Monday, July 1, 2013

Hasil shopping sensorang & Tips shopping versi Syera

Holla ;p

Ingatkan nak update pasal pegi Pangkor ritu. Tapi malas pulak nak edit gambar. Hoho. Next tyme lah kite up kan entry tu. *Bajet. Bajet macam ramai nak baca entry dia*

Sabtu lepas, puas menyopping kat Masjid Jamek. Almaklum, situ banyak pilihan plus harga yang berpatutan. Keseorangan aku shopping. Bile sensorang, senang sikit nak bergerak lelaju. Aku memang kaki shopping. Online atau offline. Tak peduli. Asal ada duit, jalan jelah kan.

Gaji titeww siyes tak besar macam kawan-kawan yang lain. Tapi pandai-pandailah menyimpan dan membajet setiap bulan. Kan ? So, bulan ini punya bajet adalah. Jeng jeng jeng...

3 bijik handbeg
1 colorful bracelet
1 fluffy hat
5 helai shawl (lagi sehelai lupa letak mana)

Nafsu gajah ke ape kau ni Syera handbeg sampai 3 sekaligus dia beli. Hahaa. Aku gila handbeg. Gila kasut. Gila baju. Semua yang berkaitan dengan penampilan buat aku gila. Hoho. Tapi aku bukan macam orang lain yang suka bergaya dengan barang mahal-mahal berjenama. Aku gadis biase je. Ecececeh.

Masa balik, berbeg-beg plastik aku bawak. Macam ape je. Dahla balik naik train. Bila sampai rumah, adik tengok aku beli barang banyak macam ni, dia tanya "Kau nak jual ke ni Angah?" Gituuu. Tak pasti samada itu satu soalan ikhlas dari hati atau sarkastik kepada kakaknya sendiri =.=

Bukan apa. Kadang-kadang kita penat kerja, sekali-sekala kenalah ada reward untuk diri sendiri kan. Belilah hadiah untuk diri sendiri. Sebab nak suruh orang beli kan mesti TAK lah kan. Maka, hargailah diri anda sendiri. Haa. Meh lah aku share sikit tips shopping versi Syera.

1. Barang Murah
Aku ni kedekut orangnya. Barang mahal memang aku tak nak beli. Hahaa. Baju harga RM 25 keatas, aku dah rasa tu mahal. Kehkehkeh. Aku akan cari barang yang murah-murah je and yang aku rasa berbaloi untuk aku beli. Bile kite beli barang murah, kite dapat beli barang yang lain. Makanya kita dapat beli banyak barang. Paham ? BANYAK itu yang penting :D

2. Sale
Keluarlah bershopping ketika tengah sale kalau dah tahu diri tu tak berduit sangat. Ni kire nak murah jugaklah. Tapi murah yang ni lain. Ni dari barang yang mahal telah di murahkan. Paham tak ? Aku pun tak paham amende aku tulis.

3. Bawak cash cukup-cukup
Sebelum sampai tempat shopping tu, adalah lebih baik anda readykan cash cukup-cukup dalam wallet. Nanti bile dah sampai tempat shopping, tinggalkan bank card anda dalam kereta. Lebih afdal buat begini. Ini bagi mengelakkan anda cucuk dan cucuk dan cucuk lagi duit anda tu. Hahaa. Make sense ke benda ni ? Tapi aku biasa buat macam ni. Masuk shopping mall, bawak cash je. Makanya dapatlah sikit aku mengawal hawa nafsu ni :DD Tapi tinggalkan bank card dalam kereta tu, idok lee. Hehee.

4. Survey
Ni penting kot. Cuci-cuci mata dulu. Survey harga. Pastu agak-agak ade yang berkenan, baru beli. Offline ke, online ke, kena jugak buat survey ni okey.

5. Bajet bulanan
Sapa yang gila shopping tu, wajib buat bajet shopping tiap bulan. Contoh, setiap bulan RM 200 adalah untuk shopping. Amboi, 200 ? Banyak betul ! Ikutlah kemampuan. Kalau orang kedekut macam aku ni, bajetkan 100 jela untuk shopping setiap bulan. Tapi tak semestinya aku habiskan jugak 100 tu. Ade balance, aku akan bawak ke next month. Kalau next month ada lebih lagi, bawak lagi ke next month. Mane lah tawu kan, bile di kumpul balance-balance tu, tetiba jadi seribu. Hah. Tak ke seronok tu dapat shopping barang dengan duit seribu tu ? Heaven gila kan ? Hahaa.

6. Shopping nak dekat-dekat dapat gaji
Yang ni memang aku amalkan. Haha. Gaji aku masuk awal bulan. Lepas dapat gaji tu, memang aku tak aktif sangat keluar sana sini macam orang lain. Aku akan tunggu akhir bulan or nak dekat-dekat gaji next month, baru aku keluar shopping. Sebab ape ? Sebab aku takut nak rasa macam OMAIGODDDD AKU DAH TAK ADE DUIT DAH LEPAS NIII OMAIGODDD AKU DAH POKAII NAK MAKAN APE SAMPAI AKHIR BULAN NIII. Paham tak ? Hahaa. Kalau shopping nak dekat dapat gaji, rase relax sikit. Rase macam, "Ahh sokey. Habis duit hari ni, besok dapat duit lagi." Gituu ;p 


Ni jelah antara tips reka cipta versi Syera. Ni jugaklah yang selalu aku buat. Ape pun, yang MURAH tu lagi penting untuk orang yang Hajah Bakhilah macam aku. Asbab Hajah Bakhilah : Muannas. Belajar Arab sikit heh. Hohooo.


Handset rebat 200. Hihi ;))



PiDanEs : Keesokannya, aku keluar lagi dengan adik aku pegi Masjid Jamek. Shopping lagi. Makanya kini daku ada 4 handbeg yang masih bau baru lagi :DD



Thanks for reading ;)

2 comments:

Cik Syiera said...

syira pon suka beli handbag gak..hehehe

*cantik la beg yg tengah.. :)

Syera said...

yeke ? normal pompuan agknye. hihi. syera pnye koleksi handbeg mcm dh bole jual balik taw. hohoo.

hee. mekaseh ;))