Saturday, May 11, 2013

Resepi Sabtu : Cheese Fries Berlapis Daging Rasa Kenyang

Assalamualaikum :)
Nak share resepi mengarut tapi sedap simple sempoi senang. Haa. Inspired dari makanan kat Delicious Cafe. Apa nama tak tahu. Tapi tengok nama resepi aku pun nampak sangat belasah ^_____^" Bersedia ya. Chef Cyra nak memulakan acara masak memasak :p


Bahan-bahan :

Ubi Kentang
Cheese Cheddar atau Mozarella
Garam
Mentega (Pilihan)
Daging Kisar
Sosej
Sos
Bawang


Antara bahan-bahan. Sumpah semuanya aku cari yang murah sebab bajet nak mati tyme ni :DD

1. Rebus daging kisar supaya senang nak masak nanti. Pastu hancur-hancurkan dia.

2. Masak daging tadi. Cara aku masak, masukkan bawang, sos, sosej dan daging. Lepas tu kacau sampai rata. Agak-agak dah masak, tutup api. Biarkan.

3. Readykan kentang pulak. Cara aku, cairkan mentega. Bapak malas pakai senduk je. Pastu tuang je kat atas kentang tu. (Ini pilihan. Kalau tak nak pun takpe. Aku saja menggedik nak taruk mentega :DD) Pastu gaul dan kemudian goreng. Lepas goreng tu, jangan lupe gaul dengan garam.

4. Lepas dah setel semua. Masa untuk lapis-lapiskan. Mula-mula letak daging yang dah di gaul dengan sos tadi di lapisan pertama. Lepas tu letak kentang pulak. Then, letak cheese cheddar atau mozarella. Cheddar tu koyak-koyakkan je okey. 

5. Pastu bakar dalam oven dengan kepanasan lebih kurang 180 darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga cheddar cair.

6. Siap ! Semakin hangit semakin mabeles. Ekekeke :p

Jemput makan !


Selamat Mencuba :3




Thanks for reading ;)

No comments: