Wednesday, February 15, 2017

Pengalaman Treatment Muka di Klinik Pesona Aesthetic (Noted : Pada Tahun 2015)


Assalamualaikum sedara sedari cikebom cikebom

Blog dah lama tak update tapi I is rajin membalas komen chuolls yaa especially kat entry penjagaan muka ni. Kalau baca komen, ramai rupanya yang mengalami apa yang aku pernah rasa. Breakout, down, muka sakit, malu nak keluar rumah blablabla. Tak cukup kat situ, ada yang emel, inbox fb, ig, ada yang call. Ye ini paling terkejut. Aku pun tak tahu mana deme dapat nombor aku haha. Tapi yeah, I tolong jugak mengikut kemampuan I heww. Sebab kite ni paham macam mana situasinya.

Walaupun entry tu dah 2 tahun (2015) tapi orang keep comment and I was really touched sebab terasa macam -- dapatlah tolong orang sikit-sikit dari segi berkongsi tips dan pengalaman heh. Even aku tak tahu pun korang dapat kesan positif atau tidak. Tapi I is okay kalau korang nak luah perasaan kat situ.

So berbalik pada niat asal hewhew, entry ni khas nak cerita pasal pengalaman aku bertreatment kat Pesona Clinic. Sebab ramaiiii sangatttt tanya pengalaman kat sana dan aku dah sampai limit tak boleh nak ulang banyak kali dah haha atas sebab kekangan masa. Sebelum tu, aku bagi detail Pesona Clinic ni:
Pesona Clinic & Medispa
126-3-11, 126, Metro Genting Klang,
Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Open : Mon-Sat ; Close : Sun
Operation Hour : 10am-6pm
Call / Whatsapp : +603 4032 3778 / 016 670 1698
Ig : pesonaclinic_aesthetic

 Front Desk
 Consult / Treatment Room
 Consult / Treatment Room
 

Mula-mula kena buat apa je? Berapa kos yang diperlukan?
Okay, first appointment, dalam awal Februari 2015 macam tu lah, aku pergi consult dengan doc. FREE consultation pada ketika itu (baca; tahun 2015) Dr Jamil nama diberi. Doc tengok muka aku terlampau berminyak, jerawat nanah dan pores aku besar. Doc suggest aku ambil Acne Erase Treatment yang mana ketika itu (baca; tahun 2015) kosnya adalah lebih kurang RM700+. Aku tak ingat exact amount. Tapi tak cecah RM800 ya gais. Dan pada ketika itu (baca; tahun 2015) aku grab ketika sedang promo. PROMO YA. Harga asal almost 1K.

Tudiaaa Dr Jamil

Dengan kos RM700+ tu aku akan menjalani 4 kali Acne Erase Treatment. Ya betul, RM700+ tu untuk ke empat-empat treatment. Bukan 1 treatment, RM700+. BUKAN YA. BUKAN. SAMA SEKALI BUKAN. Tak, sis tak marah pun bila capital, MANA ADE MARAHLAHHH, sis cuma nak korang faham je haha

Ade tak dia bagi ubat? 
Ada. Selepas consult, iaitu sebelum aku start treatment, doc bagi antibiotik untuk aku makan selama sebulan. Antibiotik ni bertindak untuk membunuh bakteria. Salah satu sebab aku breakout mungkin disebabkan oleh infection juga. Sebab aku ada makeup as bridemaid member aku. Start daripada tu muka puaka jadi semakin puaka. Baca balik kisah tu kat SINI.

Antibiotik yang aku makan

Antibiotik tu untuk dimakan selama sebulan. Harganya RM60 pada ketika itu (baca; tahun 2015). Doc pesan, jangan miss makan antibiotik tu. Setiap hari makan mengikut waktu yang di tetapkan. Jangan lupa minum air yang banyak juga sebab ia akan mengeringkan kulit kita. Ya betul. Sepanjang aku makan antibiotik, kulit aku kering, sekali dengan bibir aku kering. Jerawat pun makin lama makin kering dan mengecut. Dan lagi doc cakap always apply moisturizer dan sunblock di muka.

First appointment settle.

Aku balik rumah, aku makan seperti yang telah disarankan. Selepas tiga minggu, dan selepas jerawat agak kering (tapi masih ada jerawat baru), aku datang semula untuk buat first treatment. Yang entertain aku sepanjang treatment adalah staf Dr Jamil yang memang berpengalaman dan sangat lembut dan sangat baik. Silekan ngorat beliau :) Kihkih

Apa je yang dorang buat masa treatment? (FAVORITE QUESTION)
Step pertama, dia akan cuci muka kita dulu dengan cleanser. Selepas cuci, dia letak ubat ape tah, then picit picit jerawat aktif. Dia akan picit dari keluar nanah, sampai keluar darah, dan sampaiiiii lah keluar air putih jernih tu. Memang habis-habisan dia picit. 

Sakit tak, Syera? 
Sakit. SAKITLAHHH. S.A.K.I.T S.A.N.G.A.T O.K.A.Y GILE KO TAK SAKIT ORANG PICIT GILA-GILA KOT HAHA. Air mata aku selalu je mengalir setiap kali dia picit jerawat tu. Ate kan deme kata Beauty is Pain kan. Teman redhoooo jelah janji muke semanis Siti Nurhalijah. Eh?

 Bayangkan jerawat seumpama ini dia picit. Nanges okay.

Lepas dia picit tu, dia cuci balik darah / sisa jerawat tu. Dia cuci dan treat sampailah kite takde rasa sakit sangat. Dia akan tanya condition kite, ade rase sakit lagi tak. Kite jawab jelah apa yang kite rasa. Habis settle semua, dia akan apply sunblock kat muka sebagai step terakhir. Dia pesan, tak boleh pakai skin care dalam masa sehari selepas treatment. Aku takde masalah pasal tu sebab aku memang stop skin care dan make up sejak muka teruk dilahar jerawat nanah kahkah. Treatment ni tak ambil masa yang lama pun. 30-40 minit dah siap. 

If dorang tengok muka kita still ada jerawat aktif, dorang akan advice untuk kita ambil lagi antibiotik. Pendapat aku, ambil je. Untuk kebaikan diri sendiri jugak.

Second appointment settle.

Next treatment pun macam tu jugak ke proses dia?
Ye sayangss. Third, forth and last appointment pun macam tu jugak proses treatment dia. Melainkan kalau muka kite ni dah takde jerawat, so dia akan skip mana yang tak perlu tu. Tapi aku, sampai ke last treatment pun masih ada lagi jerawat kecik. Well skin kite stubborn sangat keji betul.
 
Bila lagi kite nak kena datang untuk next appointment?
Setiap 3-5 minggu aku akan datang klinik sampailah habis treatment.

Ade tak nampak effect lepas buat treatment?
Ya ada. Lepas treatment kedua, skin getting better. Tipulah kalau aku kata muka terus flawless lepas treatment. Tak. Jerawat masih ada tapi dah tak teruk sangat macam sebelum tu. Paling ketara, muka dah tak berminyak sangat dan pores semakin mengecil.

 Mac 2015

Gambar atas ni dalam tempoh menjalani treatment. Snap pakai camera phone. Tak berapa clear jerawat aktif tapi still bole nampak kan bintik-bintik tu. Ada lagi jerawat, cuma taklah sebesar dan teruk macam sebelum ni. 

Syera, boleh tak kalau saya beli antibiotik tu kat farmasi je? Sebab saya tengok macam samaaa je.
Boleh takde masalah. Tapi atas tanggungjawab sendiri lah ya. Adalah lebih baik kalau kita ambil antibiotik ni atas nasihat doktor :) Tapi terpulang pada kehendak masing-masing.

Syera ade beli ke produk Klinik Pesona?
Takde.

Dah tu, Syera pakai apa selepas treatment sebagai penjagaan seterusnya?
Nanti kite cerita kat entry lain ya sebab taknak campur aduk.

Ada soalan?
Komen lah ye. Mana yang aku boleh jawab, aku jawab.


********************

Itu sahaja pengalaman yang aku dapat share. Dah habis detail ni rasanya. Cuma part aku korek hidung masa treatment je aku tak cerita. Eh dah kenapa tetiba kann. Hasil dari perkongsian aku di entry yang lepas, ade beberapa orang yang dah buat treatment di Klinik Pesona. Mostly, selepas treatment kedua, memasing dah nampak kesan yang baik. Ade yang doc terus suggest dia buat laser untuk hilangkan scar. See? Berbeza dengan aku. 4x treatment barulah okay sikit. Condition skin kita tak sama.

Perasan tak aku asyik ulang tahun 2015? Sebabnye nanti kang ada yang marah aku pulak, kenapa saya pergi harga tak sama dengan Syera sobs sobs Syera penipu sobs sobs Syera perompak sobs sobs.

Baby, mana mungkin harga tahun 2015 sama dengan harga 2017. Lihat sahajalah ekonomi sekarang. Ape je yang turun melainkan hujan? Berat badan you pun tak turun kan? You jangan risau, peningkatan harga ni sama meningkatnya cinta I pada you. Semakin bertambah seiring dengan tahun.

 Baby, ni I masa Jan 2017. Snap pakai DSLR. Muka tak flawless pun, at least dari jauh tak nampak bintik-bintik macam sebelum ni ;p

Kot-kot korang terserempak dengan aku, tengok muka aku lain dari gambar janganlah pelik. Percayalah, gambar kadang-kadang menipu. Aku pulak bukan rajin sangat nak jaga muka ni haa. Biasa la tu kan tak semua orang sempurna heh (ayat play safe pheww)

Oh ya, aku tak dapat apa-apa komisen dari Klinik Pesona untuk entry ni ya. Aku bercerita mengikut pengalaman sahaja. If ada tersalah info, boleh komen kat bawah. Nanti aku betul kan. Maklumlah benda dah lama, tapi kite kena recall, tinggal habuk habuk je dalam otak ni ekekeke dasar tua!

Kalau ade yang terniat nak pergi treatment, bolehlah tulis nama reference HANNA BASHIRAH (as suggestion) masa isi form kat sana nanti. Kenape? Takde ape. Saje. Saje nak cakap aku lah salah sorang yang hasut korang pergi klinik tu kahkah.

Nak cakap satu je, consultancy fee now (baca; tahun 2017) is RM50. Okbai korang!


 ********************

Entry berkaitan: