Last day. Gambar dibawah menunjukkan last day. Boleh cenggitu ?
Cukuplah bercuti 2 hari 1 malam di Melaka. Walaupun rasa macam tak puas tapi, cukuplah. Cukup. Cukup sudahhh. Hari terakhir ni, kitorang berjalan-jalan ke taming sari. Wajib. Dah sampai sana, wajib naik taming sari. Kalau tak naik, tak femes nanti. Eh.
Ok fine. Semua background yang sama cuma orang je yang berbeza.
Ready to fly
View dari atas taming sari. Lawa.
Kalau naik taming sari ni, memang boleh nampak tempat tempat kat Melaka ni. Die berpusing slowslow je mase nak naik tu. Aku memang tak boleh benda pusingpusing ni. Pening gila kepala macam nak muntah pun ada. Oh, sape yang gayat, memang hmmm. Tak tahu nak cakap apa. Ahha. Bayaran sekali naik, macam biasa. Aku tak ingat. Hoho. Hampunn. Lupa. Tapi takde mahal sangat. Tips nak tahu mahal atau tidak, kalau korang nampak aku pergi tempat berbayar macam ni, maknanya memang tak mahal lah tu. Hehe. Sebab aku tak suka pegi tempat yang mahal-mahal ni. Kedekut ke ? Tak kot. Jimat katenyee :p
Kalau pegi Melaka, ni tempat wajib pergi ok. Sape tak pergi, nanti balik kampung halaman, sila menangis. Layankan lagi gambar seterusnya.
Malu besar nak tunjuk gambar ni sebab macam ibu preggy je. Nyampah. Frust sangat dengan dress up waktu ni.
The Jamalullail + Jamariah's daughters
Next, pegi masuk muzium. Muzium ape tah, tak ingat. Sebab macam banyak sangat muzium kat situ. Tak tahu lah ape name. PDRM ke TLDM punya muzium. Eh yeke. Memandai je aku.
Gambar muzium tak banyak. Malas nak edit. Haha. Then, aktiviti melepak dan bergambar di kawasan persekitaran luar muzium pulaaa.
Mase mula-mula sampai kat tempat beroda ni, memang takde orang. Kitorang je. Tak lame lepas tu, tetiba ramai orang. Geram pun ade. Tyme nak bergambar lah, nak nyibok. Eh marah sangat pulak. Lepas tu jalan lagi nak pegi A Famosa. A Famosa ni pun tempat wajib singgah. Sementara nak sampai A Famosa, ape kate kite bergambar lagi ? Mehmehmeh.
The next gambar ni memang tak boleh blah sangat. Semua sekali nak bergambar dalam tempat kecik camtu. Bergilir-gilir dah macam kena ambik nombor giliran. Sampai berebut dibuatnya.
Yang penting, semua gambar ada muka adik bongsu, Nini !
A Famosa !!
Dah puas berjalan, tyme to go homeeee.
Oh dah bertukar tudung. Malah pakai selipar lagi. Sweet :p
Lepas solat dan makan, dalam pukul 5 lebih kitorang pulang ke rumah. What a nice memories. Love Melaka !
Rahsia disebalik aku pakai cardigan walaupun panas macam hape tah tyme tu. Baju terlajak besar, cover dengan cardigan. Hm.
Oh, bagi yang tak pernah datang Melaka, datanglah. Kompom tak menyesal ;)
No comments:
Post a Comment