Thursday, October 15, 2015

150321 : Pengalaman Accident di Highway MEX KM10.6, jam 20:15

Kalau tidur, aku jarang mimpi. Tapi lately ni dapat mimpi eksiden. Dah dua kali dah. Mimpi first, eksiden terlanggar budak sekolah. Member aku, Mahirah yang drive. Mimpi kedua, eksiden dahsyat sikit. Langgar bangunan. Teruk gila kereta. Member aku gak drive, Hani. Tak ingat dah kesudahan lepas eksiden tu.

(Update: Latest, lagi sekali mimpi eksiden. Kat jalan simpang 4. Eksiden antara kereta dan kereta. Salah satu kereta terbakar. Pemandu kereta sempat keluar tapi dalam keadaan seluruh badannya masih marak dengan api. Aku nampak macam mana dia keluar dengan bayangan tengkoraknya dan jatuh kat atas jalan tu. Ya Allah. Takutnya!)

Aku pun kadang-kadang pelik kenapa aku mimpi macam tu. Atau benda ni effect dari eksiden aku dulu ke, aku pun tak sure.

Realitinya, mine, was happened awal tahun hari tu. The worst accident yang pernah aku alami. My friends, my relatives and family also thankful cause i'm still alive. Aku tak pernah upload kat facebook aku gambar-gambar kejadian. Eksklusif lah kononnye letak kat blog saje puihh haha.

210315, 8.15 malam akan jadi tragedi hitam dalam sejarah hidup aku.

*******************

Aku dalam perjalanan ke tempat kerja kat Putrajaya. Masa kejadian, hujan renyai-renyai. Selalunya aku pasang lagu rancak-rancak dalam kereta, gerak-gerak badan sikit ikut rentak lagu ewah ewah. Tapi malam kejadian, adik tinggalkan pendrive dia. Lagu-lagu nasyid semuanya. Aku layan jela. Behave la sikit waktu tu hihi. Pastu nampak bas kat depan. Dok tekan minyak, vroomm vroom nak potong bas. Start kat Highway MEX KM10.6 hah, jeng jeng jeng tetiba kereta hilang kawalan. Selekoh plak tu.

Sretttttttt!!

Ya Allah. Terkejut aku kereta tetiba laju ke sebelah kiri. Bump! Langgar divider kiri jalan. Aku tekan brek, then kereta berpusing 180 darjah. Bump! Langgar divider kanan jalan pulak. Dan bermulalah detik-detik cemas sebab kereta dah bergolek dan terseret kat tengah jalan. Bergegar kejap otak aku lepas tu.

Paling tak leh blah sangat masa lost control tu, aku pikir perlu ke aku menjerit? Macam dalam drama tu kan jerit sekuat hati. Haha. No i'm not. Aku terkelu dan pelik eh pehal kereta ni. Pastu terdetik ya Allah dah sampai ke ajal aku. Mimpi please. Mimpi. Tu je.

Takutnya Allah je tahu waktu tu. Dahlah sensorang. Terseret sensorang. Terhentak sensorang dalam kereta. Nak-nak pulak atas flyover pulak tu hoi mujur kereta tak terjatuh ke bawah. Nauzubillah. Benda jadi sekelip mata. Tak. Takyah kelip mata lah. Secepat kilat jadinya. Tak sempat kelip.


Tadaa, kedudukan kereta macam kat gambar. Tu gambar fresh lepas keluar dari kereta.

Aku cepat-cepat cari handset nak call parents nanti. Pastu tunggu sat dalam kereta tu. Tunggu, MANE NI TAKDE ORANG NAK SELAMATKAN AKU KEEE. Sedih tetiba.

Dahla panik. Cari pintu kereta tak jumpa dah. Jenuhla menendang cermin depan sebab nak selamatkan diri. Takut kereta meletop. Sebab enjin kereta still hidup. Lagu-lagu nasyid tadi pun still kedengaran. Badan gigil dah. Tak lama tu orang ramai datang. Ketuk pintu kereta. Lah, pintu kat atas kepala. Takleh pikir dah tyme tu.

Dorang keluarkan aku, duduk lah kat tepi jalan. Masing-masing tanya, aku okey ke. Kalau tak okey nak call ambulans. Aku cakap rasanya okey. Sorang brader ni mintak aku berdiri, gerak-gerakkan tangan. Alhamdulillah takde masalah. Tudung, baju, mekap still cun lagi lepas kejadian. Eh.

Dia tanya, "Ada bawak sesape ke kat belakang? Ade penumpang?" "Takde." "Betul?" "Haah. Saya sorang je." Aku pulak terfikir banyak kali, ade orang ikut ke pergi kerja? Tapi lepas tu aku faham, dia tanya tu nak confirmkan. Sebab kite kan macam tingtong je lepas accident. Kot-kot terlupa sebenarnye ade bawak sesapa.

Mujurlah bas yang aku potong tadi tu tak laju. Chill je kat lane kiri. Pakcik bas tulah saksi kejadian kalau jadi apa-apa kat aku tyme tu. Masa duduk kat tepi jalan mengenang nasib, pakcik bas borak sikit, tanya itu ini, sambil senyum-senyum. Kenapa pakcik senyum-senyum? Mentang-mentang muke kite tak berdarah. Tolonglah buat muka kesian sikit. Tsktsk.

Maka bermulalah jem kat Highway MEX tu. Makan 2 lane. Memang jemlah kan. Jem sebab eksiden dah tentu. Jem sebab orang tangkap gambar satu.


Dari tepi jalan tu dalam hati ni kesiannya kereta ayah aku ni. Tayar kiri belakang dah terbang. Yang depan pecah. Lampu, cermin sebelah kiri agak teruk berbanding kanan. Maybe sebab hentakan kuat masa kejadian. Barang-barang dalam tu pun dah berselerak atas jalan. Kesiannn. Feeling sorry kat ayah :'(

Terus call ayah, kakak, bos. Ceritalah semua sekali plus kite nak dorang doakan kite. Even luaran nampak ok, no serious injured, tapi dalaman, who knows kan? I'm still worry about myself. Taknak ade ape-ape effect in future kan.

Sementara tunggu ayah sampai, brader tadi suruh aku rest kat kereta dia. Sambil tu aku call member, Anis. Siap gelak-gelak lagi borak. Pastu tah brader mana pulak datang tengok, "Eh, elok je hah drivernye. Boleh gelak lagi. Kereta teruk dah tu." Hish. Sibuk jelah. 

Sejam lepas tu, ayah, adik and abang ipar datang. Ayah datang kat aku dengan muka serius. Cuak dah ni. Rasa nak buat-buat pengsan je. Soalan first ayah tanya, "Angah bawak laju ke?" HAHA dah agak! Aku jawab dengan gagap, "Err tak. Mane ade." Muka pucat.



Kena siasat dengan polis aka ayah :'D Nampak macam serius benor muke mengolah kejadian yang dilalui eceh. Padahal dalam hati matilah ayah marah aku. Matilah. Mati. Punya takut. Padahal ayah relax je takde mende.

Aku mengakulah. Aku suke drive lelaju dulu. 120km/j bagi aku tu tak berapa laju. Ke memang tak laju pun sebenarnye 120 tu? Haha. Fast lane faveret aku. Even mak akan pegang pemegang kat atas kepala dia tu tiap kali aku jadi driver haha comel mak. Parents tegur banyak kali dah sebenarnye. Kena marah dengan ayah tu biasa dah. Tapi masa kejadian, dengan hujan, aku consider lah drive kat lane tengah dan tak berapa laju pun. Rasenye tak laju pun..tak.

Pastu ayah pergi settle towing kereta dengan brader yang tolong aku tu. Lepas settle semua, buat report polis. And yeah kena saman RM300 ya anak-anak sekalian hahaha. Sabo jelah.

Lepas settle semua, dalam pukul 1.00 pagi kitorang sampai rumah. Balik-balik terus buat solat sunat, sujud syukur Allah masih bagi peluang kat aku, masih panjangkan umur aku. Kalau tak, ya Allah tak tahulah dapat jumpa family dan kawan-kawan aku lagi ke tak. Sobs.


3 hari lepastu, aku ke PUSRAWI untuk x-ray. Tu pun sebab sakit bebenor tengkuk. Kalau idak, tak pergi kot. Syukur aku cuma terkehel tengkuk sikit je dan lebam di tempat-tempat tertentu akibat hentakan. Walaupun tengkuk tu terkehel sikit, sikitttt sangat sebenarnye tulang tu tersasar, tapi sakitnya ya tuhannn.. 2 minggu jugaklah aku tidur dengan pillow neck. Nak sandar, nak makan, letak pillow neck kat tengkuk. Baru selesa. Doc tak provide yang benda keras letak kat tengkuk tu pabenda tah nama dia. Sebab tak serius sangat kot injured aku ni. Tak mereng pon leher aku ni masih boleh jalani kehidupan seperti insan lain ecewah.

Kesan dari peristiwa ni, aku mengalami trauma driving tak berapa teruk selama beberapa minggu. Bila drive je, aku rasa seram sejuk. Disebabkan ini, terpaksa mintak tolong member, MA drive kan ke Putrajaya setiap kali kerja sampailah aku pulih sepenuhnya. Padahal bila dah sihat pun mengade jugak mintak tolong MA HAHAHA. Even bila dia drive 80-100km/j pun aku suruh slow. Punyelah takut.

Sekarang dah fully recover lah. Boleh driving dengan jayanya. Cuma i lebih sopan, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Debaran tyme drive tu still ada. Tapi dah jarang drive kat fast lane haha. Korang yang bawak kereta laju-laju tu jangan rasa diri hebat sangat. Jangan nak bangga sangat lah. Beringat sikit. Alhamdulillah aku insan yang terpilih dipanjangkan umur. 

Korang ambillah cerita ni sebagai pengajaran. Ingatlah orang yang tersayang. Yang penting parents nasihat tu, dengar. Jangan degil. Eh :p


************

Terima kasih kepada family, saudara mara  dan kawan-kawan yang calling aku, ambil berat pasal aku (MA, Anis, Satek, Wana, Dayah, Cinot, Syida Tain, Syida Fuzi, Huda Joe, Bella, Hani, Azwa dan lain-lain), kawan yang sampai tersasul lidah dibuatnya nak tawu berita pasal aku (Huda Joe), bawak aku pegi klinik (Bella), pujuk aku tyme aku down sebab doc taknak buat x-ray (sengal punya doc) dan turut serta menyumpah doc tersebut (Huda Joe lagi), tak lupa jugak kawan aku yang bergurau tipu sunat (Azwa) dengan kawan lain (Hani) katanya aku teruk sampai masuk ward bagai HAHAHA bengong. Walaupun ini tragedi hitam tapi ia dipenuhi dengan warna-warna indah sebab masih ada yang sayang rupenye. Terharu iolls hihi :'D Sekian ucapan saya yang macam menang award gayanya.

************
Masa tengah berehat kat tepi jalan, sorang brader lain datang. 

Brader : Awak tak pakai seat belt eh? 
Syera : Tak. *Geleng*
Brader : Haa tulah saya tengok kat stereng, tak keluar air bag. Dahsyat awak ni. Kereta terbalik camtu dah. Ni memang takde pape ke?
Syera : Takde insyaallah.
Brader : Takde pape pun, nanti pergi hospital jugak. Takut dalaman. Macam kawan saya, baru ni accident. Luar takde pape. Tapi besoknya dia meninggal taw! ME.NING.GAL!

Cuak teruk.




Lepas kejadian, ramai yang tertanya-tanya macam mana aku boleh takde luka apa-apa lepas accident, sedangkan aku tak pakai seat belt dan kereta aku terbalik. Sebabnya, aku pegang stereng sekuat hati masa detik-detik cemas tersebut. Ya, aku tak lepaskan stereng tu, sama feeling kuatnya macam pegang handle naik roller-coaster. Pejam mata rapat-rapat lagi. Lepas habis terseret tu aku masih di tempat yang sama. Tapi sebab utamanya dah tentulah Allah dan malaikatnya lindungi aku waktu tu :))


4 comments:

Unknown said...

Hai assalamualaiku..sy aini..sy pun baru2 ni ade excident mcm awk ni..
Kereta terbalik..
Mase kene mmg xde ape-ape..
Tp selepas tu..badan sakit2
Sy ade bende nak tanye awk la
Terutama pasal kereta..
Boleh x awk email sy? ainialias711@gmail.com

Tq ye

Syera said...

@Nur Aini

Waalaikumsalam :)

Ya sama mcm saya. Lpas tu bdn lebam. Mybe sbb hentakan yg kuat. So far smpai skrg, sye takde pape. Okay will contact u :)

Anonymous said...

Sy pun bru eksiden. Rsa badan ni lemah sangat. Apa motivasi awak leaps dah eksiden? Awak bole share advice awak kat email sy faizahrahmad.fr@gmail.com tq

Syera said...

@Anon

Teruk ke awk eksiden? Kalau ikutkan takde motivasi pape hihi :D Saya cuma jalankan life mcm biasa je. Trauma tu pn sye try lawan. Mula2 je tak boleh nk drive. Lpas baru2 eksiden, adela sekali sekala latih balik bwk kete. Lama2 okay dh.

Cuma smpai skrg xbrani dh nk bwk lelaju mcm dulu. 100 tu pling limit dh. Then kalau org lain yg drive, dia bwk 80, jntung saya dh berdebar dh. Sye rse laju sgt tu hihi :-D