit, dia turunkan harga. Angkat kaki lagi, turun lagi. Haaa. Dorang kan suka paksa orang beli. Tapi! Tapi jangan buat muka macam kita nakkk sangattt barang tu. Walaupun dalam hati macam woi aku memang nak gila vongok weh baju ni. Buat muka tak puas hati sikit dengan harga tu. Buat macam nak tak nak even harga tu dah ko mampu beli. Tapi beragaklah taw. Kalau korang mintak murah lagi, lepastu dia dah tak layan, nasiblah melepas. Haha.
Alah, aku pun takde reti tawar. Tapi aku dapat rembat baju anak buah aku dari RM60 turun ke RM25. Bersulam lagi yaww. Rahsianya, aku buat muka nak tak nak tu lah. Agugugu~ Tapi lepastu seller tu potpet lah bahasa dia. Merungut lettew. Jangan peduli. Janji dapat murah. Hee :D
Elak Tax Kastam
Tax kastam ni biasa lah mesti ada kat mana-mana airport. Mindset dorang, tourist datang sana untuk shopping barang niaga. Borong banyak sangat. Padahal ada yang beli barang banyak sebab nak bagi kat sahabat handai, keluarga, serta jiran tetangga :p Of course borong barang banyak gila kat sana kan. So, nak elakkan dari kena tax, secara basicnya, korang try buat benda ni:
1) Elakkan pakai beg niaga
Beg niaga ni material dia macam kain guni tak silap aku. Bentuk petak. Muat masuk berpuluh kain dalam tu. Biasanya seller sana provide sebab borong banyak. Untuk selamat, sila pakai beg luggage kita yang biasa-biasa tu. Muat ke? Alah, makcik aku ilek je pakai luggage besar gabak tu sumbat barang dia. Ok je :)
2) Buang plastik
Kalau beli pakaian or
telekung, yang berplastik, sila buang plastik tu. Sampai Malaysia nanti
beli je yang baru kalau barang tu untuk niagalah.
3) Cara
lipatan
Caranya adalah gulung. Bukan macam kita lipat baju nak masuk
almari tu. Buat lipatan secara menggulung. Lagipun lebih jimat ruang.
4) Cara angkat luggage
Time angkat luggage tu untuk scan, lagi-lagi depan kastam, jangan nampak macam berat ya rabbi sangat luggage tu. Siap ada bunyi "ughhh". Jangan! Awas. Merbahaya. Nanti dorang tawu. Haha. Muka steady jela walaupun macam nak terberak ke apa nak mati je berat dia ya Allah. Kahkah.
Biasanya dorang akan detect masa scan luggage. Tengok barang banyak dalam beg, pastu siap tersusun cantik, berplastik bagai, hah kena panggil masuk dalam bilik kastamlah jawabnye. Tips kat atas ni, aku dapat dari Hajah Basiroh and makcik aku sendiri.
Aku memang praktikkan benda ni. Memang mujarab walaupun rasa macam peluh sejuk keluar menjejeh-jejeh kat dahi masa scan luggage tu. Kehkeh. Ehh jangan ingat kite datang sana shopping barang untuk family tak kena taw. Ade sorang mamat ni kena tax. Luggage dia taklah besar mana. Besar lagi luggage aku. Bila kaji selidik sikit, rupanya cara susunan, lipatan dia plus plastik baju tak buang yang kantoi kan.
Kesian. Dahlah hensem. Lol tetiba.
28 comments:
Seronoknya baca tulisan anda yg terselit lawak ni....:D
Salam..tips yang bagus utk elak tax kastam hihi..
Nk recommend tourist guide kat sana..Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com
Hi...seronok baca entri u, nak tanya di sana perlu ke beli sim kad telefon?
@Anon
Hi thanks :) Oh itu depends. Klu rse ade keperluan, better u beli.
Hi..nk tnye yg u balek nie dkt airport mne ye? Sbb sblom nie i turun jb kena..tapu kwn i la..i xkena sbb i sumbat bhagian ats bju2 kotor..hahaha..turun kl xkena lagi 3beg beso trsusun cntek sbb syg xnk buang plastik2..nak bagi owg kan..hahahaha bukan berniaga pon..
best baca entri awak yg ada unsur2 humour. aku yg serius gila pun tertawa seorang diri. and the important thing is the tips. ..at least dah tau dkt mn nak shopping nt and elak tax. yes!!! tq :)
Salam..awak blh share dok kt hotel mana?
Wah...byk btl ilmu dpt kat ur blog...bez...so,i akn memampatkan dlm otak ni utk praktikkan kat sn..xsabo nak sopik ni...thnx..
@Unknown
Hi, i kna kat epot sana lagi. Kt HCM. Hahaha. Yess, kna buat trick mcm tu. Tapi senanye ikot luck jugak. Baru2 ni pn kna lagi kt sana. Tpi bkn i. Ade sorg akak ni. 1 beg dh 26kg. Terpksa akak tu bayo tax.
Kdg yg dok kirim bkn sorg dua. Ramaiiii. Pastu sorg tu bkn nk kirim 1 2 brg. Banyakkkk. Hahaha. Kite pulak yg bole wt bznes. Minx upah luggage. Ekeke
@happymommyhappykids
HAHAHA. U made my day taw. Seronoknye dpt menggelakkan org yg serius ni kihkih. Btw, ade lagi tips. I baruuuu je balik dr HCM. So yeah, nnti kasi lgi sikit tips. Hihi.
@misshannajr
Wslm. Waktu ni kt Blue River. 20 mnit jalan kaki ke Ben10. Baru2 ni dekat sikit. Kt Hotel 25. 10 mnit berjalan ke Ben10 :)
@Sakuraz
Hahaha. Mampatkan smpai tepuuuu. Btw i baru je balik dr HCM. Ade lgi sikit tips. Ade ksempatan nnti i share lgi hihi.
Hai syera...boleh akak tau kedai yg awk pergi utk tempah baju kirung tu kat mana dan kedai yg byk baju kurung utk diborong. Akak pergi aritu xjumpa kedai mcm awk ckp tu... mcm frust sikit. Kalau tny kedai2 kat deret kedai hjh basiroh, ambik borong pun mahal. Xdapat la rm60, rata2 rm80 keatas. Pls help me..tq
Salam syera. Boleh bg info kedai2 borong baju kurung di hmc. Akak ade g kedai area Hjh Basiroh tapi mahal.. ade yg agak sombong. Mcm frust jugak sebab first time g kene mcm tu...
Hai syera...boleh akak tau kedai yg awk pergi utk tempah baju kirung tu kat mana dan kedai yg byk baju kurung utk diborong. Akak pergi aritu xjumpa kedai mcm awk ckp tu... mcm frust sikit. Kalau tny kedai2 kat deret kedai hjh basiroh, ambik borong pun mahal. Xdapat la rm60, rata2 rm80 keatas. Pls help me..tq
@ramyan sinafi
W'slm, hai kak yan. Kedai tempah baju tu, sye select random kt ben thant kak. Mostly kedai2 dlm tu amek tempahan. Latest saya pegi baru ni (20-23 Mac 2016) tempahan dh naik 60myr sepasang. Tpi puas hati sgt. Berbaloi dgn hrga tu. Kdai dia dkt2 dgn pintu. (Adeh sory kak, lupa pintu yg mana) Kdai2 luar ben thant pn ade amek tmpahan. Mmber sye ade tempah blouse, hrga pn 60myr.
Kak, area hjh basiroh tu mmg mahal. Tp ade beberapa kdai still murah. Kna tnya. Sye tak shopping situ sgt. Tak ckop bajet haha. Aah kak, mmg ada yg smbong. Geram rse!
Sye xingat nama kedai yg saya pegi kt entry ni. Tpi akak bole cari Kedai Rohani. Kedai Rohani ni agk murah jugk telekung, tudung dia. Baju kurung pn ada. Tp xsure bpe hrga. And kedai bju yg liplap2 tu, sederet dgn kedai Rohani. Bru ni sye pegi, hrga 70myr.
Skg kn duit Malaysia jatuh, so mmg terasa sikitla klu nk bershopping tu. Takpe kak, nnti repeat lgi, akak survey kdai tepi2 jln yg bkn area Hjh Basiroh tu :)
kedai rohani tu area mana? kalau nak shopping kasut sukan, tahu tak kat mana kedainya?
Kain lace prada berapa rm semeter? kain jubah blink berapa rm? maaf byk bertanya snn nak buat bajet utk ke sana may nanti
@Anon
Maaf taw. Saya tak ingat sgt kt mana kedai tu. Tapi, dia kt area situ je, kt lua Ben Thant. Kna tengok signboard kedai. Kalau awk pergi night market, cuba berdiri kt hujung lorong night market tu (yg mnghadap deretan kedai), kedai Rohani tu area situ.
Err, sye tak survey sgt kain tu hee. Agak2 kain semua tu lgi mahal dari sutera vietnam tak? Sbb sutera vietnam kt sna 4 meter 55myr. Kalau rasa lgi mahal, awk bajet lebih dr tu. Kalau tak cukup duit, boleh cash out kt Maybank. Sana ada atm Maybank. Tpi kna jalan dlm 20 minit dr Ben Thant ;)
@Anon
Oh utk kasut sukan, kt night market & Ben Thant pun ada. Kt kedai tepi2 tu pn ada. Takpe nnti dh smpai sana awk akn nmpak kedai2 tu semua :))
saya baru pg hcm 27/4 dn akan pegi lg 27/5 ni kedai rohani di luar psr ben thant.. klu yg ddk area hotel saigon pink alagon gia hui rohani ddk disebelah belakang.. harga telekung di rohani collection rm45 55 dan telekung sulam tangan rm65
@Norhafisah Harun
Tq kak :))
Btw, dh naik eh hrga telekung? Sulam tangan haritu sye dpt hrga 60myr. Ruginya xbeli lebih.
Askm...
Nak tanya sesapa yg pernah stay kat Alagon ...
Camna makanan yg free breakfast dan light lunch tuuu halal ke?
Kedua ,,, Kain telekung ... mana elok dibeli di rumah Basiron atau di kilang kain telekung...
Awak amik lakej ke backpacking je?
@Nabila Huda
Backpacking :)
Kalau nak pakej, boleh try contact no ni 012-508 1626 (Ashraf)
Dia dah biasa bwk org ke sana.
Salam
Boleh share fon number pengendali tour guide/kenderaan di Vietnam. Terima kasih
Shopping laa di kilang danny collection. Pegi sana kene naik grab car sbb lagi mjrah dari teksi. Dan harha tudung baju semua murah murah. Baju kurung ready ade yg 3 rm100. Saya baru pegi tahun bulan julai 2017.
Thanks for sharing awk! ^^,
Post a Comment