Sunday, September 1, 2013

Panda and Hedgehog

Annyeong-haseyo 안녕하세요

HAHA


Tetiba je nak korea kan. Ngade =.= Ala, saje nak nampak aktif sikit update belog. Hee. Seriously dulu aku tak minat cerita korea bagai ni. Sampaikan bile adik aku tengok drama korea pun, aku kata "cerita bodoh apa ni wehhh.." At the end, aku sendiri terjebak dengan kebanyakan 'cerita bodoh' tersebut. *Tutup muka dengan kain tuala* Bile orang tanya pasal cerita melayu, aku blur. Sebab jarang tengok cite melayu. Paling best Umi aku dah terpengaruh dengan anak-anak dia.

Ada 1 malam tu..
Umi : Apesal sekarang cite omputih dah tak best ha. Boring betul.. Tak tawu nak tengok cite ape malam ni.
Aku : Sebab Umi dah banyak sangat tengok cite Korea. Tu pasal lah kot.
Umi : Ha'a. Umi pun rasa macam tu. Hahaa.

Aku pun Hahaa jugaklah :D Gitu..


Aku baru habis tengok cerita Panda and Hedgehog. Cerita ni aired lama dah. Tahun lepas.



Pelakon utama :
Lee Dong Hae ~ Go Seung Ji
Yoon Seung Ah ~ Pan Da Yang
Choi Jin Hyuk ~ Choi Won Il
Yoo So Young ~ Kang Eun Bi


Panda and Hedgehog ni cerita komedi romantik. Menceritakan kisah cinta patissier genius, Go Seung Ji dengan Pan Da Yang. Diorang ni saling bantu membantu nak jadikan Cafe Panda lebih berjaya. Choi Won Il, bos besar kat satu company kek; Saint Honore, ade perasaan kat Pan Da Yang dari kecik lagi. Diorang kawan baik masa kecik-kecik dulu. So, pelbagai cara jugak dia buat nak curik hati Pan Da Yang. Selebihnya korang tengok sendiri lah ye. 

Nampak sangat aku tak reti nak buat sinopsis =.=

Bagi aku cerita ni best. Aku suka part kek, cupcake, macaron yang Go Seung Ji decor. Gila comel !!! Kalau aku dapat tu, sanggup tak makan. Simpan sampai berkulat. Mana tahu, nanti boleh jadi tauke kulat yang berjaya :p


Tak ke kau rasa macam nak letak dalam almari kaca je benda alah macam ni ?

Masa tengok cite ni, dah berangan dahhh nak bukak cafe, ade kek comel-comel macam ni. HAHA. Seronok ape, kan ? Mana tahu jadi kenyataan. Muehehehe. Adik aku kata Dong Hae berlakon macam kayu sikit. Tapi aku tengok ok je. Minho dalam cite To The Beautiful You lagiiii kayu. 

Lagi satu yang syok layan cite ni sebab part kissing kissing tak banyak. Rasanya sebab Dong Hae idol. Tak memasal je kang pompuan yang kiss dengan dia wujud Anti-Fans. Dahsyat gak peminat idol ni. Dibuat macam dewa je hallyu star ni. Tu pasal ramai tak kawen-kawen kot. Sadis.

Ok lah. Itu je. Nak kata entry ni review pasal cerita Panda and Hedgehog ni, macam tak banyak je kan ? Yang banyak aku punya angan-angan je. Hihi. Ape pun, 2 thumbs up aku bagi untuk cite ni :DD

"Don't hate K-pop tooooo much, or you will love tooooo much. Like me =O="

Wah. Pandai dah sekarang berfal-sampah. Gitewww.



2 comments:

Hafiz Hafizol said...

yeah. nak benci la k-pop . dr benci jadi suka. hahaha =p

Syera said...

hahahaa. jgn cari pnyakit wahai tuan hamba. merana nanti :p