Saturday, March 30, 2013

Kenapa salahkan takdir ?


Bila kita dalam kesedihan, ramai nak salahkan takdir.
Bila kita tak dapat apa yang kita nak, kita salahkan takdir jugak.
Bila kita tak mampu ubah diri pada kebaikan pun, masih jugak salahkan takdir.

"Nak buat macam mana lagi. Aku dah cuba. Memang camni nasib aku"

"Orang tak boleh blame aku. Sebab memang aku dah ditakdirkan buat macam ni macam tu"

"Allah dah tentukan takdir aku macam ni. Dah tertulis kat Luh Mahfuz nasib aku macam ni. Nak ubah apa lagi"

Tapi bila kita dapat apa yang kita nak, berapa ramai yang bersyukur atas nikmat yang Allah dah bagi ?
Kita lupa siapa sebenarnya yang bagi semua kejayaan, kegembiraan dan nikmat semua tu.
Kita rasa macam semua tu hasil dari usaha kita sendiri.

By the way, aku sendiri pun pernah jugak ter-buat benda yang sama. TER ya. TER. Lately ni. Tak tahulah kenapa. Setan gondol memang betul-betul gondol, kan. Goda aku biar selalu mengeluh. Terus istighfar tahu ! Kadang ngadu dekat pakwe lama, kena marah. Padan muka. Kahkah.

Saja nak share dengan korang pasal takdir ni. Ada jugak yang cakap kat aku  yang takdir ni tak boleh di ubah langsung. LANGSUNG ya. Allah dah tentukan semuanya sejak azali lagi. Kita tak ada kuasa nak ubah. Huh. Aku memang tak percaya. Aku bukan tak percaya Qada' Qadar. Aku cuma tak percaya, takkan langsung tak boleh diubah ? Cuba pikir, ada orang membunuh, mencuri, hidup dalam kegelapan, hina dan macam-macam lagi. Mustahil orang tu tak ada pilihan langsung untuk hidup normal macam orang baik yang lain. Mustahil.

Okey, yes, tak dinafikan, takdir memang tak boleh diubah. Tapi pernah tak korang tahu, sebenarnya ada juga takdir yang boleh di ubah.

Meh ustajah nak berkongsi sikit dengan ilmu sedikit yang ustajah ade ni ha. Asyik update pasal makan and jalan je kan. Boring. Oh, sebenarnye agak cuak nak buat entry pasal ni. But, correct me if I'm wrong ya. Banyak lagi benda aku kena belajar.

Oke, takdir ni terbahagi kepada dua which is Takdir Mubram dan Takdir Muallaq

Takdir Mubram ni takdir yang tetap dan tidak boleh diubah. Contoh, mati. Mati ni memang tak boleh diubah sebab ia sesuatu yang pasti. Takde siapa pun tahu bila kita mati. Tah besok, tah lusa. Paling cuak, tah-tah lepas korang baca entry ni ? Ok, gurau. Eh, tapi tak mustahil kan. Ermm, ok, gurau lagi. Takut kene maki =.=

Takdir Muallaq pulak, takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah. Inilah yang buat aku excited nak toing toing kan kepala orang yang asyik cakap "dah Allah tentukan aku macam ni. Pung pang pung pang" Kang aku PANG betul kang. 

Sebenarnya kita boleh tolak takdir dengan takdir yang lain sebab itu dah ditetapkan oleh Allah bagi manusia. (Ada 1 hadis yang aku jumpa berkaitan ni. Pasal penyakit. Tapi lupa ayat dia macam mana) Paling simple lah kan, takdir lapar boleh dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum. Takkan kau nak pilih takdir lapar je memanjang kan ? Mestilah nak ubah takdir dengan makan.

Contoh lain, ayah kau bagi nasihat suruh rajinkan diri mengapal Surah. Jangan leka sangat dok mengapal lagu Korea je. Tapi kau degil. Sudahnya bila kena tasmik depan ustazah, kau mengagau. Fail terus ujian hafazan kau. Ha. Ni lah yang dikatakan, tolak takdir lain dengan yang lain. Kau tolak takdir kena rajin ngapal Surah ganti dengan takdir ngapal lagu Korea. Kau yang pilih macam tu. Lepas tu dah fail, nak salahkan Allah ? Senonoh ke macam tu ?


Korea ? Oke, muke macam pompuan camni pun aku boleh terminat. How come ?


Camtu gaklah dalam hidup ni. Kita ada kuasa untuk berusaha nak tentukan hidup kita dengan apa yang kita nak sebenarnya. Nak hidup macam mana. Nak senang ke, nak susah ke. Nak husband dengan siapa. Eh. Senang cite, doa dan berusahalah ke arah apa yang korang nak. Allah tak kejam. Tapi kalau kau berdoa je siang malam tanpa usaha, acane tu.

Ada perkara yang boleh bawak kita ke arah kebaikan dan kejahatan. Tapi ada lagi yang still pilih kejahatan. PILIH. See ? Kita yang pilih takdir tu. Itu pun nak cakap lagi "Allah dah tentukan aku macam ni. Allah dah aturkan semuanya macam ni" Aik. Itu pun nak cakap lagi ke ??

"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba kalau bukan dia yang ubah sendiri"

Pernah dengar kan ? Bila pikir balik, malu kan. Salahkan takdir Allah. Malunye lah hai. Sedangkan kita yang pilih nak buat macam tu. Bila kita ditimpa ujian, dugaan, kadang-kadang kita kena muhasabah diri. Fikir balik kat mana silap kita yang kita kena betulkan balik. Janganlah dok kata "Apalah dosa aku sampai diuji sebegini". Apa, kau ingat kau malaikat ke apa tak ada dosa. Kita manusia biasa. Mesti pernah buat silap. Berdoalah mohon diberi kekuatan dalam tempuh segala ujian dari-Nya. Bukan minta diringankan beban. Sebab Allah Maha Mengetahui. Dia akan uji kita mengikut kemampuan hambanya. Sebab tu kena banyak doa supaya kita kuat dan tabah dalam mengharungi semua ujian darinya :)

Tapi kena ingat ni, semuanya yang berlaku adalah dengan izin-Nya

Dan ingatlah, andai kita dah berusaha, tapi still tak dapat apa yang kita nak, ingatlah, sebenarnya Allah dah sediakan yang lebih baik dari tu untuk kita. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa pun yang jadi, kita redha. Yakin dengan Allah.

Oke, macam mana dengan bab jodoh ? 



Itu aku tak tahu sangat. Yang aku tahu, Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa. "Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik". Yes, itu janji Allah. And Nabi sendiri suruh kita pilih pasangan yang betul. Bila kita disuruh memilih secara yang betul, means kita mempunyai pilihan. Dengan kata lain, pilihan yang kita buat adalah kehendak kita. Tetapi ianya berlaku dengan keizinan Tuhan. Dalam konteks perkahwinan ni, banyak-banyaklah pohon petunjuk dari Allah. Jangan sombong sangat. La ni ramai yang nak kawin, tapi tak ramai nak buat istikharah.

Oh, anyway, aku pernah terbaca statement ni "Jodoh bukan bererti kekal lama. Jodoh itu bererti pasangan kita"

Ada betulnya jugak kan ?

Wallahualam.




PiDanEs : Banyak sumber yang aku baca antaranya Theotherkhairul dan rozaimy. Yang lain aku tak ingat. Lupa. Maaf tak dapat nak kredit. Kalau ada pendapat dan komen, di alu-alukan. Aku sedia terima.

PiDanEs 2 : Pakwe lama kite bertunang besok (31/3/13). Kite sedih tapi pasrah dan redha je. HAHA. Doakan semoga semuanya berjalan lancar :)


Thanks for reading ;)

2 comments:

p.e.l.a.n.g.i said...

allah nak bagi yang the best nanti... :)

Syera said...

Yes. Allah dh aturkan yg terbaik utk kita. Cuma perlu b'usaha & doa je :))