Friday, March 9, 2012

Melaka (Part 1) : Welcoming us Melakaan ! Zoo Melaka - Kg Morten - Casa Lago Apartment

Assalamualaikum


Sebelum tu, mohon kawankawan sedekahkan dulu Al-Fatihah untuk arwah nenek aku. Rindu sangat dekat embah :')


Kemain lagi title. Kalau orang Sabah, cakap Sabahan, maka kalau Melaka, Melakaan lah mungkin. Tak begitu ? Bertarikhkan 26 Disember tahun lepas, family aku pergi bercuti. Dah lama tak bercuti. Seronok bile dapat spend tyme dengan family, kumpul adik-beradik. Dahlah ramai. Lepas tu kecoh pulak tu. Bile dah buat kecoh, potpetpotpet bagai macam satu negeri boleh dengar kekecohan tersebut. Ha. Menipu sangat kan.

Hari pertama, bertolak lah kami kepagian dari Kuala Lumpur. Dua kereta. Avanza dan Sang Kancil. Almaklum, terlebih muatan gamaknya ;) Perjalanan mengambil masa... err tak hingat aku. Mungkin sekitar 2 jam. Keje aku kalau masuk kereta ni, tidoqqqq je aku tawu. Bukan ape, aku tak suke nak rasa perasaan macam hoi lambatnye nak sampai jauh lagi ke hape. Haa. Tak suke. Maka lebih baik aku tido.

Ontheway ke Melaka, perkara wajib bagi ayah, singgah dulu pegi jamban untuk buang hajat. Memang wajib buang hajat tu. Bahkan kalau balik ke kampung sekalipun, singgah jugak pegi jamban. Pegi kenduri yang perjalanan mengambil masa cuma 45 minit ? Singgah jugak cari jamban. Pegi kenduri yang 30 minit ? 15 minit ? Singgah jelah. Dah kate wajib tu, wajib jugak ke mana-mana pun. Banyak pulak soalan dia =_= Memandangkan belum lagi bersarapan, makanya kami pun bersarapan lah dulu sambilsambil mereka pergi toilet tu.



Tudiaaa. Meriah tak ? Ade macam kenduri tak ? Ekekeke. Seronok sebenarnye adikberadik ramai ni. Kalau mase kecik dolu-dolu kuat gaduh sampai mak pun pening kepala nak layan, bile dah besar ni kalau gadoh, memang kena pulau lah. Ahha. Dah besar tua gabak kao nak gadohgadoh lagi kenapa ? Hidup ni pendek. Jangan buang masa dengan benda mengarut macam tu. Kan dah terkeluar ayat power :p

Lepas dah full perut memasing, kami meneruskan lagi perjalanan. Disebabkan kitorang bertolak kepagian, kalau sampai hotel pun, bukan boleh check in lagi, ye tak ? Maka kitorang singgah lah ke Zoo Melaka sementara nak tunggu pukul 2 petang. Memang excited sangat rasa tyme tu sebab dah lama gilaaaaaaaaaaa tak tengok haiwan binatang semuasemua tu. Last rasanya mase sekolah rendah dulu. *Tetiba rasa kesian kat diri sendiri* Macam dah lama tak tengok gajah. Agaknye macam mana rupa gajah zaman sekarang. Eh.

Takde gambar gajah. Nampaknya sampai la ni lah tak tahu macam mana rupa gajah zaman sekarang

Okey, cukup tak 9 orang ? Ahha.

Extravaganza. Hoho.

Dah seronot berjalan berpusing berbising bising kat zoo, bergerak pulak ke tempat yang selalu menjadi salah satu tarikan di Melaka.

Kampung Morten !!

Subhanallah. Cantik sangat rumah kat sini. Macam nak menangis je tengok cantik sangatttttttttttttttttt @_@ Kenapa dekat KL takde rumah macam ni ? Kenapa ? Kenapa ?? Lawa hape kannn. Gambar atas, si ayah sedang bagi explaination kepada anaknya berkaitan dengan rumah tersebut. Dah macam ketua kampung yang tengah entertain visitor je :DD

Eh. Tetiba muncul.
Rase macam nak terjun mandi mandi dalam tu ha

Bile dah tengahari panas terik bersama dengan angin sepoisepoi language, muka pun bila bergambar dah busuk macam hape tah.

Seronok bergambar dah, solat dan makan tengahari semua, kitorang meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kitorang bermalam kat Casa Lago Apartment. Booking apartment yang 2 bilik. Satu malam, tak hingat dah berapa harganya. RM 150 agaknya. Eh tak ingat. Tengok gambar apartment yang aku amek dari gugel ni.

The hall
The kitchen
View dari beranda rumah

Okey, ada satu cerita pasal apartment ni. Sangat hmmphhh. Nanti aku sambung dekat entry seterusnya ;)



No comments: