Assalamualaikum..
Cukup setakat ini cerita raya. Nak cerita lain pulak. Hihii.
Lepas dah berkongsi 1 gambar, rasa teruja lagi nak berkongsi pelbagai gambar masa pergi Pangkor hari tu. Teruja macam mana pun, tapi update cerita ni tetap lambat khennn =.=
18 Mei lepas, aku pergi Pulau Pangkor. Walaupun rasa macam cerita ni dah basi, tapi nak jugak update kat sini. Haaa. Join Family Day opis ayah. Dulu masa kecik dah penah pegi. Tapi tak hingat apa tah memori yang aku boleh ingat kat sana. Lupa dah. Every year office ayah buat family day event. Seronok gilaaa. Kalau ajak pergi jalan, jangan kau miss. Jika tidak menyesal lah dikau.
Makanya 17 Mei bergeraklah kami dari UKM KL ke destinasi pukul 11 malam. Dalam pukul 7 lebih, sampai sudah kami di Jeti Lumut. Macam lama gila kan perjalanan kitorang. Sebab kitorang lepak lama kat Ghulam Rasul. Sape-sape yang dah penah jalan-jalan Perak, agak-agak nak hala ke Lumut tu, kompom mompom tawu Ghulam Rasul. Wajib singgah. Sebab makanan situ sedap dan harga yang patut-patut. Walaupun kedudukannya yang begitu strategik, tapi harga makanan dia tak mahal. Seriously. Aku cakap tak mahal....sebab bukan aku yang bayar. Hihi :p
Lebih kurang pukul 7 pagi, tiba kat Jeti Lumut. So, semua dah wangiiii. Pakai pink gitu 1 family beta. Mak suruh. Saje je mak nak family kite femes emes lah tu. Eh :DD
So, aktiviti pertama pada hari tersebut adalah snorkeling. Wowww. First time nak snorkeling nih. Excited tahap apa tah waktu ni.
Get ready dohhh. Bawak handbeg kau. Macam tak kena je kan.
Ini adalah map laluan bot yang akan bawak ke tempat-tempat pemandangan yang Subhanallah cantik :')
Dah start terjun merjun dalam laut ! Muka kakak mabuk laut tak leh blah dah. HAHA.
Pengalaman snorkeling ni memang best. Memula aku rasa macam takut jugak sebab kaki memang tak cecah tanah langsung. Tapi sebab pakai safety jacket ni, rasa selamat sikit. Nama pun safety kannn. Haruslah selamat.
Tapi aku nak pesan sikit, eceh dah macam nenek-nenek nak pesan kat cucu :p Heh. Pesan aku lah kan, kot lah satu hari nanti korang nak bersnorkeling, korang pakai safety jacket ni, make sure tali klip yang lalu celah kangkang tu di klip betol-betol. Kalau tak klip, makanya ter-lus lah badan korang dari jacket ni. Kang badan korang tenggelam, senang cite. Tengok-tengok yang tinggal jacket je. Tak memasal kan. Jadinye itulah functionnye tali yang lalu celah-celah kangkang tu. Kire macam die tampung badan kite lah.
Okey, back to the story. Bile snorkeling, boleh nampak ikan-ikan dalam laut ni dengan jelas and Masyaallah banyakkkkk sangat. Kalau pegang roti, lagilah dia kerumun kat kita. Cantik pulak tu ikan-ikan ni. Ciptaan Allah kan :) Aku bersnorkeling tak lama. Sebab tetiba rasa macam pening nak mati. Adik aku kata maybe sebab aku snorkeling dekat-dekat dengan bot. So, dia macam bergoyang-goyang. Nak muntah aku rasa tyme tu. Terus naik bot, aku baring. Tak pikir ape dah. Macam tu agaknye orang yang mabuk minum arak kot ye ? Pulak dah ke situ peginye =_="
Lepas snorkeling, staff lelaki and anak-anak lelaki sekalian turun laut jadi nelayan untuk jala ikan untuk di BBQ di sebelah malamnya.
Yang perempuan boleh duduk berehat tido-tido di chalet sambil menunggu si lelaki pulang bawa rezeki kononnya :D
Tapi kami adik beradik perempuan busy sambung mandi kat swimming pool. Kehkehkeh.
Start pukul 8.00 malam berBBQ lah kami. Sambil BBQ, kitorang adik beradik turun main tepi pantai lompat sana lompat sini jerit, gelak-gelak. Bile lapar, naik atas balik, makan. Heaven pulak rase. Hihi :DD
Esok paginye, pukul 10, bergerak balik ke tempat asal. Hohoo. Balik KL dah. The best memory ever ! Tak sabar tunggu the next family day tahun depan ^______^
Babai :))
No comments:
Post a Comment