Wednesday, February 27, 2013

Picnic : Blue Lagoon, Port Dickson


Assalamualaikum ;))

Rasa bahagia dapat update belog. Aha.

Amaran awal : Entry ini panjang dan ada lebih 50 gambar dalam entry ini. Mohon tidak muntah kacang hijau.


*************************

Akibat dari kekecewaan cuti CNY yang lepas tak dapat berjalan-jalan, maka kekecewaan tersebut kini sudah pun terubat :) Ahad lepas (24 Februari) aku and the geng sekolah menengah *macam geng bas sekolah je bunyinye* berpicnic ke Port Dickson ^____________________^ senyum sekeliling kepala 2 round. Kemain lagi. Padahal aku macam orang dah nak mati dah sehari sebelum pergi tu sebab tahap kesihatan yang sungguh teruk. Plan asal, sepatutnya bermalam kat sana 1 malam. Tapi disebabkan oleh hal-hal yang tak dapat dibendung dan dielakkan, maka kitorang bertolak lah seawal pagi ahadnye. 

Petang sabtu tu, aku, Anis and Catek busy mencari barang-barang untuk di bbq kan. Peruntukan bajet untuk makanan sahaja adalah lebih kurang tolak tambah tonggeng terbalik terkangkang lima ke lapan puloh hinggit sahaja. Shopping kat mana ? Ofkos lah Giant. Bukan sebab terpedaya dengan slogan mereka Peneraju Harga Terendah, tapi disebabkan Dekat Dengan Rumah. Heh. Bajet keseluruhan untuk seorang ialah RM 50 termasuk minyak, tol pergi balik ;))

Sempat lagi. Motip sebenar nak tangkap gambar payung wernewerni aku itewww

Barang-barang wajib picnic dari aku

Somel tak barang-barang yang aku bawak ? Bahaha. Tak macam nak pegi pantai pun. Padahal aku zangat berzemangat nak jumpe pantai. Kenape tah aku zuke zangattttt dengan pantai. Rase tenang je :) 

Nampak tak bantal Rilakkuma tu ? Haa. Mase aku bawak masuk benda tu dalam kereta, kawan-kawan dah jerit-jerit bising-bising tahap 4. Dahla pepagi buta tyme tu jiran sebelah rumah tengah tidoq ternganga mungkin. Diorang pulak suke hati jerit jeles. JELES ? macam kawasan perumahan aku tu milik diorang "Eyyy, mengade betul bawak bantal" "Tawulah nak pegi Koreaaaa" Pung pang pung pang. Haha. Bukan ape, aku selalu tido dalam kete. Kang kepala terlentok sana sini depan belakang, sakit leher aku nanti teleng terus takde sape nak datang minang aku kang. Tetiba.

Muke masing-masing sendu di pagi hari.

Umi aku cakap "Lama betul korang tangkap gambar dalam kete. Adelah dalam 5 minit gitu." Awal-awal lagi nampak sangat sudah gila kamera. Umi kata kereta Myvi tu dah rendah sangat bawak barang berat apa tah tak tahu. Dah rupa macam kodok nak melompat dah kalau tengok dari belakang. Hoho. Umi ni kan =__=

Oke. Perkenalkan sekejap kawan-kawan yang join that day. Yang dok depan tu (kiri), yang awning tudung warna grey tu nama panggilannya Cinot. Tapi beliau suruh panggil Ina supaya nampak lebih ayu gitu. Mohon kawan-kawan amalkan panggilan Ina untuk menambah darabkan keayuan beliau :DD Yang sebelahnye pulak Catek dari Kepong. Belakang (kiri) tudung oren, Anis. Yang tengah paling kecit, ringan dan somel itu Saer a.k.a Syera nama manjanya. Alololo. Mengade je bunyi. Akhir sekali Teja dari Kundang. Sumenye masih single kecuali Anis. Boleh datang jumpa mak ayah kalau berkenan. Lol. 

 Comel normal tahap 1
 Comel normal tahap 2
Comel normal tahap 3
Comel normal tahap 1 versi Ayang Catek
Comel normal tahap 1 versi Abang Cinot
Ini abnormal tak comel langsung *Pengsan*

Nampak kan kegunaan spek spek mata yang aku bawak dari rumah tu ? Nampak lebih cantik dan happening gambar yang dihasilkan selepas memakai spek tersebut. Lulz :p


Oh. Baju yang aku pakai langsung tidak sesuai malah tidak seksi untuk dibawa mandi pantai. Hoho. Sebenarnye Umi tak bagi mandi pantai. Maklumlah, anaknye kecit. Nanti takde sape nak jage budak kecit ni mandi kang tah tiba-tiba lemas ke hilang ke orang tak perasan. Sobsobsob.

Tyme ni berhenti kat tol mane tah. Tunggu Anis buang hajat.

 The driver
Anyonyonyo comelnye cubaan tangkap gambar berlima dah macam penanggal pun ade. Eh.


Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 10 pagi, kitorang sampai. Tyme ni memang tak ramai orang sangat. Mungkin ramai lagi yang sedang terbongkang di rumah. Tu yang best gerak pepagi. Boleh cop tempat kat bawah pokok. Boleh mandi tyme redup-redup jugak sebab nak jaga muka taknak burn. Aku lettew kot :p 


 Pasang khemah. Semuanya bekas ahli kadet bomba masa zaman sekolah kecuali aku. Titew JPA jewww.

Sambil hidupkan api, sambil bergambar memang terasa mabeles. Takde kena mengena =.=

 Disaat orang busy berpeluh-peluh membuat kerja
Menghidupkan arang yang degil
Mengerjakan sosej untuk di bbq

Namun, ada seorang yang sedang curi tulang...

-


-


-


-


-


-

 Cinot !

Amboih. Sudahlah sampai-sampai je kat sana terus hilang. Rupanya dah berenang-renang kat pantai. Tawu-tawu je dah timbul tenggelam buat kuak lentang sensorang kat pantai. Sebagai hukuman...

 Panggang lah ayam tu sensorang..
Sampai masak
Sampai sedap
 Sampai pengsan (?) Kehkehkeh

 Yeayness ! Walaupun semacam je warnanya, tapi sangat enak di makan bersama-sama nasik.
 Spot : Tudung hitam. Poyo level 1. Pegang kipas.
Poyo level 3. Angkat tangan pulak.
 Poyo level 10. Mengade sangat pakai spek.
Uik ?
Okey. Fine. Cinot bakal popular lepas ni.

Selepas acara makan memakan, lahap melahap, suap menyuap sampai buncit, acara mandi memandi pulak secara berjemaah. Waktu tu dah tengahari. Orang dah mula ramai. Air pun dah mula surut. Diorang terpaksa jalan jauh ke tengah untuk main air. Aku yang tyme tu tak turun mandi, duduk je dalam khemah. Jaga barang berharga. Sampai tertidur. Nikmat betul tidur tepi pantai angin sepoi-sepoi :p Lepas tu, acara bergambar pulak. Memang inilah saat yang di nanti-nanti kan. Orang punya ramai tyme tu pun sangat kalah dengan gelak kitorang. Sungguh laaa. 5 orang je pun. Gelaknya, Masyaallah. Buahahahaha.

 1 budak hitam
 2 budak hitam
 3 budak hitam
 4 budak hitam
 5 budak hitam
 Part ni aku geli. Dorang pegang-pegang tangan ala-ala romantik. Padahal jeles takde sape nak pegang tangan titew :p
 Hai adik manis. Boleh ngorat ?
 Astaghfirullahalazimmmmm

Lepas puas mandi kat Blue Lagoon, kitorang bergerak ke Teluk Kemang untuk mandi kat sana pulak. Itu pun lepas sesi pujuk memujuk Cinot. Meh aku cerita sikit. Kita bahasakan Cinot sebagai 'Abang Cinot' kerana sangat macho. Bahasakan Catek pulak sebagai 'Ayang Catek'. Yang lagi tiga orang tu hanya pelakon tambahan.

Pelakon tambahan : Jom pegi Teluk Kemang pulak.
Ayang Catek : A'a jom. Mandi sana pulak. Tak yah bersihkan badan. Terus pegi camni je.
Abang Cinot : Ahh. Mandi terus je kat sini. Nanti berpasir kereta aku.
Ayang Catek : Ha. Kalau ko tak nak kereta ko berpasir, temankan aku mandi kat sana tu ha. *Tunjuk pantai*
Abang Cinot : *Sambil memandang pantai. Air surut. Kena berjalan sampai berpeluh tiak untuk ke tengah*
Ayang Catek : Cepat, teman aku mandi kat sana.
Abang Cinot : *Mengeluh* 

Lepas tu 'laki bini' ni pung pang pung pang bergaduh manja gitewww. Haha. 3 pelakon tambahan yang ada terus masuk campur..

Pelakon tambahan : Alah Cinot. Terus jelah pegi macam ni. Ko alaskan seat kereta dengan paper. Nanti takde lah kotor sangat. Bla bla bla bla...

 Akhirnya, Abang Cinot mengalah. Haha.

Area pukul 2, bergerak pulak ke Teluk Kemang. Memang ramai sangat umat kat sini. Nak cari parking pun susah amat. Kena parking jejauh. Menapak lah ke pantai. Mungkin ketika ini, Ayang Catek merasa amat gumbira kerana akhirnya dapat jugak mandi kat Teluk Kemang bersama Abang Cinot tersayang. Kehkehkeh. 

Selesai mandi pantai. Ayang Catek dan ...erm Ina. Kerana keperempuanan terserlah XD 
 Ayang Catek bersama baldi-tualanya
 Anis beli cenderamata
 Teja gagah perkasa
 Saer a.k.a Syera. Tuan tanah wajib lebih gambar dan gaya ;p

Lebih kurang sejam kat Teluk Kemang, kitorang bertolak balik pulang ke Kuala Lumpur. Lepas tolak tambah darab bahagi duit kutipan yang ada, masih ada lagi baki lebih kurang RM 150++. Kitorang sepakat untuk main bowling kat Selayang Mall untuk perabihkan duit yang ada.

 Dan of course yang bernama Saer itu juara. Kihkih.

Dah letih membowling, makan pulak. Peruntukan makan ni, satu orang hanya RM 14 sahaja. Apa lagi, kitorang serang Chop & Steak. Tempatnya area Selayang Mall jugak. Ade banyak jenis chicken chop, steak and any western food kat situ. Tak tahu apa beza semuanya.
  
 Suasana kedai

Selepas selesai semuanya, pukul 9.15 malam aku sampai rumah. Di hantar pulang oleh Cinot. Terima kasih Cinot ! And terima kasih Anis, Catek and Teja yang join. Uolls made my day taw. Bye ;))

Sory, tetiba terupload :p





PidanEs : Lepas ni, nak kawan-kawan yang tak dapat join tu, join the next tyme. Sebab kitorang dah plan nak pegi bercuti ke Terengganu pulak. Hoho. 

PidanEs : Besok-besok aku upload video pulak okey ;)

PidanEs : Credit picture; Catek.




No comments: