Macam ada peningkatan sedikit dalam mengupdate blog kali ni ye dak ? Biasaaaa, gambar tengah banyak. Pastu banyak pulak aktiviti mentekedarah kat open house. Perut pun surely suke sampai boncet dibuatnye sebab weekend je dapat makan banyak-banyak. Tapi muke tetap maintain comey. Hee *muntah O_o
Hari Sabtu semalam kawan sekolah rendah kawen. Balik keje je, terus pecut amek kengkawan lain dulu, pastu terus ke wedding. Nak-nak pulak tengahari perut lapar kan. Makin laju beta drive ke tempat kejadian.
Nahhh. Sampai-sampai je terus makan. Yeayyyy!! Happy terus ^__________^
Ex SRIK, Gombak : Hani, Fatimah, Siti 'Aqilah (Pengantin), Syera, Nabila & Hanisah
Congrates Siti 'Aqilah. Semoga awak jadi isteri yang solehah dan dapat melahirkan zuriat yang soleh solehah. Nanti kite jadi aunty paling cute untuk anak awak ;)) *tetiba.
Kalau tengok dalam gambar, aku lah paling kemetot kan. Realitinya mereka pakai heels. Haaa. Kan aku dah kantoikan korang. Aku malas nak pakai wedges aku pasal terparking kereta jauh dari dewan. Malas nak jalan jauh pakai kasut tinggi. Tapi sedih terus tak dapat jadi tinggi =___=
Lepas pergi wedding 'Aqilah, bergerak pulak ke Cheras. Open house member STAM pulak.
Bertiga jee
Rindu dengan Azwa !! Tengokla baby tu, pandai pulak pandang kamera :D
Azwa ni kawan rapat aku masa amek STAM dulu. Kitorang punya geng 4 orang. Aku, Azwa, Syida and Huzaifah. Seronok bila ingat balik masa form 6 dulu. Lepas form 6, semua berpecah. Azwa and Huzaifah further study kat Mesir/Jordan. Aku and Syida pulak belajar, kerja kat Malaysia ni.
Pic masa 2010
Lama dah tak jumpe. 2013 ni baru dapat jumpe Azwa and Huzaifah balik. Paling best, jumpe dorang balik as husband wife. Hihi. Ade baby comey dah pon.
Cakkk. Raudhatus Sofiyyah Bt Muhammad Huzaifah. 4 months.
Sofiyyah suke sembang rupenye. Kalau kite layan die, lagilah galak sampai bahasa alien baby yang keluar. Aku pon tak paham amende dia cakap. Haha. Belasah jela cakap kat die "Oh, acik cantek ? Comey ye. Memang acik comeyy. Time kaseh Sofiyyah..." Gitu...
Tamat sudah rumah kedua. Rumah ketiga kat area Rawang. Tolak dari Cheras pukul 6.30 petang. Sampai kat rumah ketiga pukul 9 malam. Benci jalan Cheras taw. Bapak jem T_____T Sampai rumah ketiga takde mood dah nak bergambar sebab masing-masing muka dah busuk :DD
Keesokannya aku keluar dengan member kolej lama pulak. Pergi open house kat Sungai Besi dan Sungai Buloh. Aku yang kepenatan ekoran aktiviti semalamnya, hanya buat taik mata je sepanjang perjalanan. Hoho.
Rumah kedua.
Nampak tak girl kat belakang aku yang pakai tudung purple tu ? Itulah owner open house untuk rumah kedua ni. She is anak orang berada. Rumah 3 tingkat okey. But she is very the humble person. Sangat-sangat. Masa kat kolej dulu, tak ramai expect dia anak ehem ehem. Sangat baik orangnya. Oh bytheway makanan yang di hidang sangatlah nak buat aku menangissss. Sate ada, nasi impit, lontong, roti jala, bihun, mee arghhhh. Aku makan sate and mee je waktu tu sebab perut ngengade dah full tetiba. Bile teringat balik, rasa macam menyesal tak dapat rasa semua. Pelahap sungguh...=,=
Ape pun, jemputlah datang rumah aku kat Gombak ni haa. Mentang rumah aku kecik, tak ramai pon nak datang. Sedey medey makkk taw. Sebelum datang tu inform dulu. Kang aku bagi air masak je kang baru tawu ;p
Babai.
No comments:
Post a Comment