Tanggal 12 Januari 2012, merupakan hari paling bersejarah dalam keluarga besar Hj Shamsudin dan Hjh Kasminah, dimana kami kehilangan seorang insan yang paling disayangi keluarga iaitu Hjh Kasminah.
Arwah merupakan seorang ibu dan nenek yang sangat penyayang.
Selepas 19 tahun hidup bersendirian tanpa suami disisi, kini beliau pula pergi meninggalkan kami mengikut jejak suaminya, allahyarham Hj Shamsudin.
Perginya beliau meninggalkan kesan terbesar bagi kami sekeluarga.
"entah embah dapat raya lagi ke idak dengan kamu tahun depan.." lebih kurang itulah ayat yang beliau ungkapkan pada hari raya aidilfitri yang lepas.
Malah kadang-kadang setiap kali pulang ke kampung, ayat itu juga yang akan beliau ulang.
Kite yang hidup, kadang-kadang rase itu hanya ayat biasa je.
Dan ternyata raya tahun ini memang kami akan beraya tanpa embah kesayangan disisi :'(
Embah seorang nenek yang sangat baik.
Tidak kira tua atau muda, embah suka mintak maaf.
"maaf ye Yan. embah suruh kamu buat itu ini. embah ni sakit lutut." katanya kepada kakak ku.
"maaf ye Ra. kamu kene menyapu." ujarnya kepadaku.
Apelah sangat kerja-kerja ringan tu, embah.
Dapat tolong embah pun, dah buat hati kami cukup suka.
Kami tak kisah.
Embah juga suka bergaya.
Walaupun dah berumur, jiwanya seolah-olah masih muda.
Suka cantikkan diri.
Sebab itulah arwah banyak koleksi kasut, baju kurung, jubah, beg.
Semuanya cantik-cantik dan bersih.
Embah juga seorang yang kreatif.
Ade satu beg yang ummi aku dapat, dalam beg tu, ade satu poket kecik yang arwah jahit sendiri.
Haih, pandai pulak arwah buat poket kan.
Aku sendiri tak penah terpikir nak buat poket lebih dalam handbag.
Kadang-kadang embah jahit manik-manik kat baju kurung dia.
Biaselah, nak nampak cantik :')
Comel je embah ni taw.
memori indah kita bersama terus bersemadi..
Ye, sangat-sangat kenangan.
Andai aku di beri pilihan, aku mahu embah hidup balik.
Rindu gelak tawa embah, senyuman embah, suara embah. rindu semua tu !
Tarikh 12 Januari 2012 memang memberi kesan dalam hidup aku.
Tepat 8:44 malam, aku dapat panggilan dari makcik aku, Acik Ila.
Selepas panggilan disambut..
"Angah, Angah dah tawu dah pasal embah ?" nada suara Acik Ila cemas.
"pasal embah ? takde. nape ?" aku pun mula cuak.
Dalam pikiran aku, embah masuk hospital ke.
"Ummi mane Ummi ? bagi Ummi cakap."
"kejap kejap.." aku terus masuk bilik ummi.
Ummi tengah tido.
Rase serba salah nak gerak.
Tapi sebab hal embah, aku gerak ummi.
Aku terus pass handset kat ummi, "Acik Ila nak cakap. pasal embah"
Selepas handset di pass, aku tak tahu ape yang Acik Ila inform, tapi aku dah tengok muke ummi merah.
Mate ummi dah mule bergenang.
Dan akhirnya ummi ucap "Innalillahi wainna Ilaihiraji'un.."
Dalam hati aku, "embah meninggal ke..tapi kan embah sihat je.."
Terus aku keluar bilik, dapatkan kakak aku, bagitau hal tersebut.
Walaupun tyme tu, aku rase tak pasti ape berita sebenar.
Then, bila masuk bilik je, ummi dah terbaring, menangis kuat, sambil sebut "emak..emak.."
Dan sah, memang embah dah kembali ke rahmatullah.
Aku tyme tu memang tak tawu nak buat ape.
Berdiri, tengok je.
Kakak aku, adik laki aku, adik pompuan aku, pujuk ummi.
Aku terus panggil adik bongsu aku, Nini untuk tenangkan ummi.
Lepas tu, kami adik beradik yang tinggal kat rumah mula call adik-adik yang ade kat asrama.
Masing-masing terkejut.
Then, call kampung sebelah Buya.
Entah kenape aku tak boleh nangis malam tu.
Aku terus solat isya' dan terus bace yassin untuk arwah.
Aku rase macam mimpi.
Baru je dua minggu lepas balik kampung, jumpe arwah.
Arwah pun ceria macam biasa.
Selepas packing baju semua, dalam pukul 10 lebih ke 11, kami bertolak ke kampung.
Dalam perjalanan, ambil sekali adik aku, Wawa yang belajar kat SAM Sg. Selisik.
Dalam 1:30 pagi, kami selamat sampai kat kampung.
Saudara-mara dah berkumpul kat sana.
Kami membaca bacaan Yassin dan tahlil beramai-ramai sementara menunggu ketibaan jenazah dari Kedah.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di Kedah.
Punyelah jauh.
Rumah kat Langkap, Perak.
Meninggalnya kat Kedah.
Pada asalnya arwah tak ikut makcik aku, Ibu Cop ke Kedah, untuk tengok anaknya (sepupu aku).
Tapi tak tawu macam mane, arwah ikut pulak.
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami..
Menurut cerita Ibu Cop, sebelum arwah meninggal, segala urusan, makan, solat, turun dari kereta, semuanya arwah siap dahulu.
Seolah-olah nanti tak sempat nak buat.
Masa makan pun, arwah order minuman berais.
Biasanya arwah akan minum air suam.
Katenye, nak merasa..
Cerita Ibu Cop lagi, setelah selesai makan, solat, di R&R, mereka meneruskan perjalanan.
Tak sampai beberapa minit masuk highway, arwah batuk batuk.
Mula mula macam batuk biasa, tapi lama lama makin menjadi jadi.
Mase arwah batuk batuk tu, sempat lagi arwah cakap kat pakcik aku, Wak Enal, "mintak maaf ye Nal. mak ni menyusahkan kamu je.."
Melihat keadaan tersebut, Ibu Cop yang duduk di sebelah tempat pemandu, terus bertukar tempat dengan anaknya di belakang.
Ibu Cop urut urut belakang badan arwah.
"rehat ye mak. tido ye mak. tido.." kata Ibu Cop sambil memangku kepala arwah di pergelangan tangannya.
Sambil di bacakan selawat di telinga arwah.
Tak lama lepas tu, arwah sebut "Allahhh...." dan badan arwah menggelongsor ke bawah.
Senyap.
Ibu Cop terus memeriksa nadi.
Tak berdenyut !
"Bang, mak dah takde ni bang.." kata Ibu Cop kepada Wak Enal.
Semuanya berlaku dengan pantas.
Seolah-olah tidak percaya.
Senang je embah 'pergi'.
Malam Jumaat pulak tu.
Dah siap jama' qasar solat.
Masih dalam keadaan berwudu'.
Alhamdulillah :')
Selepas tu, arwah di bawa ke hospital Kangar.
Selepas selesai semua urusan, tepat 5:30 pagi, van jenazah sampai di perkarangan rumah, Langkap.
Jenazah dibawa turun dan diletakkan di atas tilam di ruang tamu.
Saat itu, Ummi yang baru lepas mandi, berdiri di depan bilik arwah yang tidak jauh dari situ menangis teresak-esak.
Ummi pegang grill bilik arwah sambil ucap "Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji'un..." banyak kali.
"mak *turu ye mak..mak turu..mak turu.." *tido (bahasa jawa) kata Ummi sambil air matanya tak henti-henti keluar.
Sedihnya hati kami adik-beradik melihat keadaan begitu.
Tak tergambar rasanya kesedihan yang Ummi rasa, kehilangan ibu tersayang.
Kemudian, anak-anak, cucu-cucu embah duduk keliling.
Cium embah.
Itulah pertama kali aku mencium jasad yang tidak bernyawa.
Sejuk.
Muke embah pun, seolah-olah sedang tido.
Tenang je.
raya terakhir bersama embah :'(
Kami ramai-ramai bacakan Yassin untuk arwah embah.
Kemudian, solat subuh berjemaah di sebelah jasad embah.
Pukul 7 pagi, orang dah mula datang ke rumah.
Dan makin penuh.
Segala persiapan dah disediakan.
9:30 pagi, arwah dimandikan.
Anak-anak perempuan arwah turut serta.
Menurut cerita Ummi, badan arwah bersih sangat.
Takde lebam-lebam.
Bila cuci telinga, kaki, takde kotor.
Bersih je.
Di saat arwah embah dikafankan, kesemua cucu-cucu embah berdiri di sekelilingnya.
Inilah merupakan saat-saat terakhir untuk kami menatap wajah embah kesayangan kami.
Cucu embah kesemuanya 40 orang lebih, dapat mencium embah buat kali terakhirnya kecuali Ateh, Ude dan Abg Kecik (disebabkan exam dan tak sempat balik).
Wangi embah.
Lepas mandi, cantik je muke embah :')
Arwah embah dikebumikan bersebelahan arwah suaminya, Hj Shamsudin (arwah atuk).
Dapatlah embah tido same-same semula dengan embah lanang lepas terpisah lebih kurang 19 tahun.
Segala-galanya selesai lebih kurang pukul 11:15 pagi.
Alhamdulillah.
Semuanya berjalan lancar.
Cuaca hari Jumaat waktu tu pun, redup je.
Arwah embah ni, pandai merancang sebelum 'pergi'.
Embah dah siap ikat baju-baju, jubah, tudung-tudung die yang nak disedekahkan dekat orang.
Tersusun elok dalam almari.
Kasut-kasut embah yang banyak tu, sebelum ni, embah simpan dalam kotak je.
Sebelum embah 'pergi', embah dah keluarkan beberapa kasutnya, susun semuanya kat bawah akuarium.
Menurut Ibu Cop, mase embah pergi ke Kedah, embah hanya bawak sehelai baju dan seluar sahaja.
Seolah-olah mereka akan bermalam sehari sahaja.
Sedangkan pada asalnya mereka akan menetap dalam 2-3 hari di sana.
Embah pun dah sediakan duit untuk orang mandikan jenazah die, and tinggalkan kat Ibu Cop.
Ummi cerita, ade jugak die pesan kat Ibu Cop, suruh keluarkan semua duit die kat bank.
Katenye nanti kalau die dah takde, Ibu Cop susah pulak nak keluarkan.
Teringat lagi kali terakhir aku jumpe embah.
Aku dengan adik aku, Wawa, asingkan rambutan yang ade kat bakul, masukkan dalam plastik.
Embah datang, embah terus tuang rambutan kat lantai.
Tolong cabut-cabutkan tangkai-tangkai.
Pastu embah gurau "meh beli, beli..rambutan, rambutan.." lagak macam orang jual rambutan :')
Aku, Wawa dan ummi yang ade kat situ tergelak tengok.
Tapi tak sangka kann, rupenye itulah kali terakhir kami dengannya.
Mase balik kampung hari tu, terpandang bakul rambutan yang penuh dengan tangkai tu.
Layu dah tangkai rambutan tu.
Embah tak sempat buang.
Teringat sangat dekat embah.
Kehilangan embah memang terasa :'(
Segala kenangan dengan embah, senyuman manis embah, gelak tawa embah, gurauan embah, sentiasa di dalam hati kami.
Kini genap 5 hari embah tiada.
Semoga roh embah tenang dan aman di sana.
Kami yakin, syurga lah tempat embah di sana.
Amin.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hjh Kasminah Binti Baok.
1 November 1939-12 Januari 2012
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kami pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Embah, akan kami teruskan perjuangan ini
Walau kami tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kami pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Embah, akan kami teruskan perjuangan ini
Walau kami tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
PidanEs : andai ada salah fakta, sila bagitahu. akan di edit semula.
No comments:
Post a Comment