Thursday, December 5, 2013

Miracle in December



Kadang kala teringat di fikiran
Kadang kala terdetik di hati
Kadang kala terkenang dalam kenangan
Kadang kala termimpi-mimpi

Tika rindu datang menyapa
Kau pula menjelma tanpa ku pinta
Aku mula hairan tertanya-tanya
Tiada ku sangka kau alami perasaan yang sama


Timbul persoalan yang tak ku fahami
Muncul pertanyaan misteri di hati
Apakah masih kuat chemistry ?
Apakah semua ini ?

Walau hatinya tak ku miliki
Walau hatiku tak dia miliki
Mengenalinya cukup ku hargai
Kerana kami pernah serasi


Tiada balasan yang ku harapkan
Tiada alasan kau perlu ucapkan
Ku berdoa kau bertemu sebenarnya kebahagiaan
Dalam menempuh barunya kehidupan

Terima kasih Allah atas pengalaman ini
Memberi ruang mendewasakan diri
Terima kasih Allah kerana memahami
Semoga hidup ini sentiasa dirahmati

Fuhhhh~ Pergilah dikau.


BGM : Miracle in December by EXO


No comments: