Friday, February 22, 2013

Angpau Week. Demimu Wang.

Hye ;)

Cuti CNY hari tu syera tak pegi memane pon. Sadis T__________________________T Masih menyesal sampai sekarang kerana tiada pengisian yang sepatutnya. Cuti sikit punya lama, tapi tak buat hape pon. Cuma balik kampung je. 2 malam kat kampung, pastu balik kL dah. Lepas tu tergolek-golek kat rumah tak tahu nak buat apa melainkan jahit. Yee, pending order dari kawan syera. Kesian beliau. Dah cakap dari tahun lepas nak suruh buat album cover. La ni baru je setel sume. Almaklum, busy mengalahkan the datins :p Tapi demi mencari wang, aku gigihkan jugak kudrat ni menjahit.

Selain itu, *amboi, ayat macam Cikgu bahasa melayu khenn...* kalau dah malas sangat nak menjahit, layan internet pulak. Kalau dulu, internet ni macam satu kehendak je. Sekarang dah macam satu keperluan pulak. Takde internet, macam hilang separuh nyawa. Eh ? Bile lampu internet kat modem tu merah, tak boleh connect internet, terus gelabah call TM memaki hamun bagai kenapa tak boleh connect internet padahal i dah bayar bil, i susah payah tahu mencari wang untuk bayar bil ni bla bla bla... sampai begitu sekali tahap kurang sabar. *kurang adab jugak. Mungkin ? Eheh.

Oh, terpanjang pulak mukaddimahnye ye. Ye, cite sebenarnye nak story pasal duit je. Duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya memerlukan duit. Sedangkan kalau nak pilih kekasih pun, ade yang memandang duit dahulu. Annoying sangat.

Hari tu member syera, yana ade cakap, dia dah dapat surat BR1M 250. Yang syera ni, dah gelisah habislah tyme tu. Dah kenapa pulak aku tak dapat ni. Ape salah aku dengan Abang Jib dan Kak Mah. Macam mana aku nak kaya kalau tak dapat 250 ni. Eh ? Teruslah syera soal siasat yana, surat tu bentuknye macam mana. Ade gambar Najib or Rosmah tak kat sampul tu. Hm, mengarut sangat soalan tu. Bukan ape, alamat surat-menyurat hari tu, syera letak address opis ayah. Takut pulak kot-kot ayah terbuang ke hape kan. Menangis kang, terus tuntut kat ayah RM 300. Haa, markup RM 50 :DD

Lepas dah kompomkan semua, masih lagi tak puas hati ditambah pulak dengan level kesabaran di tahap yang rendah. Emel pulak ke br1m2@treasury.gov.my nak tengok status permohonan. Tak lame lepas tu, dapat respon. LULUS.


Rase macam nak lompat je kan. Haa. Pastu dapat meset pulak, kate suruh pegi Taman Tasik Ampang Hilir bla bla bla. Lagi lah bertambah hepi. Tapi, memang menguji keimanan tempat nak ambil baucer tu sebab jauh dari rumah plus tak tahu jalan. Tanye mak ayah abang ipar kakak member sume bagai, semua macam blur tak tahu mana tempat tu. *Nangis sedih* Harapan terakhir, pakcik gugel. Nahhh. Berpandukan map yang pakcik gugel tu bagilah aku merantau. *Nangis terharu*

Dan tiba hari kejadian..

Saya sudah berjaya. Anda ?

Masa syera pegi tu, bergantung harapan dengan 'GPS' jelah. Tapi 'GPS' tu bantu masa pergi je. Baliknye, syera belasah sendiri. Bak kata adik syera, "GPS angah ni mase pegi je okey. Baliknye, bateri dah habis, tu yang tak boleh pakai dah" Bile tunjuk kat ayah 'GPS' canggih tu, ayah pun gelak besar tengok. Cehh. Mase balik cari jalan tu, tawu-tawu je, dah kena bayar tol RM 2. Dah kurang, jadi RM 248 dah duit aku :p

Inilah GPS yang banyak membantu di hari kejadian. Eh, GPS la sangat khennnn ?
 
Sempat lagi snap pic tyme drive menampakkan muke kegembiraan beliau -,-

Demi mendapatkan wang, aku sanggup meredah segala-galanya. Amboi, menipu sangat bunyinye.

Tapi rezeki syera bukan takat itu ajee ;) Syera kan keje kat company printing. So, kebanyakan supplier, orang-orang Cina. So, hari tu adelah uncle ni datang opis. Supplier jugak mungkin. Lepak-lepak dengan boss dan staff production. Pastu die bagi angpau kat semua staff kat opis ni. Almaklum, baru raya kann. Alah, staff pun takde ramai sangat. Tapi syukurlah. Terasa pulak macam murahnye rezeki aku tyme tu ;) Alhamdulillah. Seronot hokey dapat wang wang lagi. Yahoo (?)

See ? RM 5 pun, kalau tahu cara penggunaannya, boleh jadi RM 500 taw ? Eh.



PidanEs : Memang sengaja bold words wang dan duit $$$$





No comments: