Thursday, January 31, 2013

Kepala hotak giat menanti cuti CNY


Assalamualaikum :))

Boring malam ni. Layan cite korea pon, pikiran entah ke mana. Seronoknye kalau banyak duit. Boleh pegi bercuti. Hoho. Tapi, kalau ade duit, tapi takde cuti, tak gune jugak, sama macam tong sampah tergolek kat tepi jalan tapi takde sape nak tolong angkat. Tak guna =.=

Sekarang syera keje la ni, takde banyak task. Takde benda nak design. Boss pon macam tak tawu dah nak bagi keje ape dekat designer die ni sebab asek buat muke boring macam bantal peluk busuk takde orang nak pegang. Mesti boss merasa sangat marah dengan orang luar sebab takde sape nak suruh design ape-ape sampai menyebabkan designer die bersenang-lenang di opis goyang kaki tanpa sebarang pekerjaan. Tapi gaji bulanan harus diberi. Hm. Merepek lagi XD

Semalam syera boring la gila kan. Syera saje lah ngonline hotel-hotel bajet kat Penang. Rase-rase macam nak pegi jenjalan sana je. Jalan kat pantai ke kan. Ape name tah. Batu Feringgi ? Ejaan tu tah betul tah idak. Ha, tengah ngonline syok khusyuk-khusyuk tu. Tetibe..

Boss : Haih laa na. Nak bercuti mane tu ?
Syera : *Alamak, kantoi* Ahha. Takde mane. Saje tengok-tengok. Hehe.
Boss : Pegila bercuti raya cina nanti. Lame sikit. Opis tutup 9-13 Feb.
Syera : Hoh. Okey !

Dalam hati syera ni, hanya Allah je tawu perasaan gembira nak melompat macam orang seronot dapat baby. Eh ? Seronot lah dapat cuti lame sikit. Hee. Dalam kepala hotak ni, dah terbayang muka member yang stay kat utara tu. Hari tu kata nak bawak jalan Penang. Lepas tu nak merasa DSLR baru dia. Eh, kemain lah excited macam bangang tyme tu. Haha. 

Then, tadi member tu call. Maka syera mengajukan permintaan nak jalan sana. Malangnya beliau ade hal yang lebih mustahak cuti CNY nanti. What can i do ? Sedih macam bangla la yang berjauhan dengan isteri gamaknya. Rase macam nak buat camni je dekat beliau...

Anyonyonyo. Comeynye. Gigit nak ?

Sampai la saat ni, otak syera masih berpikir nak jalan mana cuti CNY nanti ni. Syera dah tengok kalendar dah. Lepas ni takde cuti panjang dah. Nak tunggu cuti panjang lagi, lama sangat. Raya aidilfitri lah gamaknya. Maka semakin ligatlah kepala hotak ni berpikir nak jalan ke mana. Terkubur lah sudah harapan syera nak jalan ke Penang.

Ini jelah cerita paling-tak-kuasa-nak-baca untuk hari ini. Selamat malam !



Thanks for reading ;)

No comments: