Sunday, May 25, 2014

Trip to Ho Chi Minh, Vietnam : Hotel, Currency, Makanan Halal & Transportation

Assalamualaikum

Aww. Lama sangat tak update. Balik-balik mukaddimah sama. Lama tak update, lama tak update. Tapi dalam diri takde inisiatif langsung nak update sebenarnya. Malas punya pasal. Padahal banyak gila nak ceghite kot. Nak bagi tips shopping kat Korea pun tergantung dok dalam draft lagi -_-

Fine.

Aku share dulu benda lain yang fresh sikit. Agagaga. Saja nak share experience masa pegi Vietnam beberapa hari/minggu yang lepas. Experience tak experience sangatlah. Tapi lebih kepada tips nak share. Aku stay 3D 2N je. And tak pegi pun Chuchi Tunnels mahupun Sungai Mekong. Dua tempat ni memang femes kalau tourist datang Vietnam. Tapi pegi sana nak shopping baju raye ajeww. Hewhew.

Trip kali ini semua gara-gara makcik ku si owner butik yang nak amek stok kat Vietnam. Maka diri ini pun hari-hari menggagau stalker website AA. Ahha. Nasiblah ade tix tengah promo. Booking tix pun lebih kurang seminggu before depart. Last minute punya kerja oi. Mujur jugaklah dapat tix round RM350++ return. Kire murah jugak tu. Dengan kerja office berlambak, memang tak sempat nak buat research untuk sightseeing. Nasib baik penginapan diuruskan oleh orang lain. Senang hati ^3^


First time neh beli seat. Saja nak jakun tengok awan kat sebelah. Subhanallah cantik menangis tengok rasa nak pegang taw :_)


Departure & Arrival :
Flight aku pukul 11.15 pagi. Sampai sana nak dekat pukul 1.00 tengahari. Perjalanan ke Vietnam mengambil masa 1 jam 55 minit. Waktu kat sana, lambat 1 jam dari Malaysia.


Maafkanlah muka baru bangun tido beta ni

Masa kat airport Vietnam, takyah lah senyum-senyum kat pegawai kastam diorang. Diorang takkan senyum balik kat korang. Seriously. Semua muka ketat. Kalau ada 10 kaunter, 10 10 tu lah muka ketat. Muka komunis je semua. Bak kata makcik aku. Hakhak. 

Di luar airport, ada banyak teksi yang boleh bawa korang ke tempat penginapan. Harga, semua bergantung pada jarak dan teksi tersebut. Aku suggest korang naik Vinasun Taxi. Sebab diorang pakai meter.



Penginapan :
Blue River Hotel

Aku pergi 8 orang. 6 orang ni semua dah kawen. 30an-70an dah semua. Aku dengan adik jelah yang muda pun. Kitorang menginap kat Blue River Hotel.

Hotel tempat aku menginap ni, agak jauh ya dari Ben Thant Market (The famous shopping place). Lebih kurang 1 kilometer. Aku tak suggest korang menginap kat hotel ni especially kalau niat nak shopping. Nak pergi Ben Thant nanti, terpaksa naik teksi. Agak sadis di situ pasai kena keluar duit untuk pengangkutan. Hoho. Banyak lagi hotel nearest Ben Thant Market.

Range price RM100/night. Mahal? Its okay. First experience memang kacau bilau sikit.

Aku dok satu bilik dengan adik. Semua cukup for the basic facility of hotel lah. Sabun ada, shampoo, TV, peti sejuk. Cuma heater je takde. Beriya aku bawak meggi sebungkus besar dari Malaysia taw -.- Oh ya. Jangan ambil air mineral yang disediakan dalam peti sejuk hotel ya. Sebab agak mahal. Sila beli diluar. Ada yang lebih murah. 

Matawang :
Currency Vietnam di panggil Dong. Kat Vietnam, dorang pakai 3 currency. VND (Dong), RM and USD. Aku suggest nisbah kalau nak standby duit tu 3.5 : 1.5 : 1 (RM : VND : USD) -- untuk shopping. And (VND : RM : USD) -- untuk jalan-jalan. Kat sini aku nak cerita yang shopping sahaja sebab itu je pengalaman yang aku ada. 

Untuk shopping kat Ben Thant, banyakkan pakai RM. Lebih mudah dan tak pening. Senang korang nak badget. Aku sampai sana, pening sangat nak kira dari Dong ke RM. Yelah, kita tak nak kena tipu (since too many seller penipu kat sana. Seriously) Aku selalu dapatkan bantuan makcik aku kalau nak bayar pakai Dong. Uhuk.

Currency diorang sangat kecik nak banding dengan kita even kat duit diorang ada tiga biji(?) kosong kat belakang. Lagilah menambah-nambahkan pening aku. Udah le aku ni alergik dengan kira-kira.

Nah amek. Bersepah duit. Datang Vietnam, jadi orang kaya kejap.

Aku bagi tips cara kira dari Dong --> RM : 
Dong x Tukaran nilai currency korang kat Malaysia. Contoh macam aku, RM 1.70 (So mahal. Cis!) Cara kiraannya :
10,000 x 0.00017 = RM1.70

Faham murid-murid? Tiba-tiba feeling jadi Cikgu Matematik kat korang :D

Tapi, ada sesetengah orang selesa nak bayar pakai dong. Depends. Aku selesa pakai RM sebab bila aku kira balik nak bayar pakai dong, jadi mahal pulak dari RM. Kedekut style. Hehe ;p

Untuk Dong, biasanya pakai untuk public transport and kot-kot korang baik hati nak bagi tips kat driver taxi ke, bolehlah guna dong. Aku banyak naik teksi masa kat sana, so mostly pakai dong.

USD, aku tak tahu bila waktu sesuai nak guna. Aku punya USD yang tukar haritu, tak guna langsung. 30 USD kot. Banyak oi. Terpaksa simpan. Nanti nak travel lagi, takyah tuka dah ;)

And aku dapat tips dari Vietnamese. Dia suggest kalau kita tukar duit (RM > Dong), sila tukar kat Vietnam je. Sebab jauh lebih murah. Money changer ada di sekitar Ben Thant juga. Lagi satu tips, ni pun PENTING untuk korang tahu. Kalau korang beli apa-apa, or bayar apa-apa, pastikan balance duit tu bukan syiling/coins. Sebab syiling kat sana memang tak laku. TAK LAKU ye. Takde sapa nak syiling. Make sure korang tak kena tipu taw.

Makanan Halal :
Bab makanan halal, jangan risau. Tak susah nak cari. Area Ben Thant Market ade beberapa kedai makan Muslim. Sebab tu aku suggest korang cari penginapan nearest Ben Thant ni. Banyak advantage. 

Salah satu kedai makan halal. Hajah Basiroh.

Tapi. Tapi. Tapi. Mohon tidak terkejut tengok harga makan minum dia. Memang mahal dari Malaysia. Sekali makan, mao berbelas ringgit $$$$.

Nasi goreng telur mata : 70,000~80,000 VND kalau tak silap aku

Aku and adik cuak gila takut tak cukup duit, so kitorang selalu sharing makan. Nasib baik kitorang banyak alas perut dengan roti masa jalan-jalan. Takdelah kebulur sangat nak nasik. Mineral water botol kecik pun dekat RM2.00. Waktu nak bayo duit air, mulelah rindu Korea. Pasal kat Korea ayaq putih dia semua free. Wuwuwuw~

Transportation :
Kat sana ada 3 alternatif public transport yang boleh memudahkan korang untuk ke sana sini. Teksi, bas dan motor sewa. Aku tak sure ada train ke tak. Yang pasti, aku tak jumpa langsung railway station.

Kenderaan kat sana banyak pakai motor. Helmet dorang pun cantik oi. Suke tengok ;D Masa aku sampai sana, agak kejutan budaya sikit tengok motor penuh atas jalan. Haha. Apa yang bezanya ia dengan Malaysia, diorang tak bawak laju-laju. No rempit-rempit bro! Kalau korang nak lintas jalan pun, lintas lah dengan relax. Dorang takkan langgar punya. 



Aku ada tengok sorang amoi ni, sempoi gila jalan lenggang kangkung nak cross roundabout. Roundabout okay. Kalau kat Malaysia kau nak lintas relax gitu, memang cari penyakit. Kang kena lenyek lak kang.

Kereta or van yang ada atas jalan pun, kebanyakkannya teksi. Kereta persendirian tak banyak. Maybe orang-orang kaya je kot yang pakai kereta.

Oh, kat sana ada satu servis beca gak. Nak bawak korang jalan-jalan pusing bandar. Tapi aku harap korang tak naik. Banyak penipuan dari segi bayaran. Aku ada sembang-sembang dengan sorang Vietnamese ni, dia pun sendiri kata jangan naik beca tu. Tips penting ni. Sila take note ;D



*************

Eh, macam panjang sangat pulak nak bebel. Aku ingat 3D 2N boleh letak 1 entry. Tak boleh jugak ek. Nantilah sambung kat entry lain. Sebab nak bagi tips sekali cara nak beli barang kat sana and cara untuk mengelakkan korang dari di tahan kastam Vietnam yang sangat cit poodah! Haha. Tunggu eh.





Thanks for reading ;)

11 comments:

Syazwan Pili said...

Ok kawe tnggu ;-)

Syazwan Pili said...

Ok kawe tnggu ;-)

Syera said...

Haha. Ye ye je ko wan. aha

BungaSakura said...

hye awk..insyaALLAH, 20hb ni sy na pergi vietnam...bole bgtau ta, harga teksi sana kire mcm mana? mahal ta?

Syera said...

@BungaSakura

Hai. Sorry baru perasan komen.

Ikut pngalaman sye la kan, dari hotel ke ben thant (dlm 1-2km mcm tu xsilap), tambang dlm RM6.

Klu p sorg, mmg terasa cost sikit. P rmai2, lg jimat :)

kamal ikmal said...

Besok smpi vietnam dari kemboja....naik bas...so...apa perlu sy ambil...teksi or motor

Syera said...

@kamal ikmal

Sorry, not sure. Both pn okay kot.

afifi asus said...

assalam..bayaran hotel tu kena bayar dlm USD atau Dong??

Syera said...

@afifi asus

Wslm. Kalau walkin, byar Dong. Online, bole byar duit RM.

Nadhira Nasir said...

Salam. Nk tanya. Ad pi vietnm lg tak dlm minggu dpn 19hb oktober 2016? Blh wasup sy tak 0139670889 iqa

Syera said...

@Nadhira Nasir

Im sorry. Sye bkn travel agency trip ke Vietnam hehe. Semua sndirian berhad. Kalau berminat, boleh search kt ig PakejTravelBossBabe :)) Diorang ade trip ke Vietnam and mcm2 negara.