Sambungan pada entry sebelum ni, aku dah janji nak cerita pasal Casa Lago Apartment ni. Ready ? Go !! Bahaha.
Alkisahnya, macam biasa lah kan. Sebelum pegi bercuti manamana mesti searching untuk cari tempat penginapan kan. Macam tu jugak kitorang. Tapi sebab last minit cari, maka Casa Lago Apartment je yang available. Maka, terus booking.
Okey, nampak macam seronok kalau tengok dekat website. Dekat dengan pantai, swimming pool bagai. Rupanya indah khabar dari rupa jugak. Kalau nak pegi pantai tu, aku tak tahu nak redah ikut tang mana. Macam tak jumpa je pintu pagar nak ke pantai. Sama ada kao panjat pagar yang ada kat situ, ataupun kalau kao kurus macam bayi baru lahir, kao selit lah celahcelah pagar untuk ke pantai tu. Swimming pool pulak, rupanya kalau nak mandi kat swimming pool, pegi kat hotel sebelah. Ohh, boleh pulak main tumpangtumpang cenggitu. Macam nak tumpang mandi dekat rumah jiran pulak dah gayanya. Sumpah kitorang adikberadik macam frust gila sampai sini. Bagi 3 bintang je untuk penginapan macam ni :|
Lagi satu, nak maklumkan. PAK GUARD diorang memang langsung tak mesra alam LANGSUNG ya aku cakap. Sangat bongkak, sombong, angkuh macam dia lah tuan kepada apartment bertingkat-tingkat ni. Eh..kalau betul dia tuannya, macam mana ? Ahhh. Aku tak peduli. Langsung. Sape suruh kao belagak sangat dan tak sopan. Sebab kecewa tahap 5, aku buang 1.5 bintang untuk penginapan ni. Makanya jadi 1.5 bintang dari 5 bintang. Hmm. Kecewa sangat taw.
Oh tapi disebabkan keadaan dalam rumah selesa, aku tambah lah 0.5 bintang. Keputusan terakhir, 2 bintang je dari 5 bintang. Tahniah :3 Harap sangat mereka perbaiki apa yang patut lepas ni.
Next jalanjalan, petangnye ayah bawak pegi Masjid Terapung Melaka. Masyaallah. Cantik taw.
Lawa senibina bangunan masjid ni :)
Excited tahap 1
Excited tahap 1.5
Excited tahap 2
Excited tahap 2.5
Okey, semua pun renek-renek walaupun sebenarnya ada yang tak renek
Syurga
Seterusnya, layankan sahaja gambar orang yang begitu teruja bergambar.
Puas dah bergambar. Banyak sangat sebenarnye gambar. Tapi kang kalau masukkan semua, muntah hijau pulak. Habis berkerak laptop kao nanti. Yewww~ Tetiba muncul ahli-ahli yang tak dikenali ek dalam gambar tu. Itu sepupu aku. Datang lambat sikit nak join sekali ;))
Mase tengahtengah syok bergambar, ternampaklah satu bot ni. Tak tahu aku nak cakap kapal ke, feri ke, bot ? Mula nampak bot tu elok je kat laut. Pastu tengok, dia macam terus je nak naik darat. Terpikir dah. Biar betul ni. Banyak gila persoalan dah tyme tu. Sejak bila ada bot dua alam ni. Tengoktengok memang die naik darat punnn. Ade tayar lagi. Dah rasa macam ketinggalan dah tak tahu benda tu wujud. Huhu. Kalau tak silap aku, harganya mahal jugak. RM 30 sumthing kalau tak silap. Tak ingat lah berapa. Banyak sangat makan semut aku ni. Lupe dah.
Bot dua alam
Last but not least...
Nantikan entry seterusnya. Last day !
No comments:
Post a Comment