Tuesday, August 6, 2013

Perjalanan Iftar Ramadhan 1434H

Assalamualaikum.


Sebulan sekali je nak update. Busy gila agaknye dengan kehidupan sehari-harian. Sampai nak tolong mak readykan juadah buka pun tak sempat. Kadang nak tengok handset pun takde masa. Makanya termiss banyak info dari member pasal pelbagai perkara. Gitu lah buat ayat melalut sikit supaya dapat satu perenggan mukaddimah ;p 

Entry ni nak cerita kosong sikitlah pasal iftar daku dengan kawan-kawan. Sambil-sambil tu boleh review sikit tempat-tempat makan kat korang :) Ramadhan kali ni banyak kali jugak berbuka dengan sahabat handai banding dengan tahun lepas. Macam skema gila pakai perkataan 'sahabat handai' tu kann =.= Paling tak boleh blah, puasa kedua member dah ajak buka sama. Puasa kedua okey. Gaya macam bulan Ramadhan ni 2-3 hari je.

1) Restoran Barra
Pembukaan iftar pertama dengan member kolej lama (IIC), berbuka kat Shah Alam. Jenuh daku setelkan segala kerja sebelum 5.30 petang. Jam tepat 5.30, terus punch card dan cabut :DD



Restoran Barra menjadi pilihan tempat berbuka. Lama dah tak jumpa diorang ni. Lama tak borak bodoh-bodoh. Teringat masa belajar dulu-dulu, otak semua gila-gila, masuk air semuanya. Aku sempat 2 sem je kat IIC. Lepas tu further degree kat tempat lain. La ni bila dah jumpa, bercerita pasal life, pasal kawen, pasal future. Kemain macam matured sangat kan bila cakap cerita pasal future. Kehkeh.

Balik semula kat Restoran Barra tadi. Kat situ, makanan yang agak femes emes Nasi Goreng Ayam Barra. Aku order nasik tu. Bagi aku, rasanya boleh laa. Sebab rahang aku ni problem, jadinye nak jadi pelahap macam dahulu kala meme tak boleh dah. Deria rasa sekarang macam tak berapa best. Tak tahu dah makanan tu sedap ke tak. Tapi bila tengok member makan sampai habis licin, sedap gila la kot. Kalau pegi kat restoran tu, korang akan nampak macam-macam gambar. Staff diorang akan snap pic customer yang makan kat sana. Then upload kat facebook.


Haaa, tudia. Ni lah gambar yang daku cilok kat facebook diorang. Pandai diorang gunakan laman sosial untuk perkenalkan restoran diorang. Aku rasa setiap hari diorang akan snap pic customer diorang. Likers kat page diorang pun dah sampai 31k dah. Korang yang rajin, boleh lah jenguk-jenguk fb diorang at Restoran Barra. Kalau over rajin, boleh lah ke kedai diorang kat Seksyen 7, Shah Alam. 

Credit picture : Lynn & Bara Fan Pages

2) Teppanyaki Kitchen
Next iftar, bersama dengan kawan sekolah rendah pulak. Kawan sekolah rendah lagilahhhhh lama tak jumpe. Bukan lama lah. Tapi jarangggg jumpe. Super eksaited jadinye sebab dapat kumpul ramai-ramai macam ni.


Lokasi iftar, Japanese Food Teppanyaki kat KL Festival. Aku order chicken beef teppanyaki. Nama macam gah sangat kan. Nak-nak japanese food pulak. Tapi sebenarnye makanan dia sangat simple. Korang letak nasik putih, lauk ayam, daging, lepastu sayurnye tauge. Ade kobis-kobis sikit. Pastu buat sambal cili sikit and sambal kicap sikit. Haaa, jadi dah teppanyaki homemade korang :D

 Tadaaa, teppanyaki !

Masa kitorang berbuka ni, diorang ade buat offer diskaun 30% if lebih dari 3 orang. Dapat kurma dan air soya percuma jugak ! Kitorang yang sangat jimat plus gaji belum masuk ni, tiadalah dayanya nak order air. Hehe. Soya percuma dah cukup. Suke ;D I wonder is it orang jepun seriously makan makanan macam ni ke ape. Kering. Takde kuah. Sambal jelah yang membantu untuk basahkan nasik ;3


Aku sebagai organizer terjun rasa seronok dapat kumpulkan mereka-mereka ini. Seronok jugak sebab semua dapat bagi kerjasama. Tak pernah-pernah aku topup spolohengget taw. Sebab nak contact setiap sorang aku sanggup. Haa. Pehal rasa macam nak koyak je seluar yang aku pakai ni kan =.=


 13 years later. Macam segan nak tunjuk gambar masa kecik. Selebet gila daku. Haha =.=

Eh ? Nasib tak jumpe the real. Kalau tak menjerit dah daku kat situ. Kita jumpe bulan sembilan nanti ye sayang :3 Hewhew.

Credit picture : Hincik Gugel, Mahira, Husband Wafaa' (Imam Muda Ramadhan) and 'Aqilah

3) SS2 Murni
Third iftar pulak terbang ke Petaling Jaya. Ini onthespot punye plan. Bagi meset tengahari, balik keje terus chow. Nasib baik tak pakai baju makcik-makcik masa pegi keje tu taw. Kalau tak, taknak aku keluar. Malu kononnye =o0= Keluar dengan member IIC yang sama jugak. Lokasi berbuka kat restoran SS2 Murni. Tempat ni aku SANGAT SANGAT SANGAT suggest korang pergi. SERIOUS ! Nampak kan aku capital letters kat sini. Menunjukkan aku betul-betul nak korang rasa makanan diorang. Syera, cukup =.= Tapi memang sedappppp. Sampai menangis tahu ? :')


Aku berbuka dengan Nasi Goreng Chicken Chop and air Traffic Light. Bila teringat balik, rasa nak lagi lagi lagi dan lagi. Oh, gambar atas ni, semua dari gugel. Khusyuk sangat makan, tak sempat tangkap gambar. Dengar cerita owner dia Chinese Muslim. Menu dia sangat bermacam-macam. Korang jangan lupe pergi try and test oke. Harga dia pun sangat reasonable. 4/5 bintang aku bagi untuk makanan dia ^____^

Credit picture : Hincik Gugel

4) KFC
Forth iftar dengan member IIC jugak. Banyak kali pulak buke dengan dorang ni. Masing-masing duduk kat area Gombak-Wangsa Maju-Sg Besi je, senang nak keluar sesama. Kali ni berbuka kat KFC Sri Gombak je. Tak payahlah aku review makanannye ye. Alahh, KFC je pommm =.= Sebab daku banyak kerja tyme tu. Maka dorang terpaksa berbuka berdekatan dengan opis ku. Hihi.

Lepas buka, lepak-lepak, terus jenjalan ke uptown Danau Kota. Ramai gila umat tyme tu. Cari baju raya mungkin. Dapatlah kitorang merembat baju friendship... katenye. Keesokannya keluar shopping ke Shah Alam, pakai baju sesama :DD

Omey tak kitorang ? Hahaa

Credit picture : Faisal, Syue and Lynn

5) Kedai Mamak
Last iftar dengan member, aku berbuka dengan satu-satunya classmate aku yang tak lost contact, Ien. Classmate masa degree dulu. Yang lain entah ke mana. Tak larat daku nak contact semua. Apa berita pun tak tahu. Dengan Ien jela yang rajin tanya khabar, share cerita semua. Maybe sebab die je member kolej yang dekat dengan aku kot. So, plan berbuka dengan dia kat Alam Sentral Mall, Shah Alam. Nak-nak pulak beliau dah nak bertukar status, aku gagahkan diri jua jumpe beliau ketika masih anak dara. Gituuu alkisahnye :DD

Tempat makan, kedai mamak sajaaa. Takde beza makanan mamak ni. Pegi jela mana-mana. Lebih kurang je. Jadinya tak payah review, tak payah suggest ke ape kat korang yee ;B

 

Credit picture : Ien

Itu saja lah untuk kali ni. Lagi 2 hari je Ramadhan yang Mulia akan tinggalkan kita. Imbas balik, banyakkah amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ? Apakah kita rebut peluang yang ada sepanjang Ramadhan ? Paling penting, apakah dapat kita jumpa lagi di Ramadhan akan datang ? Semoga Allah panjangkan umur kita dan berkati umur kita sepanjang hidup ini. 

"A friend is one who knows you and loves you just the same"-Elbert Hubbard


Till then, thanks for reading !


No comments: